Doaku, semoga kamu menjadi isteriku.

156 18 1
                                    


🎶 Sabhi Saddi ft. Marsha Milan (Cinta Sesungguhnya) 🎶

Kaulah cinta sesungguhnya

Sekuat hati ku kan menjagamuDemi cinta seutuhnyaKu kan berjanjiSeumur hidupkuTakkan lelah mendampingimu


KERUSI roda dihentikan di bawah teduhan dari sebatang pohon. Sepasang mataku meliar mencari kelibat manusia yang mengajak aku keluar tadi, Wafa Umairah. Dialah kawan sekelas dari zaman sekolah yang masih berhubung denganku.

Punca aku tiada kawan lain pun kerana babah juga. Hidupku ini terlalu dikawal ketat oleh babah. Nak pergi situ pun tak boleh, sana pun tak boleh. Selepas sekolah mesti pulang ke rumah dengan segera. Aku pun tidak boleh membantah kerana orang suruhan babah sentiasa mengawasi aku.

Hanya Wafa yang bersabar sepanjang berkawan dengan diriku yang begitu membosankan ini. Hanya dia yang babah percaya, mungkin disebabkan perwatakannya yang memang nampak solehah. Baik dan lemah-lembut orangnya. Tapi, kami tetap jarang berjumpa kerana Wafa sambung belajar di tempat yang jauh.

"Adik I tak keluar lagi ke?"

Ada suara garau datang menegur sambil menolak kerusi rodaku untuk masuk ke kawasan lebih redup. Perlahan-lahan aku menggeleng lembut.

Ibu bapa Wafa dirisaukan kami berdua yang mahu keluar jadi kebiasannya memang abangnya, Zafran akan menemani kami berdua.

"You tak dahaga ke, Aisy? Nak I belikan Boost?"

Aku telan liur sendiri. Kalau minum Strawberry Squesee sedap juga. Tapi... jauh juga tempat Boost Juice dengan sini.

"Tak apalah, Zafran. Lagipun kita dah nak pergi lunch, kan?" Aku kerling ke arah jejaka tinggi yang berdiri di sebelah kerusi rodaku. Berkemeja putih dan seluar slack hitam. Rambutnya pendak dan kemas. Bergaya tapi belum berpunya.

"I risau tengok you. Mesti panas. Kenapa tak pakai topi?" Belum sempat aku membalas, dia sudah letakkan topi di atas kepalaku. Bau wangi cologne menusuk dari topinya.

"Entah-entah dia ada masalah. I nak masuk pun takut mengganggu dengan kerusi roda. Ramai betul orang dalam tandas." Buang kekok punya fasal.

Mataku melihat setiap wajah yang bersilih ganti. Tak ada pula raut wajah si Wafa. Takkan aku nak minta Zafran yang pergi masuk ke dalam sana.

Ting!

Ada mesej masuk.

Weih, Aisy! Aku datang period lah! Boleh tak kau minta abang aku belikan pad?

Terkebil-kebil mataku setelah membaca. Gila ke si Wafa ini? Aku baca berkali-kali sampai nak terkeluar biji mata. Haish, malunya! Ke aku yang nak pergi? Dekat mana pun tak tahu, silapnya kena sampai ke atas pusat beli-belah ini macam mana? Dah jadi satu kerja aku nak kena cari lif.

Susah juga jadi golongan istimewa ini rupanya.

"Kenapa dengan Wafa, Aisy?"

Huh? Macam tahu-tahu aje si Zafran ini. Disebabkan kemalasan yang melanda, aku menghulurkan skrin telefon ke arah si dia untuk membaca. Itulah idea terakhirku, mana mungkin aku mahu keluarkan ayat itu sendiri dari mulut.

"Lah, ini ke masalahnya? You tunggu dekat sini sekejap, Aisy. I nak pergi beli untuk Wafa. Kalau orang sebarangan datang dekat, jangan layan."

"Haish, I tahulah. Siapalah nak kacau perempuan berkerusi roda macam I ni?" Aku mengomel perlahan. Pesanan macam aku ini suka layan orang tidak dikenali.

One: Untuk Sekali LagiWhere stories live. Discover now