BAB 3

11 0 0
                                    

Iskandar berlari laju menuju ke wad kecemasan. Aku mengikutinya dari belakang bersama Pak Mat. Sampai sahaja di sana kelihatan susuk tubuh perempuan dalam lingkungan 40-an sedang berdiri keseorangan. Mungkin itu lah Dato Seri merangkap umi Iskandar.

"Umi, kakak macam mana?" Iskandar melilaukan mata ke arah wad kecemasan tempat kakaknya berada.

Dato Seri Melati menoleh ke arah Iskandar.

"Umi bersalah, Putra. Umi bersalah." Laju dia meluru ke arah Iskandar.

Aku melihat dua beranak itu berpelukan. Saling menyalurkan kekuataan menghadapi ujian berat ini. Aku hanya mampu berdoa semoga kakak Iskandar selamat.

"Ini siapa, Putra?" Dato Seri Melati menyoal Iskandar sambil memandangku.

Kenapa aku lihat pandangannya seperti kurang suka dan tidak selesa melihatku di sini. Apakah kehadiranku tidak layak berada di sini.

"Umi tak suka kamu bawak orang luar datang sini," Sah lah uminya tak suka aku di sini.

"Ini kawan Putra, umi. Bukan orang luar."Jelas Iskandar.

"Kamu suruh perempuan tu balik, Umi tak nak ada siapa-siapa tahu tentang kakak kamu."

"Tapi, umi..." Iskandar seperti serba salah. Di sebelah kanan, uminya dan di sebelah kiri, aku yang hanya kawan. Lantas aku menyampuk kata Iskandar.

"Iskandar, biar aku balik. Kau jaga umi dan kakak kau baik-baik. Apa-apa kau perlukan pertolongan, beritahu aku saja. Aku ada dengan kau walaupun bukan depan mata." bisik aku kepada Iskandar. Harap uminya tak mendengar kata-kata ku.

"Saya minta maaf dan terima kasih sanggup temankan saya. Jumpa awak nanti di sekolah. Sekali lagi saya minta maaf. Awak akan okey balik sorang-sorang, saya minta Pak Mat hantarkan awak sampai rumah ye" pinta Iskandar. Mukanya nampak risau bimbang aku terasa hati dengan uminya.

"Aku okey, Iskandar. Tak perlu minta maaf. Aku faham. Dan aku boleh balik sorang-sorang." Aku tak mahu menyusahkan Iskandar. Aku mula melangkah keluar.

Di rumah, aku solat hajat meminta kakak Iskandar selamat dan segera sedar. Pasti Iskandar sekarang resah dan sedih mengenangkan keadaan kakaknya itu. Ya Allah, kasihanilah dia, Semoga dia kuat menghadapi ujian ini, berikanlah dia kesabaran. Allahuma amin.


Ma ketuk pintu bilik aku. Dia masuk membawa makanan.

"Ma, kenapa bawa sampai ke bilik, Dewi boleh turun makan dekat bawah nanti." Aku mengambil pinggan berisi nasi itu dan meletakkannya  di atas meja di tepi katil.

"Ma tahu kamu sedih dan kamu takkan turun ke bawah. Kamu akan biarkan perut kamu lapar sebab terlalu fikirkan perihal orang lain. Sebab tu ma datang ketuk pintu bilik kamu. Kamu nak fikirkan orang lain, ma tak kisah. Sebab ma tahu memang perangai kamu macam ni. Tapi ma kisah bila kamu tak makan sejak dari petang tadi." Ma pegang tangan aku lembut.

"Ma ni kalau membebel dah boleh buat karangan bahasa Melayu dah. Ma jangan risau lepas Dewi habis solat isyak nanti Dewi makan okey. Ma pergi la masuk tidur dulu, Ma kan suka tidur awal. Dewi okey dah sikit," Beritahu aku tak mahu menyusahkan ma lagi.

"Yelah, Dewi. Nanti makan ye." Ma mengusap rambutku pula sepertinya mahu menenangkan resah di hatiku. Ma seperti tahu aku risaukan Iskandar. Entah makan atau tidak dia. Agak-agak kalau aku pergi menjenguknya tengah malam ini, Ma marah atau tidak.

"Kamu jangan buat benda gila nak pergi tengok dia malam-malam ini, Dewi. Kamu itu anak dara dia pula lelaki. Ma tahu apa yang kamu fikir tu, jangan ingat ma tak tahu." Ma memberi amaran.

Hnacur harapan aku mahu menjenguk Iskandar di hospital. Tak apalah aku tunggu esok. Itupun kalau umi Iskandar tak ada. Kenapa lah dia tak suka aku ada dekat situ. Aku mengeluh kecil.

"Esok , Ma hantarkan kamu dekat hospital. Jangan risau." Pujuk ma lembut.

"Dewi sayang ma. Ma lah yang paling memahami Dewi." Aku peluk ma erat. Bersyukurnya aku dilahirkan dalam keluarga ini. Pelukan makin aku eratkan.


"Dewi, tolong Iskandar. Iskandar takut. Iskandar tak ada teman. Iskandar keseorangan. Dewi, Iskandar sakit. Tolong." Iskandar merayu kepadaku. Aku tidak tahu mahu membuat apa. Aku mahu mendekati Iskandar sebelum Iskandar hilang dalam kabus tebal.

Kring!!

Aku terjaga. 

Ya Allah, aku mimpikan Iskandar. Iskandar meminta tolong aku. Aku melihat jarum jam. Tepat pukul 4:00 pagi. Aku bangun ingin mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat meminta kepada Yang Esa semoga Iskandar terus kuat dengan ujian ini.

Selesai solat, telefon aku diatas meja belajar diambil. Tangan mula menekan nombor Iskandar. Mujurlah Iskandar ada memberikan nombor telefonnya kepada aku sebelum aku pulang dari hospital petang semalam. Panggilan dibuat. Satu panggilan. Dua panggilan. Tiga panggilan. Semua tak diangkat. 

Aku mula risau. Kaki mula melangkah menuju ke arah bilik ma dan abah. Pintu bilik diketuk beberapa kali. Cepatlah buka ma abah. Beberapa minit berlalu barulah ma membuka pintu.

"Ma, Dewi risau Iskandar tak angkat call Dewi. Dewi nak pergi tengok dia. Ma hantarkan Dewi ye." Aku meminta dan mahu berlalu turun ke bawah.

Ma menarik tanganku.

"Dewi, ma tahu kamu risau tapi sekarang awal lagi, lepas subuh ma hantarkan kamu. Kamu solat dulu. Ma pun belum solat subuh." Ma menenangkan aku yang seperti hilang arah itu.

Aku baru teringat masih awal lagi di luar. Matahari pun belum munculkan diri. Lambatnya nak tunggu hari cerah. Aku risaukan Iskandar dari semalam.

"Tenangkan diri kamu dulu nanti lepas solat ketuk pintu ma, Dewi." Suruh ma dan aku hanya menganggukkan kepala.

Aku menunggu panggilan dari Iskandar. Berharap Iskandar menelofon ku. 30 minit menunggu, aku kecewa. Nampaknya Iskandar tak teringatkanku. Azan subuh kedengaran. Aku bangun untuk solat subuh. 

BAHAGIA ADA KAMUWhere stories live. Discover now