"Nak pergi bengkel dah, along? Mari makan sarapan dulu."
Mail yang baru turun dari tingkat atas rumah kayu itu mengangguk saja dengan ajakan Acik Hasni, "Baik, mak."
Tak mahu ibunya menunggu lama, Mail segera mendekati meja makan lalu dia ambil tempat berdepan dengan Acik Hasni, "Rajin mak pagi ni. Ada nasi lemak. Ada kuih kasturi lagi. Macam tahu-tahu je along teringin kasturi."
"Mak masak nasi lemak je, along. Kasturi tu ada orang bagi," ujar Acik Hasni seraya menuang kopi o panas ke dalam cawan.
Tak jadi mahu mencapai kuih kasturi, Mail pandang Acik Hasni tak lepas, "Siapa yang bagi, mak?"
"Aini."
Sepotong nama yang disebut Acik Hasni itu buat Mail berdecit tak suka.
"Jangan buat muka macam tu, along," tegur Acik Hasni. Tidak gemar bila Mail menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya di depan rezeki.
"Mak janganlah baik sangat dengan dia mak. Along bukan apa. Along tak nak dia letak harapan kalau mak baik dengan dia," ujar Mail sebelum dia mula menyudu nasi lemak ke dalam mulutnya.
"Along tak nak cuba bagi Aini peluang kedua ke, along? Aini tu... masih berharap pada along tu."
"Tak ada peluang kedua ketiga dah, mak. Along tawar hati dah. Apa yang keluarga cakap pasal adik-adik, pasal mak... along tak boleh terima," balas Mail sambil menggelengkan kepalanya.
"Benda tu kan dah berlalu, along..." pujuk Acik Hasni.
"Mak tahu kan, along sekarang tengah kenal-kenal dengan anak Cik Ajah. Kenapa tiba-tiba pula mak pujuk along bagi peluang dekat Aini?" Tanya Mail, sedikit pelik.
Acik Hasni diam. Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati emak!
"Kenapa mak? Ada benda jadi ke yang buat mak macam ragu-ragu dengan pilihan along?"
"Tak ada apa yang jadi cumanya..." Acik Hasni leretkan sikit suaranya. Cuba mencipta ayat supaya tidak mengecilkan hati anak sulungnya itu, "... cumanya dia dengan keluarga kita ni, tak sekufu."
"Mak..." Seru Mail, sama meleret. Sekufu tak sekufu ini bukan isunya lagi. Pasti ada hal lain yang terjadi bila ibunya itu seperti serba-salah mahu menuturkan bicara.
"Kalau kata Mail dengan Kaisarah tu jadi, nak ke dia pindah balik ke kampung ni? Duduk rumah kampung, buat kerja kampung. Mak bukan nak bandingkan dia dengan Aini tapi Aini tu... dah biasa hidup dekat kampung ni."
"Bukan Kak Kaisarah pun orang kampung ke, mak? Sejak bila dia lahir-lahir jadi orang bandar? Cik Ajah tu pun orang kampung. Apa yang tak kena sebenarnya ni, mak? Angah tak rasa orang kampung tak kampung ni boleh jadi isu besar pun," Hazirah yang digelar angah, menyampuk sebelum dia ambil tempat di sebelah Mail.
Tadi lagi dia dengan ibu dan abangnya bersembang. Tidak betah untuk terus mencuri dengar, laju saja dia turun dari tingkat atas menuju ke dapur bawah.
"Cuba jangan menyampuk tiba-tiba, angah!" Tegur Mail, mencerun sikit pada Hazirah.
"Mak cerita je dekat along apa yang buat mak ragu-ragu dengan Kak Kaisarah," tak pedulikan Mail, Hazirah bersuara lagi.
"Kenapa, mak?" Tanya Mail sekali lagi.
"Semalam dekat surau... orang dok mengata Kaisarah tu macam-macam. Perampaslah, penyondol-lah. Tadi si Aini datang pun, dia cakap pasal Kaisarah mesej-mesej abang iparnya, merayu rindu," ujar Acik Hasni apabila dia sedar yang dia tak boleh lagi berkias-kias.
"Mak percaya?" Soal Mail, ingin tahu.
"Mak tak tahu."
Mail mengeluh sikit, "Mak... tak semua yang kita dengar, kita boleh percaya. Tak semua yang kita nampak, kita kata itu kebenarannya. Along bukan nak back up Kaisarah tapi along kenal orangnya macam mana. Dia bukan perempuan jenis macam tu."
Acik Hasni diam.
"Pasal Kak Aini tu... mak jangan cakap mak percaya cakap perempuan yang tuduh kita anak beranak nak kikis harta keluarga dia tu," duga Hazirah, mahu memancing reaksi ibunya.
Acik Hasni diam. Mail pula rasa seleranya sudah mati. Pinggan nasi lemak yang masih berbaki, ditolak pada Hazirah, "Habiskan ni, ngah. Along nak gerak pergi bengkel dah."
"Along..." seru Acik Hasni.
Mail senyum saja pada Acik Hasni sebelum dia capai tangan tua itu lalu dia kucup belakang tangan ibunya, "Along tak minta banyak, mak. Along harap mak percaya dengan pilihan along kali ni."
Usai memberi salam, Mail terus keluar dari rumah. Acik Hasni yang memerhati hanya mengeluh kecil.
"Mak, tak usah rapat dah dengan Kak Aini tu. Jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali. Cukuplah kita ni dihina dulu. Percayakan along dan pilihan along. Dia tahu apa yang dia buat, insyaAllah."
Pujukan Hazirah akhirnya buat Acik Hasni mengangguk perlahan. Biarlah Mail buat pilihan sendiri asalkan anak terunanya itu bahagia...
.
.
.
.
.
"Nur..."Kaisarah rimas! Tak sangka pula dia boleh terserempak dengan laki si Aiza di pasar pagi ini. Sejak mereka terserempak, lelaki itu terus saja mengekori langkahnya ke mana-mana. Sumpah, dia sangat rimas dengan Radhi!
"Nur sayang..."
Tak dapat menahan rasa, Kaisarah terus berpaling ke belakang! "Jangan panggil aku sayang! Aku jijik!"
Berubah wajah Radhi apabila ditengking Kaisarah. Mana perginya wanita lembut yang bicaranya tidak pernah kasar apabila bercakap dengannya?
"Kau dok mengikut aku sejak tadi kenapa? Dah tak ada kerja sangat ke?"
"Salah ke saya ikut awak? Saya rindu awak, Nur. Sudah-sudahlah merajuk tu," pujuk Radhi sambil cuba menarik lengan Kaisarah.
"Eh, bodoh! Siapa merajuk dengan kau? Kau ni lepas kahwin dengan Aiza, jadi wayar short ke kat otak?" Soal Kaisarah sambil tuding jari ke kepalanya sendiri.
"Awak ni, Nur... sejak berkawan dengan mekanik cabuk tu, bahasa jadi kasar saja. Hilang Nur saya yang lembut dan sopan."
Kaisarah beristighfar mendengar ocehan bekas tunangnya itu, "Aku jadi macam ni sebab kau! Orang macam kau, macam Aiza tak layak nak di layan penuh sopan santun. Tak payah nak Nur saya sangat. Aku geli, tahu tak? Tengok muka kau, lagi aku loya!"
"Nur..." Radhi meleretkan suaranya, mahu merayu!
"Terimalah saya balik, Nur. Awak tak sesuai dengan si Mail tu. Dia tu cuma mekanik cabuk. Nak bagi awak makan pun belum tentu dia mampu," cemuh Radhi dengan niat mahu menghasut Kaisarah.
"Baliklah Radhi. Kau nak bodoh, kau bodoh sorang-sorang. Jangan ajak aku jadi bodoh sekali!" Marah Kaisarah lalu dia terus berpaling mahu berlalu.
Namun tangan Radhi lebih cepat, menarik lengan Kaisarah lalu memusingkan tubuh wanita itu mengadapnya!
"Muhammad Radhi!!!!" Pekik Kaisarah, penuh amarah!
.
.
.
.
.
Bersambung...p/s; patut panjang lagi bab ni tapi saya tak larat taip dah. Kita sambung esok okey? 🍁😘
Jangan lupa vote dan komen. Weekend ni saya baca semua komen, insyaAllah 🫶
YOU ARE READING
KAISARAH 🍁
RomanceKaisarah pernah kecewa dengan cinta. Bertahun dia pendam rasa. Kepulangannya ke kampung menemukan dia dengan pelajarnya nakal yang sering mengusiknya sewaktu dia menjadi guru ganti dulu. Dulu Mail itu nakal. Mail itu kuat mengusik. Mail itu mudah te...