BAB 13

593 117 23
                                    

Imbas kembali,

"Macam inilah Kak Hasni..." Puan Maznah berdeham sikit, "Saya ni berat hati tapi ini keputusan Aini dan saya sebagai wakil, cuma turutkan permintaan keluarga sana."

Acik Hasni yang mendengar terus berdebar, "Kenapa Nah? Ada apa-apa yang jadi ke?"

Puan Maznah mengeluh, lemah sebelum sebuah bekas cincin baldu merah diletakkan di atas meja kopi dan ditolak sikit ke tengah meja.

"Aini nak batalkan pertunangan dia dan Mail."

"Atas sebab apa dia nak batalkan pertunangan kami?!" Tanya Mail, keras. Dia tak dapat menahan diri daripada bertanyakan soalan itu.

Sampai saja dari bengkel tadi, dia sudah nampak kereta milik ibu saudara Aini. Sangkanya wanita itu datang untuk membincangkan majlisnya dan Aini yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun, siapa sangka... majlis itu tidak akan pernah berlangsung!

"Mail!" Tegur Acik Hasni. Dia tahu Mail terkejut kerana dia juga sama tapi tetamu tetap perlu dihormati.

"Aini cakap..."  Puan Maznah mengeluh lagi. Dia sendiri serba-salah. Apatah lagi, dulu dia yang beria-ia mahu menyatukan Aini dan Mail. "Aini rasa yang Mail tak ikhlas nak bertunang dengan dia. Mail lebih pentingkan adik-adik Mail dan bukan Aini."

Mail terduduk di atas kerusi rotan. Alasan bodoh apa awak bagi ni, Aini? "Saya ni ketua keluarga. Mestilah saya pentingkan adik-beradik saya. Mereka tanggungjawab saya, tambah lagi adik-adik saya semua perempuan. Dulu, waktu sebelum bertunang lagi saya dah cakap. Keluarga saya ni keutamaan saya. Lepas kahwin, isteri saya juga akan jadi keutamaan saya."

Puan Maznah mengeluh buat kesekian kalinya, "Cik Nah minta maaf, Mail. Cik Nah pun tak tahu kenapa Aini buat keputusan macam ni."

"Keluarga Aini tak cakap apa-apa ke, Nah? Mereka setuju je?" Sampuk Acik Hasni bila lihat Mail seperti termenung jauh.

"Mereka tak cakap apa. Malah, mereka yang beria-ia yang suruh saya datang putuskan pertunangan hari ini," ujar Puan Maznah, separuh kesal! "Mail, Cik Nah nak tanya sikit boleh?"

"Tanya apa Cik Nah?" Soal Mail dengan suara sedikit lelah.

"Betul ke Mail cadangkan untuk buat kenduri pihak lelaki sekali dengan pihak perempuan?"

Mail mengerutkan dahinya lalu dia angguk, "Kenapa Cik Nah?"

"Mak ayah si Aini cakap Mail nak jimat kos kenduri sebab tu nak sekalikan majlis."

"Allahuakbar! Niat saya nak sekalikan majlis tu sebab jemputan saya dengan Aini orang kampung ni juga. Dan tak ada maknanya nak jimat kos kenduri sebab semuanya saya yang akan bayar. Duit saya sendiri. Tak ada satu sen pun duit Aini yang saya minta dia keluarkan. Saya dah bincang dengan Aini dan Aini sendiri bagitahu keluarganya setuju. Kenapa lain jadinya ni?"

Puan Maznah menggeleng kesal, "Cik Nah minta maaf, Mail. Malu Cik Nah dengan keluarga kamu bila keluarga Cik Nah yang buat ulah."

"Baiklah! Kalau betul Aini nak batalkan pertunangan ini, saya terima. Saya pun tak nak masuk dalam keluarga yang pandang keluarga saya macam kami ni kaki kikis. Terima kasih Cik Nah."

KAISARAH 🍁Where stories live. Discover now