Kaisarah hela nafas. Rasanya, sudah lama dia tidak pulang ke kampung halamannya. Kali terakhir dia pulang rasanya ketika Aidilfitri yang lepas.
Pulang ke kampung, setahun sekali. Bukan kerana dia tak sayang tetapi kerana kenangan lama itu masih menyakiti hati.
Siapa yang tak sedih, orang yang dicintai memilih orang lain setelah bertahun menyulam cinta.
"Sarah..."
Suara Cik Ajah kesayangannya buat Kai tersentak sikit, "Ya, mama?"
"Kejap lagi teman mama pergi pasar. Lauk banyak dah habis!"
Kai yang mendengar hela nafas. Takkan nak ditolak permintaan mamanya. Tak tunggu lama, dia keluar dari biliknya menuju dapur, "Along mana, ma?"
"Along balik rumah mentua dia, pergi ambil kak long kau. Kenapa? Tu nak mengelat dari teman mamalah tu."
Kai sengih sebelum dia duduk di meja makan, "Macam mama tak tahu."
"Sampai bila nak lari?"
"Mana ada lari. Sarah tak suka jumpa orang kampung yang suka gelar Sarah..."
"Anak dara tua?"
Kata-kata mama buat Kai diam. Sejak dia tak jadi dengan orang itu, macam-macam nama gelaran dia terima. Paling popular sekali, anak dara tua.
Macam semalam, dia terserempak dengan Pak Mahat. Sesuka hati orang tua tu saja panggil dia macam itu!
"Kalau tak nak teman mama pergi pasar, esok Sarah wajib ikut mama pergi kenduri Ijah anak Acik Aminah."
"Ijah dah nak kahwin, ma?" Tanya Kai, separuh terkejut mendengar berita itu.
"Haah, dengan Addin."
"Addin ketua pengawas tu?" Hampir Kai menjerit, terkejut. Dia kemudiannya ketawa.
"Lah, Sarah ketawa kenapa?"
"Sebab susah nak percaya budak berdua tu dah nak kahwin!" Kai geleng kepala. Dia pernah jadi cikgu ganti di sekolah itu waktu Addin dan Ijah di tingkatan lima.
Dia pernah mengajar subjek Matematik di kelas Ijah dan Addin. Dia tahu betapa nakalnya Ijah dulu dan betapa dedikasinya Addin dalam mengejar Ijah yang selalu lari bila tertangkap melanggar peraturan sekolah. Kelakar pula bila diingat balik.
"Anak murid dah nak kahwin, cikgunya tak kahwin-kahwin lagi!" Suara Kak Bihah, jiran sebelah rumahnya buat Kai tarik muka. Salam tak bagi, tiba-tiba terjah rumah orang.
"Kau sihat, Sarah? Bila nak bawa calon datang rumah?" Nadanya biasa tapi berbaur perlian.
"Sihat, Kak Bihah!" Jawab Kai, malas! "Saya bukan tak nak bawa balik calon tapi calonnya dah kahwin dengan Kak Bihah. Melepas dah saya..."
Berubah wajah wanita yang tua lima tahun dari Kai itu. Tak jadi dia nak melangkah masuk ke rumah Cik Ajah. Baru dia nak ajak orang tua tu bergosip tapi mulut Kai itu buat dia panas hati, "Cik Ajah, saya balik dulu! Panas pula rumah Cik Ajah ni!"
Cik Ajah tak menahan. Lantak kaulah, Bihah oi...! Kau masuk rumah aku pun aku tak jemput!
"Mama, bila nak pasang grill kat pintu dapur ni? Hari-hari Kak Bihah tu datang tak berjemput, lepas tu masuk rumah orang dia buat macam rumah dia! Perangai macam apa lagi!"
"Mama dah minta si Mail pasang hari tu tapi tak sempat lagi. Dia pun sibuk dengan bengkel dia. Esok kita tutup pintu dapurlah. Mama pun stress hari-hari dia datang!" Ujar Cik Ajah, serius, "Pintu depan pun tutup."
Kai ketawa. Ingat tak terasa bila Kak Bihah tu datang hari-hari. Mama... mama...
"Kalau kejap lagi Mail datang nak pasang pintu grill, Sarah jangan duduk bersembang dengan dia. Nampak dek Astro bergerak tu, dicanang satu kampung nanti."
Kai mengangguk, "Mail yang mana, ma?"
"Budak nakal kampung dulu tu. Tapi dululah. Ni dah insaf kot," Cik Ajah ketawa sendiri, "Dah ada bengkel sendiri. Buat kerja-kerja rumah juga."
Dahi Kai berkerut sikit. Budak nakal kampung? Tiba-tiba dia terbayang budak lelaki yang selalu memanggilnya Cikgu Nur. Dia ke?
Terimalah cerita biasa-biasa dari saya. Cewahhh 🙈
YOU ARE READING
KAISARAH 🍁
RomanceKaisarah pernah kecewa dengan cinta. Bertahun dia pendam rasa. Kepulangannya ke kampung menemukan dia dengan pelajarnya nakal yang sering mengusiknya sewaktu dia menjadi guru ganti dulu. Dulu Mail itu nakal. Mail itu kuat mengusik. Mail itu mudah te...