BAB 1

20 0 0
                                    

Aku mendengar suara seseorang dari arah belakang bangunan sekolah itu. Semakin lama semakin kuat suara itu. Seperti rintihan dan rayuan seorang lelaki. Dahiku mula berkerut lalu kakiku berhenti tepat di sebalik dinding dan mendengar dengan lebih jelas lagi. Sahlah Muaz dan kawannya sedang melakukan perbuatan itu lagi. Aku mendengus dan dengan perasaan marah aku menengkingnya kasar.

"Hoi, kau dah tak ada benda lain ke nak buat sampai buang masa buat benda jahat ni." aku berkata kepada Muaz.

Muaz yang baru sahaja mahu memukul kepala budak lelaki itu menghentikan perbuatannya dan mula melihat ke arah aku.

Aku sedikit ketakutan apabila Muaz menjegilkan matanya seperti mahu menelan aku hidup - hidup. Aku cuba berlagak seperti tidak terkesan dengannya dan berdiri tegak bagaikan hero yang mahu menyelamatkan heroinnya. Tetapi di sini, aku sebagai perempuan yang menyelamatkan budak lelaki itu. Apa ke bagus sangat si budak lelaki itu yang hanya tahu menundukkan wajahnya sahaja. Tiada tanda-tanda pergelutan di antaranya dengan Muaz. Sah budak lelaki itu mesti budak baru yang berpindah ke sini dan terus menjadi mangsa jahat Muaz.

"Kau ni kan Dewi, boleh tak jangan nak jadi hero dekat sini, menyampah betul aku tengok muka kau kat mana-mana."Marah Muaz sambil menggenggam penumbuk.

"Kau ingat kau sorang je yang menyampah, aku ni lagi seribu kali menyampah dengan kau. Berlagak macam samseng dekat sini. Kau tu baru 15 tahun , jangan nak tunjuk bodoh sangat boleh tak?" Aku berkata.

Kaki diayun ke arah budak lelaki itu. Baju yang sedia putih kotor dengan tanah. Muka sedikit luka dengan air mata yang makin lebat turun ke pipi. Pantas aku keluarkan sapu tangan dan menyapu air matanya. Kesian baru pindah dah kena buli. Aku menghulurkan tangan dan dia hanya memandang mataku.

"Jom balik, lepas ni diorang takkan kacau kau dah." aku senyum kecil kepadanya. Mahu meyakinkan dirinya.

Aku berpaling kepada Muaz.

"Kau kacau dia lagi, memang aku suruh bapak aku sunat kau sekali lagi. Korang semua pun sama, tak payah nak berkawan dengan Muaz, menyakitkan hati je dapat kawan perangai lebih pada setan."

Aku dan dia terus keluar dari bangunan usang itu.

Dari jauh aku sudah nampak kedai berwarna warni itu. Kedai kegemaran aku.

Kedai Aiskrim Ah Meng.

"Nama kau siapa?" tanya aku kepada budak lelaki itu. Dari tadi dia hanya menundukkan kepala. Seolah tidak mahu aku memandangnya. Pemalu ke apa budak ni. Aduhai ini pun masalah juga. Susah nak tanya soalan. Aku banyak nak soal budak ni.

"Saya...." Aha keluar pun suara dia. Aku cuba mendengar lagi namun yang aku dengar hanya perkataan saya. Budak ni gagap ke.

"Saya apa?" Ala cakap je la tak ada sesiapa pun dekat sini. Kita berdua je." Aku memaksa dia bercakap.

"Orang sebenarnya malu dengan akak."

Bom!! Dia panggil aku apa tadi. AKAK!!! Maknanya aku lagi tua dari dia. Aku cuba bertenang. Relaks Dewi. Dengan budak-budak kita kena berlagak matang sikit.

"Kenapa malu? Tak payah malu lah, takde sebab pun kan nak malu,"

"Akak selamatkan orang tadi, lepas tu orang malu la. Mesti nanti Muaz dengan geng dia makin kerap buli orang. Orang lemah, orang tak berdaya nak lawan mereka semua tu. Lepas tu mesti diorang bagitahu dekat kawan-kawan orang yang lain. Orang dah la baru kat sini. Kawan pun beberapa kerat aje." Dia buat ayat sedih.

"Ala takkannya Muaz nak buat macam tu. Aku dah warning dia siap-siap. Memang cari penyakit la dia kalau dia cari pasal lagi. Dah, tak payah risau pasal dia. Dan... kau tak payah malu dengan aku. Aku ni memang suka tolong manusia yang dalam kesusahan macam...kau." Aku senyum padanya.

BAHAGIA ADA KAMUWhere stories live. Discover now