BAB 5

3K 334 51
                                    

Kai diam saja sepanjang perjalanan ke pekan. Pelik sebenarnya bila berada dalam satu kereta dengan Mail ni.

"Lama ke cuti?"

"Hah?"

"Saya tanya, lama ke Kaisarah cuti?"

"Kenapa susah sangat awak nak panggil saya Kak Kaisarah, Mail?" Soal Kai, ingin tahu.

"Sebab saya tak rasa nak panggil awak macam tu."

"Saya lagi tua dari awak, Mail."

"Perbezaan umur tu sangat penting ke bagi awak, Kaisarah?" Tanya Mail dengan wajah serius, "Umur tu cuma angka. Ada orang, usianya sampai 100 tahun tapi masih sihat. Ada orang, usianya tak sampai 20 tahun, dah meninggal dunia."

"Urgh, suka hati awaklah!" Rengus Kai.

"Awak tak jawab lagi soalan saya," ujar Mail, mengerling sikit pada Kai sebelum kembali memandang jalan raya.

"Saya cuti dua bulan."

"Lamanya?" Mail bertanya, pelik.

"Saya baru berhenti dekat syarikat lama. Saya minta masa dua bulan sebelum mula kerja dekat syarikat baru," balas Kai sebelum dia pandang Mail, "Mama saya cerita awak tak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi."

Mail angguk kepala, "Bukan rezeki saya nak sambung lagi. Bagi adik-adik dulu."

"Bertuah adik-adik awak ada abang macam awak."

"Cikgu Nur Kaisarah puji saya? Wah, rare..." usik Mail sebelum dia memberi signal ke kiri., "Awak makan kan ABC tepi jalan?"

"Ada ABC tengah jalan ke sekarang? Trend baru?" Sinis Kai menyoal.

Mail ketawa sebelum dia menukar gear dari D ke P, "Manalah tahu. Awak biasa makan ABC dekat hotel je ke."

"Eh, excuse me! Awak ingat saya ni high-maintenance sangat ke? Membazir je nak makan ABC dekat hotel. Semangkuk entah lebih sepuluh ringgit. Buat habis duit je," bebel Kai sebelum keluar dari kereta Mail.

Aduh, dari dulu sampai sekarang kuat membebel! Mail geleng kepala sebelum dia pun keluar dari keretanya.

"Wah, Mail! Hang bawak marka na mai kedai abang?"

Mail senyum saja dengan teguran Abang Husain, tauke gerai tepi jalan itu sebelum dia pandang Kai, "Nak minum apa?"

"ABJ ada?" Tanya Kai pada Abang Husain.

Abang Husain angguk kepala, "Ada. Nak ABJ ka?"

Kai angguk kepala, "Dengan bihun sup satu."

"Siap!" Abang Husain sengih sebelum dia pandang Mail, "Hang, Mail?"

"Laicikang satu dengan laksa tak mau salad dengan nenas."

"Siap!" Abang Husain angguk kepala sebelum dia berjalan ke dapur gerainya.

"Lama tak datang sini. Saya rasa, dulu kat sini jual air soya dengan rojak buah je."

Mail angguk kepala, "Pak Mat Soya dah tak larat nak meniaga dah. Tu Abang Husain tu take over gerai ni."

"Orang utara ke dia?"

"Haah. Menantu Pak Mat Soya yang sulung."

"Ooo..." Kai mengangguk faham sebelum dia terpandang sebuah meja terpencil berdekatan kaunter bayaran. Laju dia mengalihkan pandangan bila dia sedar mata orang yang duduk di meja itu sedang memandangnya.

"Kenapa?" Tanya Mail bila lihat wajah gelisah Kai.

"Tak ada apa."

Mail jungkit kening sebelum dia berpaling ke belakang. Oh, patutlah! "Nak cancel order?"

"Takkanlah sampai nak cancel?" Tanya Kai serba-salah.

"Tak pun, kita bungkus je. Nanti awak balik makan dengan mama awak je."

"Tak apa ke?" Kai pandang Mail, masih serba-salah, "Awak macam mana?"

"Macam mana apa?" Mail mengerutkan dahinya sebelum dia ukir senyum, "Tak apa je. Kejap lagi saya boleh makan dekat bengkel dengan budak-budak saya. Tunggu kejap, saya bagitahu Abang Husain. Nak bungkus bihun sup untuk mama awak sekali tak?"

Kai angguk kepala. Dia rasa bersalah pada Mail tapi nak terus duduk kat situ, dia tak selesa.

Mail pula, lepas Kai angguk kepala terus berlalu ke dapur gerai untuk mengubah pesanannya.

"Sarah..."

Berubah muka Kai bila melihat lelaki yang mendekati meja yang dia duduki. Ish, bala dah datang!

"Sihat, Sarah?" Radhi ukir senyuman manis pada Kai. Senyuman yang pernah membuat hati Kai berbunga.

Kai tak menjawab. Sebaliknya dia terus menekan-nekan telefon pintarnya.

"Saya rindu awak, Sarah!" Tanpa dipelawa, Radhi tarik kerusi yang berdepan Kai dan terus dia melabuhkan punggungnya di situ.

"Kenapa awak dah lama tak balik kampung? Saya rindu awak, sayang..." Ulang Radhi sambil memandang Kai, lama! "Cantik sungguh awak sekarang."

Kai buat gaya nak termuntah. Geli bulu hidung aku!

"Awak tak rindu saya ke, Sarah?"

Kai buat bodoh! Bercakaplah kau dengan botol kicap tu sampai esok! Ingat aku nak layan?

"Sarah..." Radhi tekankan panggilannya bila Sarah tak mempedulikan dia, "Sayang, saya menyesal tinggalkan..."

"Sayang, jom! Lambat nanti, kesian mama tunggu kita!" Tegur Mail yang memegang dua plastik yang berisi pesanan yang mereka pesan tadi.

Kai pandang Mail yang entah bila ada di sisinya.

"Sayang?" Mail petik jari depan Kai yang nampak terpinga-pinga.

Kai tersedar sebelum dia terus berdiri. Hujung baju kemeja Mail dipegang, "Jom, abang."

Terkulat-kulat Radhi bila Mail dan Kai berlalu macam tu saja. Radhi kepal penumbuk, sejak bila Kaisarah dengan budak hingusan tu?

Mail kerling Kai yang masih memegang hujung bajunya, "Sayang nak pegang baju abang sampai bila?"

Kai termangu kejap sebelum dia lepaskan pegangan tangannya, "Sorry."

"Abang maafkan..." Mail buka pintu kereta sebelum dia ukir senyum sinis, "... sayang."

Kai terasa pipinya semakin hangat. Eh eh, dia ni...!



Bersambung...


KAISARAH 🍁Where stories live. Discover now