BAB 6

70 5 6
                                    

1 Minggu Kemudian...

Malam nya dirumah baru Adreena dan Farhan. Adreena yang sedang membaca novel diruang tamu itu hanya fokus membaca. Tiba tiba Farhan datang dan duduk disebelah Adreena.

Adreena hanya buat buat bodoh. Dia tahu akan kehadiran Farhan namun saja taknak layan. Baru sahaja Farhan ingin memeluk tangan Adreena, Adreena terlebih dahulu menolaknya.

"Nak apa?, jangan kacau boleh tak?". Amuk Adreena. "Nak manja dengan isteri tak boleh ke?". Tanya Farhan. "Tak boleh!, jangan kacau, sebelum buku ni melekat dekat muka awak baik awak duduk diam". Balas Adreena sambil memberikan amaran kepada Farhan.

Namun semakin dilarang semakin dikacaunya. "Awak ni kan...".

TOK!

Adreena memukul legan Farhan. "Sakitlah awak". Marah Farhan dengan manjanya. "Padan muka". Herdik Adreena.

"Nak duduk rumah Syameela lupa yang dia dah khawin!".

Adreena yang memandang Farhan itu mula rasa kasihan. "Aku kejam sangat ke?...". Omel dihati Adreena.

Adreena terus menutup bukunya dan terus memeluk Farhan. Farhan terserentak. Dia memandang Adreena sambil mengusap kepalanya.

Dan disitulah Adreena mengingati semula kisah silamnya. Adreena terus berhenti memeluk Farhan. Dia terus memusingkan badannya kearah lain.

"Kau kenapa Adreena!, dia kan musuh kau buat apa kau nak minta maaf dekat dia?, kau lupa apa yang dia buat dekat kau dulu?, sampai kau masuk hospital dua kali?".

Laju Adreena menggelengkan kepalanya. "Tak tak...".

Adreena mula gelisah. Badannya kini mula bergetar. Farhan cepat cepat memeluk Adreena dan menepuk nepuk bahunya dengan lembut. "Sa..saya.. tak..takut...".

Farhan tahu mesti dia masih teringatkan kisah silamnya. Jujur Farhan cakap. Dia menyesal atas perbuatannya terhadap Adreena dulu.

"Shuuu, dah dah, saya ada dekat sini". Farhan memeluk Adreena dengan eratnya. Dan beberapa minit kemudian Adreena telah terlena.

Farhan mengucup dahi Adreena. Tangannya terus memegang pipi Adreena. "Sorry sayang... saya menyesal. Sebab saya awak jadi macam ni".

* * * * * *

Paginya. Hujan mula turun dengan sangat lebat. Farhan yang telah terjaga itu hanya memandang Adreena. "Nak kejutkan ke?... takyah lah kesian pulak isteri aku". Farhan terus mengucup dahi Adreena ssbelum menglangkah masuk kedalam tandas.

Dan tanpa Farhan sedar, rupa rupanya Adreena telah terbangun!. Adreena terserentak, dia memegang pipinya. "Eiiii!!, benci lah macam ni".

Tiba tiba Farhan keluar dari tandas untuk mengambil tuala, dan dia melihat Adreena telah bangun dari mimpi indahnya. "Eh awak dah bangun".

"Apa yang jadi semalam eh?". Tanya Adreena. Farhan hanya tersenyum, dia terus bercerita sambil duduk diatas katilnya. Dia bercerita dari A hinggalah sampai Z.

Adreena yang mendengar cerita Farhan itu terus menjadi malu. "Serius lah suami aku ke ni!?". Omel dihati Adreena.

"Kenapa?, normal je kan kalau suami-". Kata kata Farhan terhenti disitu kerana Adreena telah memotong. "Apa yang normal?, banyak lah awak punya normal!". Adreena memukul Farhan dengan bantal.

"Hah ke nak saya buat lagi?". Tanya Farhan sambil memegang kedua dua belah tangan isterinya. Adreena terkejut dia terus menronta ronta untuk melepaskan diri.

"Awak".

"Yes?".

"Awak nak makan kaki saya tak?, kalau nak saya boleh bagi". Tanya Adreena sambil tersenyum sinis. "Boleh ke?". Tanya Farhan.

"Erhhh!!, Ya Allah kenapa lah aku dapat suami macam ni!".

"Bercanda". Balas Farhan sambil membuat wajah annoying. Adreena mengetap giginya. Mamat ni kalau aku tarik rambut dia mesti sedap.

"Ok lah saya nak mandi dulu, ouh ni papa cakap tak payah pergi office harini, papa cakap duduk je dekat rumah, papa dah bagi cuti awal".

"Erhhhh!!!, aku lebih rela khawin dengan orang luar lah daripada kau!". Omel Adreena.

Adreena terus turun kebawah untuk menyiapkan makanan. Adreena turun sambil tersenyum. "Kadang kadang sweet kadang kadang annoying". Guman Adreena perlahan.

Beberapa minit kemudian. Figura Farhan tiba tiba muncul dan menghampiri Adreena yang lincah memontong sayur itu. "Sayang". Sapa Farhan.

"Nak apa?". Tanya Adreena dingin. Seperti biasa sikap Adreena suka berubah ubah. Kadang kadang ok kadang kadang tak ok.

"Takde apa saja nak tengok awak". Balas Farhan pula. Adreena yang mendengar kata kata itu pun rasa loya. Geram beno aku dengan ayat buaya dia ni.

"Dah jangan kacau". Halau Adreena. "Ok, fine...". Farhan terus duduk diatas kerusi itu dan membuka talefonnya. Tiba tiba Farhan pura pura menghubungi seseorang padahal tak pun.

"Hello, hah ye awak busy tak?".

Adreena terus memandang Farhan dengan tatapan mautnya. Laki aku ni call dengan sape?.

"Ye sayang, nanti kita jumpa".

Dengar sahaja perkataan SAYANG itu terus membuatkan Adreena berhenti memontong sayur itu. Dia terus menghampiri Farhan dan cuba merampas talefonnya.

Namun Farhan lebih laju mengelak. Adreena mendengus kasar. "Bak sini".

"Kenapa?, jealous huh?". Tanya Farhan sambil memandang tepat kearah mata Adreena. Adreena terus mencubit legan Farhan dengan kuat nya. Geram nak mampuih aku dengan mamat poyo ni.

"Sape sayang?, awak call sape tadi hah!?". Marah Adreena. "Kenapa awak nak jealous?, bukan awak tak suka saya ke?". Tanya Farhan pula.

Adreena terdiam dia terus menurunkan kepalanya kebawah. "Pahal kau nak tahu sangat ni Adreena!".

Farhan terus memeluk tubuh Adreena. Kepalanya juga diusap lembut. "Saya prank jelah, saya mana ada call sape sape".

Dengar sahaja Farhan berkata bergitu amarah Adreena mula menaik. Dia cuba untuk meleraikan pelukkan itu namun Farhan telah menguncinya.

"Ish!, i hate you!".

"But i love you sayang".

Adreena menahan perasaan malunya. Sedaya upaya dia cuba untuk meleraikna pelukkan itu dan akhirnya Farhan telah meleraikannya.

"Awak masak lah, saya nak mandi". Laju kaki Adreena berlari naik keatas. "Hahaha... comel jugak isteri aku".

* * * * * *

Adreena terus mengeringkan rambutnya yang masih lagi basah itu. Beberapa minit kemudian Farhan terus memasuki kedalam bilik itu. Adreena terserentak.

"Sayang jom breakfast". Ajak Farhan.

"Umm, nanti saya turun".

BUAT SIKIT HARINI SEBAB NAK FIKIR PASAL SEKOLAH, HAH DAH READY KE NAK SEKOLAH TU?👩‍🏫👨‍🏫

☆BERSAMBUNG☆

Dia Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now