BAB 9

71 5 7
                                    

Assalamualikum korang. Apa khabar harap harap korang sihat selalu tau. Harini saya nak bagitahu yang mungkin saya takkan post untuk beberapa hari kerana hal hal tertentu. Ok harap korang faham dengan keputusan saya ok?, lurve you. Jaga diri ok... tata cinta🌹

TQ SUPPORT. LOVE YOU♡

* * * * * *

Puan Zalikha yang menjemur kain diluar itu hanya menjemur kain sambil menunggu Suaminya pulang dari kerjanya. Puan Zalikha duduk seketika untuk merehatkan diri.

Dia memandang sekeliling halaman rumahnya itu. Dia mula berasa mengantuk. "Tidur lah kejap...". Guman Puan Zalikha, cukup dia sahaja mendengarkannya.

Baru dua minit Puan Zalikha memejamkan matanya. Tiba tiba suaminya sudah pulang kerumah.

PING! PING!

Tuan Aziz mula hon motornya terlebih dahulu untuk memberi isyarat tanda dia sudah pulang kerumah.

Puan Zalikha yang terdengar bunyi itu terus melatah. "Mak kau!". Puan Zalikha mula melatah. Tuan Aziz yang mendengar suara Puan Zalikha yang sedang melatah itu mula ketawa terbahak-bahak.

"Ish abang ni saja je kan nak kejutkan saya?!, kalau saya sakit jantung tadi macam mana?". Herdik Puan Zalikha tidak puas hati.

"Alah Ika ni macam tak biasa pula abang buat macam tu, yang ika tido dekat luar ni kenapa?". Tanya Tuan Aziz pula. Mengubah topik perbualan.

"Tunggu abang lah".

"Tunggu jelah dekat dalam rumah kenapa tunggu dekat luar ni pulak?". Tanya Tuan Aziz lagi. "Dekat dalam tu panas lah abang, tu yang saya duduk dekat luar ni, amik angin".

"Hmm yelah, harini awak masak apa?". Tanya Tuan Aziz. Rasa lapar pulak bila balik dari kerja.

"Makanan kegemaran awak, asam pedas".

"Awak ni tahu tahu je makanan kegemaran saya".

"Eh mestilah saya tahu".




































Laju Farhan berlari untuk mendapatkan isterinya yang sedang menyiram pokok bunga yang berada didepan rumahnya.

Lekas dia berdiri berlari dan berdiri dibelakang wanita itu. "Awak". Sapa Farhan terlebih dahulu. "Apa?, awak ni sehari tak panggil saya memang tak sah erk?". Sinis Adreena.

Dah mula dah mood dia ni. Semalam elok je, hari ni tiba tiba bertukar menjadi singa dah pahal?. Kan aku khawin tiga baru tahu.

"Papa dengan mama nak kita tidur dekat rumah diorang malam nanti, mungkin dua tiga hari ni". Balas Farhan dengan senyuman.

Terlompong mulut Adreena apabila sang suaminya berkata bergitu. Dah pahal tiba tiba suruh aku tidur rumah diorang pulak?. Dia ingat aku takde rumah ke?.

"Kenapa nak tidur sana pulak?, saya penat tahu tak?". Leret Adreena. Farhan tersenyum dia terus memeluk isterinya dari arah belakang.

"Bukan lama pun, sekejap je". Bisik Farhan. Dia terus mengucup pipi Adreena. Nak tenangkan Adreena namun makin menaik amarah Adreena adalah.

Dia menolak kasar badan Farhan dan terus masuk kerumah. "Dah kenapa dengan isteri aku ni?, nak kata salah bini tak". Guman Farhan perlahan. Dia terus memasuki kedalam rumahnya untuk mendapatkan Adreena.

"Kenapa ni awak?". Tanya Farhan. "Kenapa nak tidur dekat sana?, saya taknak nanti diorang tanya bila nak ada anak tu je". Marah Adreena.

"Ouhh, sebab tu je ke sayang abang ni merajuk". Farhan terus mendekati Adreena. Adreena terus berlari. Mana tak terkejutnya tiba tiba nak dekat dengan orang.

Dia Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now