BAB 6

5 0 0
                                    

Perlahan-lahan aku membuka mata. Hanya sekejap sebelum aku menutup mata kembali. Silau dengan cahaya lampu. Tiba-tiba kepala ku terasa sakit. Ini yang aku tak suka. Mata cuba juga dibuka seluas mungkin.

Mata mula memandang sekeliling. Bilik yang serba biru itu adalah bilik sakit. Eh tadi aku dekat tandas. Siapa bawak aku datang sini.

"Dewi, alhamdulillah awak dah sedar. Saya risau sangat tadi tengok awak pengsan tak sedarkan diri." Iskandar datang mendekat dengan wajah yang lega.

"Aku pengsan?" Aku tak sangka aku boleh pengsan dalam tandas. Benda terakhir aku ingat ialah aku terbaring di atas lantai sebelum semuanya gelap.

Iskandar menganggukkan kepala perlahan.

"Yer awak pengsan. Nasib baik nurse cakap awak tak apa-apa. Awak tahu tak saya ni rasa macam nak mati angkat awak datang bilik sakit."

Aku berat sangat ke sampai nak mati dia angkat aku. Berat aku baru 48 kg. Kira ringan la tu kan. Eh kejap. Iskandar cakap apa tadi? Dia angkat aku? Dia angkat aku? Iskandar angkat aku?Alamak tiba-tiba rasa malu dengan Iskandar. Tak apa, ini bukan keadaan darurat. Tak berdosa kan.

Aku pandang Iskandar di sebelah.

"Thank you dan aku minta maaf sebab menyusahkan kau."

"Awak langsung tak menyusahkan saya. Langsung tak pernah. Kalau ada pun, saya rela disusahkan oleh awak." Iskandar kenyit mata kepadaku.

Hish sempat lagi budak ni kenyit mata dekat aku.

"Ini ada bubur ayam dengan roti. Awak nak makan sendiri atau nak saya tolong suapkan?" Iskandar hulurkan bekas berisi makanan kepadaku.

"Takpe saya boleh makan sendiri."

"Kalau macam tu saya masuk kelas dulu. Awak stay dekat sini rehat. Nanti dah nak dekat balik, saya datang jemput awak. Kita balik sama-sama. Saya dah call parent awak tadi beritahu awak pengsan."

Tak sangka Iskandar telefon ma dan abah memberitahu keadaan aku. Bersyukur dia ada. Kalau tak memang aku takkan call ma dan abah semata-mata tidak mahu risaukan mereka.

"Ma dan abah cakap apa?" Aku ingin tahu.

"Ma awak sangat risaukan awak. Abah pun sama. Mereka dalam perjalanan balik. Tak mahu tinggalkan awak lama-lama." jawab Iskandar.

"Aku betul-betul tak nak menyusahkan ma dan abah."

"Orang tua ni sifatnya akan risaukan kita sebagai anak. Tak kisah la bila dah besar sekalipun. Namanya ibu bapa ni memang macam tu lah sifat mereka. Dan, tak salah pun kan kalau ma dan abah risau lagi-lagi anak mereka awak seorang saja. Mestilah mereka sangat risau."

"Iyalah." Iskandar nasihat aku dah macam ustaz muda dah.

"Dah, rehat. Jangan fikir apa-apa dah. Nanti tambah sakit. Petang nanti kita jumpa."

Aku menganggukkan kepala perlahan sebelum Iskandar beredar pulang ke kelasnya.

Dua hari aku diberikan cuti oleh doktor. Aku hanya berbaring di atas katil tanpa berbuat apa-apa. Bosannya dekat rumah. Nak keluar tapi ma dan abah sudah melarang aku dari awal. Mahu membaca buku yang dibeli oleh Iskandar namun tiada mood mahu membaca. Akhirnya aku memejam mata mahu lelap sekejap.

Ting! Ting! Ting!

Bunyi notifikasi telefon berbunyi lantas aku membuka mata. Tangan mula mengambil telefon lantas dibuka. Pesanan masuk dari Iskandar. Kening ku berkerut. Pantas aku buka pesanannya dan bibir aku mula tersenyum.

Iskandar menghantar gambar pemandangan matahari terbenam. Subhanallah cantik sangat ciptaanMu. Aku send emoji senyum kepadanya. Panggilan suara dari Iskandar berbunyi. Pantas aku menekan ikon hijau. Salam terus diberi. Salamku dijawab olehnya ceria.

"Saya tahu awak suka sunset. Sebab tu saya send gambar dekat awak. Untuk awak, si cantik manis. Semoga terus tersenyum."

"Terima kasih, Iskandar. Sunset tu cantik sangat. Pandai kau ambil gambar. Boleh tak nanti kita tengok sunset sama-sama. Dah lama tak tengok. Kalau nak pergi dengan Aisy, Aisy bukan suka sangat keluar." Harap-harap Iskandar berlembut hati nak temankan aku tengok sunset.

"Mestilah boleh. Untuk awak semua boleh. Nanti awak dah betul-betul sihat, kita pergi." Iskandar mengiyakan permintaanku. Baik betul budak Iskandar ni kan. Best ada kawan macam ni. Nak harapkan si Aisy lambat lagi lah jawabnya.

"Ini awak dah makan ke belum?" tanya Iskandar prihatin.

"Dah, aku sebenarnya nak tidur sekejap tadi."

"Saya ganggu awak ke? Sorry, Dewi." Iskandar berkata dengan nada serba-salah.

"Eh, takdelah. Kau tak ganggu pun." Aku menafikan tak mahu dia rasa serba salah.

"Fuh, nasib baik. Ingatkan saya dah ganggu awak tadi. Lusa awak dah datang sekolah kan?"

"Yer, doktor bagi cuti dua hari. Hari ini dan esok. Kenapa? Dah rindu aku ke?"

"Adalah sikit rindu tu. Rindu nak mengusik akak yang garang macam singa tengah period." Usik Iskandar. Amboi-amboi sekarang dah pandai mengusik aku. Siap la dia nanti. Akan aku balas.

"Mentang-mentang lah aku sakit sekarang, kau suka usik aku kan. Dahlah, ma aku panggil suruh turun.Bye!" Aku menamatkan panggilan telefon tanpa Iskandar sempat berkata apa-apa. Kononnya mahu merajuk dengan Iskandar. Biar dia pujuk aku yang katanya macam singa ini. Padan muka dia. Baru tahu penangan akak singa macam mana. Aku ketawa jahat di dalam hati.

"Dewi, turun bawah kejap!" Suara Ma mengejutkan aku. Cepat-cepat aku turun ke bawah sebelum mak singa di bawah pula yang merajuk.

BAHAGIA ADA KAMUWhere stories live. Discover now