BAB 1

97 5 0
                                    

Adreena Aulia yang kini berumur 15 tahun itu hanya redha dengan hidupnya yang sekarang. Walau bagaimana pun dia tetap sabar dengan kehidupannya yang sekarang ini.

Hidupnya kini hanya penuh dengan kederitaan dan kepahitan. Kadang kadang bagi Adreena hanya hidupnya sahaja yang sangat mencabar.

Hidup penuh kesiksaan dan kederitaan. Hanya seorang sahaja kawannya yang memahami perasaan Adreena saat ini.

Walau apapun Adreena tetap bertahan demi membantu keluarganya yang sangat malang itu.
Hanya dia sahaja satu satunya anak yang boleh mengubah nasib malang keluarganya.

* * * * * *

Adreena menyalam tangan ayahnya terlebih dahulu sebelum memasuki kedalam sekolah. Ayahnya hanya sekilas memandang wajah Adreena dan terus beredar dari kawasan sekolah itu.

Setapak demi setapak Adreena memasuki kedalam sekolah. Namun macam biasa pasti akan ada yang akan kacau Adreena.

Farhan dan kawan kawannya yang lain mula mendekati Adreena sambil tersenyum sinis. "Wei bau apa ni?, hmm busuk nya". Sinis Farhan.

Namun Adreena hanya buat buat bodoh, seperti tidak dengar apa kata kata yang diucap oleh Farhan tadi. "Eh perempuan kau jangan ingat kau macam ni kau boleh mengadu dekat cikgu apa yang aku buat dekat kau".

Adreena hanya memandang keatas sambil buat buat tak dengar. Beberapa saat kemudian Farhan mula menarik sanggul Adreena, sehingga ingin mencabut tudung Adreena.

Adreena menolak Farhan dengan kasar. "Kau pahal hah?!, aku tak cari gaduh pun dengan kau asal kau nak cari gaduh dengan aku?". Tanya Adreena sambil membaiki tudungnya.

"Kau jangan ingat kau dah selamat eh perempuan".

Tanpa fikir panjang Adreena terus pergi dari situ. Dan tidak sampai disitu sahaja mereka semua hanya mengikuti Adreena dari belakang.

"Woi kau nak pergi mana?".

"Urusan kau ke urusan aku?".

"Makin lama mulut kau ni makin menjawab kan?".

"Pastu kau nak aku diam macan orang bisu?, macam tu?, eh Allah dah pinjamkan aku suara takkan lah aku taknak guna?". Balas Adreena pula.

"Kau ni kan perempuan memang betul betul cari nahas dengan aku". Laju tangan Farhan ingin menampar muka Adreena, Namun tidak sempat kerana Danish dan Syameela terlebih dahulu menghalang.

"Woi!, kau pahal nak pukul kawan aku!?". Marah Syameela dengan nada agak kuat. Hampir satu sekolah ni kot dengar suara dia.

"Kau kalau nak pukul perempuan pun agak agak lah wei, ni perempuan kot bukan lelaki, kalau kau rasa kau nak tampar sangat si Adreena ni baik kau tampar girlfriend murahan kau tu". Sinis Danish kepada Farhan.

"Kau jaga sikit mulut kau kau".

Tiba tiba Aiman menghampiri mereka semua sambil tersenyum sinis. "Wow wow, drama episod berapa ni?". Tanya Aiman sambil tepat memandang kearah Adreena.

Adreena juga agak terkejut apabila Aiman berkata bergitu. Tak sangka orang yang dia sayang akhirnya dikhianati.

"Adreena?, kenapa senyap?, tadi bukan main melawan". Sindir Aiman.

Adreena hanya mengatur langkah pergi dari situ. Danish dan Syameela hanya mengejar Adreena yang telah berlalu pergi dari situ.

Mereka semua yang masih lagi tercegat disitu hanya ketawa. "Tu baru sikit Adreena, kau tunggu nanti lepas ni". Omel Farhan sambil tersenyum sinis.




























































Dia Cinta PertamakuWhere stories live. Discover now