BAB 13

4 0 0
                                    

Cuti persekolahan telah bermula dan Iskandar ada mengajakku untuk pulang ke kampungnya di Kelantan. Katanya, Iskandar mahu memperkenalkan budaya tradisi Kelantan kepadaku. Oleh kerana aku hanya duduk di rumah membuang masa sahaja, ma memaksa aku untuk mengikuti Iskandar.

"Bila lagi nak pergi Kelantan? Iskandar dah ajak, pergi sahajalah. Boleh kenal-kenal dengan keluarga Iskandar di kampung. Mana lah tahu nanti jadi keluarga Dewi pula nanti."

"Hish, ma ni kenapa tiba-tiba cakap pelik hari ni? Ma demam eh? Jap, Dewi pergi ambik ubat." Aku bangun sebelum ma menarik tanganku kembali untuk duduk.

"Kamu ni kan, Dewi. Ma sekeh juga kepala tu nanti. Dah, pergi naik atas. Kemas barang kamu." Ma sudah mengeluarkan arahan tegas kepadaku. Nampaknya, memang aku terpaksa ikut juga Iskandar pulang ke kampung.

Esok paginya, Iskandar muncul dengan muka yang penuh senyuman. Kalau boleh senyuman tu nak sampai ke telinga, lebar betul senyumannya.

"Good morning, my moon!" Iskandar menyapa aku lembut.

"Morning, Iskandar. Jemputlah masuk breakfast dulu, ma saya ada masakkan nasi lemak sambal udang untuk awak."

" Wah, sedap tu. Ma macam tahu-tahu aja saya craving nak makan sambal udang. Abah awak ada sekali?"

Aku hanya menganggukkan kepala dan Iskandar masuk ke dalam rumah diikuti olehku.

Kami makan bersama-sama sebelum memulakan perjalanan menuju ke Kelantan yang memakan masa hampir sembilan jam.

"Iskandar, kenapa kakak awak tak ikut kita sekali?" Aku bertanya ketika sudah berada di dalam kereta. Pak Mat di depan hanya diam memandu kereta.

"Ouh, kakak saya sekarang ikut suaminya outstation. Sebab tu dia tak dapat nak ikut kita sekali." Iskandar menjawab sambil tersenyum kecil kepadaku.

"Patutlah. Saya baru nak kenal dengan kakak awak. Nampaknya tak sempat lah saya nak jumpa kakak awak." Aku berkata sedih.

"Awak jangan risau, nanti saya pujuk kakak saya jumpa awak. Dah, jangan sedih." Iskandar memujukku lembut.

"Siapa lagi yang ada di kampung?" l

"Ada Tok Ayah dan Tok Mek sahaja. Pak Uda ada tapi esok baru dia balik. Anak Pak Uda pun ada sekali. Iman dan Iffa. Saya dah lama tak jumpa diorang. Agaknya, diorang pun dah tak kenal saya." Iskandar tertawa kecil.

"Iman dan Iffa tu mesti comel kan?"

"Ha ah comel. Comel macam awak." Laju Iskandar menjawab soalanku itu.

"Bukan boleh percaya awak ni, dah lah saya nak tidur. Nanti kejutkan saya boleh?"

"Okey, tidurlah. Sleep well, my moon."

"Dewi, bangun. Dewi!" Aku terpisat-pisat membuka mata apabila mendengar suara Iskandar memanggil namaku.

"Ha, bangun pun. Jom, kita pergi makan dulu." Iskandar mengajak. Pak Mat di bahagian depan pemandu sudah tiada.

"Sekarang dah pukul berapa?" Aku memandangnya.

"Hampir pukul dua petang." Iskandar melihat jam di tangannnya.

"Ha! Lamanya saya tidur." Kami bertolak pukul 9 pagi, maknanya hampir lima jam aku tertidur di sebelah Iskandar. Nasib baik air liur basi tak keluar, Kalau tak, mahu malu tujuh keturunan kalau Iskandar tengok.

"Takpelah lama pun. Saya tahu awak penat. Jom turun. Kita makan dulu lepas tu solat."

"Kita solat dulu la baru makan." Sekali aku mahu ke tandas dan terus ambil wuduk untuk solat zohor.

BAHAGIA ADA KAMUWhere stories live. Discover now