🎶 Enchanted - Taylor Swift 🎶
It was enchanting to meet you
All I know is, I was enchanted to meet you
RUANG bilik luas tapi terasa kosong. Tidak kiralah sebanyak mana pun barang yang aku cuba penuhkan, aku langsung tak berasa puas hati. Bila bosan, aku tolak kerusi roda untuk bergerak ke arah balkoni dari bilik. Aku nampak taman yang luas dan dihiasi pelbagai bunga tetapi langsung tak menarik perhatian.
Sejak seminggu lalu, hidupku memang berpaksikan menghadap dinding bilik, siling atau taman di bawah. Aku langsung tak keluar untuk menyapa sesiapa dan membiarkan pembantu rumah untuk menghantar makanan. Sengaja aku buat begitu untuk menghalang Arash memasuki bilikku.
Nafas ditarik dalam-dalam lalu hembus. Rasa bosan menghimpit diri. Hari ini aktiviti aku termenung lagi nampaknya. Sejak berjumpa dengan Fayyadh, hidup aku semakin berubah. Sekurang aku semakin sedar yang betapa sepinya aku.
Jari diketuk pada bawah dagu, gaya berfikir, kononnya. Padahal isi kepala masih kering-kontang.
Deringan telefon berbunyi dari nombor yang tak dikenali. Selalunya aku memang takkan angkat tapi bila sudah sangat bosan, jari mula menggeser skrin telefon untuk mengubah bulatan hijau itu.
Kadang ianya dari scammer. Yang peliknya bila kita jawab, akan ada sistem nombor yang perlu kita pilih contohnya untuk pertanyaan.
Kadang itu pun dah buat aku panas hati. Dia yang call kita, kita pulak yang dibuat macam cari dia!
Tapi, scammer pun scammer-lah, sekurangnya boleh juga aku dengar dia membebel.
"Assalamualaikum, Aisy Liliann."
Badan aku tak berkutik. Tiba-tiba jadi macam batu. Kenapa macam suara si Fayyadh? Sekali lagi aku tengok skrin telefon. Ini ke nombor dia? Aduhai, ingatkan nombor siapalah tadi.
"Waalaikumsalam. Mana you dapat nombor I?" Tanpa berselindung, aku terus bertanya. Terdengar gelak tawa dari pemanggil di hujung talian. Kelakar sangat ke aku ini? Haish!
"Mestilah saya ingat nombor awak. Awak sendiri yang pernah beri dulu. Tapi sebelum telefon awak, saya dah minta izin dengan babah."
Aku rengus sekali lagi. Sejak bila pula aku bagi dekat dia? Percaya atau tak, punyalah aku tak percaya tentang si dia sampai aku yang ego tak nak bercakap dengan babah pun... si Fayyadh ini boleh buat aku pergi bertanya dekat babah tentang kami.
Dan jawapan babah sama seperti ingatanku. Aku langsung tidak pernah kenal atau berjumpa dengan dia. Jadi, sejak bila aku beritahu dia segalanya tentangku? Pelik bin hairan betul.
"Awak sihat, Aisy?"
"Sihat," balasku laju. Bibir sedikit dimuncungkan. Kenapa baru seminggu nak hubungi aku? Ingatkan dah lupa aku.
"Makan lagi tak?"
Hmm... kalau belum, you nak bawa I keluar makan ke? Hati aku mengomel sendiri. Bila tersedar rungutan sendiri, aku terdiam begitu juga dengan tanganku. Eh, jari aku dekat besi balkoni? Sejak bila jari aku mula menekan pada balkoni pula ini?
"Dah..." Padahal belum. Entahlah, aku langsung tak berselera.
"Tapi babah cakap awak belum makan hari ini."
Aku keluh. Babah ada dekat rumah ke hari ini? Yang si Fayyadh ini memang rapat dengan babah ke? Habis semua benda dia boleh tanya dekat bapa aku.
"Abaikan aje. Kenapa baru nak call?" Aku rapatkan badan dengan kerusi roda untuk bersandar.
"Awak tunggu saya call rupanya." Suaranya kedengaran mengusik. Ada ketawa kecil di hujung ayat. Bila dia cakap macam itu, baru sel-sel otak aku berhubung. Eh, tak! Ugh, aku salah cakap!
"Tak! Maksud I, kenapa you call I?"
"Ouch, hati saya hurt... ingatkan awak tunggu. Saya call sebab nak tahu khabar dari awak sendiri. Babah cakap awak tak keluar bilik jadi mesti awak sunyi. Bila awak bosan, telefonlah saya setiap hari. Cerita fasal hari awak."
Dahiku sedikit berkerut. Mana taknya, aku boleh telefon dia setiap hari? Semata-mata untuk beritahu hari aku? Hmmm... ke aku salah faham?
"Biar betul you ni. Maksudnya I akan mengganggu you lah, kan?"
"Just disturb me, Aisy. Anytime, anywhere. Please keep update. Tell me about your day. I love all that." Suaranya kedengaran sangat ikhlas dan ceria. Sampaikan aku pula yang jadi naik teruja.
"Really, Fayyadh?"
"Yeah, tell me every single bit about your day."
Aku pegang dada sendiri, lebih tepat lagi ke arah di mana terletaknya jantung. Kenapa rasa lain di sini? Rasa seperti pergerakannya lebih laju dari biasa.
"Jadi... bila awak jatuh hari itu, awak panggil nama saya atau gelaran abang?"
Huh? Soalan Fayyadh buat aku imbas kembali apa yang terjadi tempoh hari. Eh, sekejap. Aku hampir lupa fasal itu sebab rasa sakit sangat. Bila teringat semula...
Eh, aku betul-betul panggil nama dialah! Bibirku terlopong seketika, kening terangkat dan dahi berkerut. Tapi kenapa tiba-tiba boleh panggil nama dia?
"Oh, sweetheart. How I wish I can videocall you right now. Saya nak tengok muka terkejut awak. Saya rasa tabiat buka mulut awak bila terkejut ada dari sebelum kita berkahwin lagi."
Hah?
Dengan Fayyadh ini aku memang selalu huh hah huh hah ke? Mana taknya, aku langsung tak faham apa yang dia merepek ni?!
"Sejak bila pulak kita berkahwin?!"
"Ops, maaf tersasul. Abaikan, Aisy. Jadi, bagaimana? Nak kahwin dengan saya tak?"
Aku mencebir. Nak ke aku kahwin dengan orang gila ini? Merepek aje kerjanya. Tapi, kalau aku setuju... sekurangnya bolehlah juga aku ada kawan untuk bercakap sementara nak sembuh.
Lagipun sikap Fayyadh sungguh misteri. Dia sentiasa buat aku nak dekat dengannya. Macam ada sesuatu yang menarik perhatian darinya selain dari rupa parasnya.
"You... you pergilah jumpa babah I dulu. Kalau babah setuju, I... I kahwin dengan you."
"Baiklah, tak ada masalah."
Menggigil aku dibuatnya. Betulkah apa yang aku buat ini? Aku rasa berdebar tapi ragu-ragu. Macam itu aje ke aku nak terima seorang lelaki lain dalam hidupku? Tanpa melihat apa-apa kesungguhannya? Tanpa betul-betul mengenali siapa dirinya? Mungkin... mungkin aku patut...
"Kalau babah setuju... I nak jumpa you secara berdepan."
Sekurangnya, aku ada banyak perkara yang aku nak tanya dan mahu lihat reaksi langsungnya.
𝓉𝑜 𝒷𝑒 𝒸𝑜𝓃𝓉𝒾𝓃𝓊𝑒𝒹
eleh, Aisy ni. Dah suke bagitau la~
btw nak vote dan komen plsss 😶🌫️💜
okeh masheh 💋 semoga dipermudah segala urusan dan tetap hidup 💕
YOU ARE READING
One: Untuk Sekali Lagi
Romance"One advice." "Take care, abang." "I will, cinta." "One request." "Don't forget me." "Of course, my wife." "Then, one wish." "Be happy even I'm not here anymore." "I will try, cinta hati." "One truth." "I will always love you, Aisy Liliann." Dan, ak...