BAB 11

54 5 24
                                    

Farisya yang melihat mereka bertiga tadi terus ketawa terbahak bahak. Lepas sahaja mereka berdua masuk ketawa itu automatik terdiam. Belum sempat mereka ingin duduk Farisya telah bersuara.

"Eh tadi kata nak-".

"Shut up, you cakap i suruh you balik". Balas Farhan sambil memberi amaran. Farisya menekup  mulutnya. Adreena memandang mereka berdua itu terus menjadi hairan.

Apahal ni?. Tetiba je. "Nak apa?". Tanya Adreena hairan. Kepala yang tidak gatal digarunya beberapa kali. "Takde apa lah sayang". Balas Farhan sambil tersenyum. Adreena memandang mata Farhan. Hairan.

"Err... hah ni mana mak long dan pak long?". Tanya Farhan pula. "Diorang cakap diorang ada hal dekat office, mak long cakap duduk lah dekat sini dulu, tapi takpe i dah nak balik, lagipun i taknak kacau you dan Adreena bersweet, ok lah i dah nak gerak ni, esok i datang". Balas Farisya. Walaupun agak sakit tapi itulah takdir.

Selangkah demi selangkah Farisya berjalan. Sehinggalah kelibatnya menghilang. Farhan tersenyum sinis. Dia terus memandang Adreena. Adreena telan liurnya. Tiba tiba je rasa lain ni dah kenapa?.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?". Tanya Adreena dengan sedikit gagap. "Memandangkan mama dan papa takde....".

Tiba tiba Adreena berlari dan berdiri dibelakang Farhan dengan jarak agak jauh. Farhan memeluk dirinya. "Kenapa sayang lari?". Tanya Farhan.

"Taknak, sayang taknak".

Setapak demi setapak Farhan mendekati Adreena. Adreena baru sahaja ingin melangkah ketempat lain tiba tiba Farhan telah menarik tangannya dan terus memeluknya.

Adreena terkedu. "Kenapa sayang nak takut?, saya kan suami awak bukan orang lain kan?".

"Awak please saya taknak!".

"Kalau saya nak?".

"Saya taknak!".

Farhan terus melepaskan pelukkan itu dan memegang pipi Adreena. Adreena menepis tangan Farhan dengan lembut. "Saya takut, saya takut saya tak boleh jaga kan...". Adreena tidak sanggup ingin menghabiskan kata katanya.

Farhan terus mendekati Adreena dan mengucup dahinya. "Saya yakin awak boleh". Bisik Farhan. Adreena memandang kearah lain. Farhan memegang dagu Adreena.

"Sayang, saya tahu awak boleh jaga. Lagipun anak tu rezeki yang Allah bagi". Balas Farhan sambil berbisik kearah Adreena.

Adreena menghembus nafas kecil. Dia mengatur langkah naik keatas sambil menarik tangan Farhan. Farhan hanya mengikuti Adreena itu.

* * * * * *

"Cis!, mana kau pergi Adreena?". Aiman terus mendengus kasar. Geram. Dia terus memecut keretanya dan pergi ke office Adreena.

Sesampai sahaja di office Adreena berkerja. Dia terus keluar dari perut kereta itu dan baru saja dia ingin masuk kedalam office itu tiba tiba Tuan Yusoff telah menyapanya.

"Eh Aiman".

"Tuan". Balas Farhan sambil tersenyum. "Aiman buat apa dekat sini?". Tanya Tuan Yusoff sambil memeluk dirinya. Aiman hanya tersengih. Dia menggosok lehernya beberapa kali. "Sebenarnya saya nak jumpa Adreena, adreena ada tak?". Tanya Aiman kepada Tuan Yusoff.

"Adreena cuti harini, esok baru dia kerja". Balas Tuan Yusoff pula. Dia juga mula curiga apabila Aiman ingin berjumpa dengan menantunya.

"Yeke, takpelah kalau macam tu, saya balik dulu lah ye Tuan, Assalamualaikum". Balas Aiman sambil tersenyum. Dia terus mengatur langkah pergi dari situ.

Dia Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now