𝐁𝐀𝐁 3

301 17 5
                                    


"HAIRA? Kau dah bangun ke?"

Soal Farah setelah masuk ke dalam bilik itu dan melihat Haira yang masih lagi terbaring di atas katilnya. Awal pagi tadi dia sudah bangun dan pada waktu yang sama, Haira masih lagi tidur. Mungkin penat, jadi malaslah dia mahu mengganggu.

Haira hanya senyap sambil mata terkatup rapat. Sedaya upaya mencuba supaya tidak mencelikkan mata. Dia masih belum bersedia untuk disoal berbagai soalan.

Suasana bilik itu kembali sepi...

Farah yang seperti merasakan ada yang tidak kena, mula datang dan menggerakkan lengan Haira buat beberapa kali.

"Haira, kau okey tak ni? Tak nak bangun lagi ke? Dah pukul 11.30 dah. Bangun eh? Kau pergi mandi lepastu kita turun bawah, sarapan sama-sama. Okey?" Nafas dihela perlahan apabila tiada tanda yang Haira akan celikkan mata.

"Haira, aku cakap dengan kau ni... kau dengar ke tak?" Hilang sudah suara lembut memujuknya itu. Kini suara Farah berubah tegas.

"Nur Haira Ameena binti Muhammad Asyraf! Kau bangun sekarang!" Geram. Orang cakap elok-elok tak nak dengar, mungkin kena bertegas sikit pula kali ni.

"Hmm," Haira hanya bergumam perlahan. Tangan bergerak menutup kedua belah mata untuk menutup kesan yang masih boleh dilihat di lingkaran matanya itu.

Ya, dia mahu menutup kesan sembap di matanya akibat terlampau banyak menangis.

"Haira... janganlah main-main, aku cakap dengan kau ni," penatlah cakap dengan Haira ni! Cakap elok-elok tak jalan, dah tegas sikit pun dia buat bodo je lagi. Nak kena guna cara apa lagi ni? Haih... pening lah.

Mata dibuka besar lalu tubuh dibangkitkan berjalan ke arah tingkap. Indahnya ciptaan tuhan...

Mata dipejam seketika lalu dia mula menatap anak mata Farah dalam. "Ya... aku dengar, Far. Kau pergilah  sarapan dengan diaorang dulu, kejap lagi lepas aku siap mandi apa semua, kita balik rumah terus." Haira menjawab perlahan. Malas mahu berlama-lama di rumah ini selagi mamanya tak henti untuk menjodohkan dia dengan Adam. Silap-silap nanti kena soal pasal semalam lagi.

Nafas ditarik lama lalu dihembuskan perlahan. Terasa berat dadanya untuk bernafas seperti kebiasaannya.

"Aku tak nak jadi anak derhaka, jadi aku rasa... aku kena keluar dari rumah ni secepat mungkin supaya diaorang tak jodohkan aku dengan Adam lagi." Sambung Haira dengan mata yang mula berkaca.

Dia sudah penat untuk menangis dan dalam masa yang sama, dia tidak mahu derhaka dengan mama dan abahnya. Haira yakin, jika dia masih lagi berada di rumah ini, dia tak akan boleh mengawal emosinya. Jadi dia perlu keluar dari rumah ini.

"Balik? Kau gila ke Haira? Kau nak mama marah macam semalam lagi? At least  stay lah sini lagi beberapa hari, lagipun kau ada cuti lagi 3 hari kan sebelum kedai kau buka? Apa salahnya kau duduk je sini. Spend time dengan mama dan abah kau, dengan family kau semua," pujuk Farah. Bukannya dia tidak tahu yang Haira mahu mengelak dari bertembung dengan Puan Ameera. Tetapi sampai bila nak lari dari masalah?

"Spend time? Kau rasa apa yang akan jadi kalau aku stay sini beberapa hari lagi? Aku penatlah Far, mama mesti akan tanya pasal Adam lagi. Kau tak kesian dekat aku ke? Biarlah diaorang nak marah ke apa ke, aku tak kesah. Aku nak balik rumah harini juga." Haira  membidas. Gadis itu masih berdegil. Farah hanya menggelengkan kepala perlahan.

Haira punya keras kepala lagi keras dari batu. Apa yang dia cakap itu juga yang dia akan lakukan. Tiada siapa yang boleh membantah.

"Ya... aku tahu, aku faham apa yang kau rasa. Tapi... kau tak boleh lari dari masalah. Sampai bila kau nak lari? Hm? Masalah takkan pernah selesai selagi kita tak hadap. Jadi tak kira apa pun yang jadi, kita tak boleh lari. Kau kena hadap semua ni dengan penuh sabar."

𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩 𝐊𝐚𝐮 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢  (in editing)Where stories live. Discover now