𝐁𝐀𝐁 1

547 26 4
                                    

PAGI yang sejuk membuatkan tidur Haira sangat lena, tetapi lenanya terganggu apabila seseorang masuk ke dalam biliknya lalu membebel.

"Nur Haira Ameena kau bangun sekarang! Kau kata Aunty Meera ajak pergi rumah kan tengahari ni? Ni dah pukul 11 dah Haira. Bangun lah cepat,"

Bebel Farah sambil menggoyangkan kaki Haira yang terkeluar sedikit dari selimut itu.

"Baru pukul 11, lambat lagi nak pukul 2. Biarlah aku tidur dulu, jangan kacau aku eh? Jangan nak membebel macam mak nenek, sekejap lagi aku bangun." Balas Haira sambil tersengih-sengih.

Tahu lah dia yang Farah memang tengah marah sangat sekarang ni.

"Memang pukul 2 nak keluar, pukul 2 juga kau nak siap, kan?" Sinis Farah geram.

"Jangan la marah-marah nanti cepat tua macam mana? Nanti dah tak cantik dah Far aku ni," gurau Haira.

Badan kembali diselubungkan ke dalam selimut. Farah yang melihatnya dalam keadaan sebegitu, hanya menggeleng kecil.

"Dah Haira, jangan nak tukar topik. Pergi siap cepat! Jangan nak tidur balik eh." Kata Farah berbaur amaran.

"Hm, yelah Farah sayang. Aku siap sekarang eh? Jangan marah-marah, okey?" Sempat gadis itu terkekeh ketawa apabila melihat wajah cemberut Farah.

"Hm, siap cepat lepastu turun makan. Jangan tidur balik, faham?" Apabila mendengar persetujuan dari Haira, Farah mula mengalah.

Kalau dengan kawannya seorang ni selagi dia tak mengalah, selagi tu lah tak habis isu diaorang berdua ni. Jadi selalunya memang Farah jugalah yang kena mengalah dengan Haira.

"Ye Far, aku tak tidur balik. Dah, dah. Kau pergi turun bawah dulu, aku nak siap." Balas Haira ringkas. Malaslah pagi-pagi nak cari gaduh dengan Farah ni, harini dia terlampau malas untuk nak bergaduh dengan orang.

Ceh...!

"Hm, okey. Cepat sikit tau siap tu." Sempat Farah menitipkan pesanan.

Macam lah dia tak tahu. Kalau tak pesan banyak kali, silap-silap gadis itu kembali tidur apabila dia sudah keluar dari bilik itu.

"Baiklah Far kesayangan saya."  jawab Haira dengan nada guraunya.

"  jawab Haira dengan nada guraunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalammualaikum... Haira dengan Farah dah sampai ni, bukalah pintu." Kata Haira sambil mengetuk pintu rumah tersebut, harini Haira terlupa bawa kunci rumah mama nya itu. Semua gara-gara Farah yang tak menyabar ajaknya keluar dengan cepat.

Habis semua benda tertinggal. Haih...

"Waalaikummussalam, maaflah lambat buka pintu. Tadi Mak Jah dengan yang lain ada dekat dapur, tak perasan pula ada orang datang." Kata Mak Jah selepas melihat anak majikannya berada di luar rumah tersebut.

𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩 𝐊𝐚𝐮 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢  (in editing)Where stories live. Discover now