BAB 5

10 0 0
                                    

Keesokan harinya, aku mengeliat kecil. Malas nya nak pergi sekolah. Dahlah hari ini hari pertama aku ABC. Lagilah bertambah malas mahu bangun. Lima minit termenung, akhirnya aku bangun untuk bersiap.

" Aduh, perut janganlah buat hal. Aku nak pergi menuntut ilmu ni." Aku bercakap dengan perut.

Sudahlah lagi sebulan lebih sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan berlangsung. Kalau aku tak ke sekolah, memang akan dibebel oleh ma kesayangan.

Abah menghantarku sampai ke pagar sekolah. Sempat dia beritahu aku bahawa abah dan ma mahu ke rumah sedara kami di Johor Bharu. Aku hanya mengangukkan kepala mengerti. Aku keluar dari kereta dan bertembung dengan Iskandar yang juga baru sampai.

"Hi, Dewi. Kenapa awak nampak pucat?" tegur Iskandar.

Alamak nampak sangat ke muka aku pucat. Aku meraba mukaku perlahan. Lantas tersenyum kecil kepada Iskandar.

"Mana ada Iskandar. Pandai-pandai je kau ni." Aku memberitahu. Janganlah dia tanya aku soalan yang bukan-bukan.

"Mata saya takkan menipu, Dewi. Takpa lah kalau awak tak nak mengaku. Jom saya temankan awak sampai depan kelas." Pelawa Iskandar.

Eee mamat ni kan suka tunjuk sisi gentleman dia. Aku ni lemah betul bab-bab macam ni.

"Eh takpe takpe. Saya boleh pergi sendiri." Tolak aku lembut. Tak mahu menyusahkannya.

Iskandar tak menghiraukan penolakanku. Terus dia mengambil bekal makanan di tanganku dan kami mula melangkah bersama.

Sampai di depan kelas Iskandar meletakkan bekal makanan itu di atas mejaku dan juga dia menghulurkan satu coklat bersaiz sederhana besar jenama Berryls kepadaku.

Eh sejak bila dia ada coklat tu. Aku kerutkan dahi menerima hulurannya itu. Macam tahu-tahu aje aku memang perlukan coklat sekarang ni. Mesti Iskandar jenis yang suka ambil tahu tentang perempuan. Suka-suka.

"Kebetulan saya memang nak bagi coklat ni kat awak." Jelas Iskandar.

"Terima kasih, Iskandar." Kata aku.

"Sama-sama kasih. Apa-apa minta tolong saya tau." Iskandar mengenyitkan sebelah matanya.

Aku terkedu. Wah wah pagi hari lagi dah main mata dengan aku. Ini tak boleh jadi ni. Lemah jantung ku kalau hari-hari dia buat macam tu. Bahaya,bahaya.

"Dah lah perhimpunan dah nak mula. Jom." Aku hanya mengekorinya dari belakang menuju ke dewan tempat perhimpunan kami.

Cikgu Azizi merangkap guru kelas dan juga guru Bahasa Melayu kelas aku mula mengajar. Aku membuka nota mula menyalin kerja-kerja yang diberikannya. Tiba-tiba period pain menyerang. Perutku memulas seperti mahu terbalik segala organ di dalam tubuhku. Aduh sakitnya ya Allah. Aku cuba bertahan semampu mungkin.Sudahlah ubatku tertinggal di rumah. Muka kucuba beriak biasa. Sudahlah Cikgu Azizi ini garang. Siaplah siapa yang tidak fokus dalam kelasnya. Mahu dimarahinya.

Sedang aku menulis di atas buku notaku. Sinaran matahari dari luar mengena tepat ke mukaku. Alamak dahlah aku dalam keadaan sakit, terkena pula sinaran matahari ini. Makin tambah sakit la nanti.

"Psst, Aini tolonglah tutupkan pintu tu sekejap. Aku silau ni," Aku menyuruh Aini.

Namun dia hanya mengendahkanku. Hish Aini ni tak boleh harap lah. Aku mahu bangun namun tidak berani. Bimbang dimarahi oleh Cikgu Azizi nanti.

Sedang aku memegang perutku menahan sakit, tiba-tiba aku mendengar bunyi pintu kelas seakan ditutup dari luar. Aku memandang ke arah pintu. Nah ajaib betul. Aku memandang ke luar tingkap pula. Mahu mencari tahu gerangan siapa yang menutup pintu kelas. Aku lihat Iskandar sedang tersenyum ke arahku dari luar tingkap. Dia melambaikan tangannya senang.

Aku tersentuh dengan tingkahnya itu. Iskandar selalu ada setiap kali aku dalam kesusahan. Mula lah hatiku cair. Mata sudah tidak mendengar apa yang Cikgu Azizi ajar di hadapan. Fokus ku kini pada Iskandar yang masih berada di luar kelas.

"Dewi Maimun, kamu tengok apa kat luar, saya tengah mengajar kat depan. Bukan kat tingkap sana tu." Laung Cikgu Azizi kepadaku.

Alamak singa sudah mengamuk. Cepat-cepat aku berpaling ke hadapan.

"Maafkan saya, cikgu." Ini salah Iskandar. Kenapa lah suka buat aku hilang fokus. Dia pula di luar mengekek ketawa. Wah wah sukanya dia. Siaplah dia nanti rehat aku jumpa dia tarik telinga baru tau langit tinggi ke rendah.

Dua jam berlalu, akhirnya masa yang ditunggu tiba. Kelas Cikgu Azizi bersurai dan waktu rehat tiba. Aku mengemas buku nota dan alat tulis. Membiarkan orang lain menuju ke kantin terlebih dahulu. Aku mahu ke tandas sebentar mahu menukar tuala wanita. Tuala wanita yang dibungkus elok dengan kertas aku ambil dari bahagian belakang beg. Dibawa ke dalam poket baju kurung lantas aku menuju ke tandas wanita.

"Nak cepat, nak cepat,nak cepat." Aku bergegas keluar risau waktu rehat habis dan aku tidak sempat makan. Sudahlah aku mahu bertemu dengan Iskandar.

Tandas kosong. Okey cun sangat. Memang aku suka kalau tiada orang dalam tandas. Aku masuk dan mengunci pintu utama tandas dari dalam.

Setelah sepuluh minit dalam tandas aku keluar mahu membersihkan tangan di sinki. Tiba-tiba period pain menyerang lagi. Kali ini lebih sakit dari tadi. Aku menekan perut menahan sakit. Aduh macam nak terberanak. Sakitnya ya Allah. Aku terduduk di atas lantai tandas. Tak menghiraukan kotor atau tidak. Aku teringatkan Iskandar.

"Iskandar, tolong aku! Aku sakit sangat." Lemah aku berbisik keseorangan.

Badanku mula terasa sejuk, tangan juga mula menggeletar. Mukaku pucat tidak berdarah dan mata mula mahu tertutup. Sudahnya, aku pengsan di situ. Terbaring tanpa sesiapa yang tahu keadaan aku.


Suasana riuh rendah dan kecoh di kantin sekolah dengan pelajar yang rehat dan mahu membeli makanan. Iskandar hanya melihat sambil menunggu ketibaan Dewi.

"Mana Dewi, takkan la dia tak keluar kelas." Iskandar pandang rakan sekelas Dewi, Aini. Lalu dia datang ke arah Aini mahu bertanyakan soal Dewi.

"Aini, ada nampak Dewi tak?" Iskandar mula bertanya.

"Aini nampak Dewi pergi tandas lepas habis kelas tadi." Jawab Aini.

"Okey thank you, Aini." Laju Iskandar menuju ke tangga mahu pergi ke kelas Dewi yang berada di tingkat dua.

Sampai di kelas langsung tiada siapa-siapa. Pelik. Takkan Dewi tak keluar rehat. Fikir cepat Iskandar tempat mana lagi yang Dewi akan pergi time rehat. Iskandar membawa tangannya ke dagu mula berfikir.

"Tandas?" Tebak Iskandar. Tanpa fikir panjang kakinya terus ke tandas yang berdekatan dengan kelas Dewi.

Dia membuka pintu utama tandas itu namun berkunci. Nalurinya kuat mengatakan bahawa Dewi berada di dalam tandas.

Iskandar cuba menerobos masuk tapi masih tidak berjaya. Kakinya mula ditendang ke arah pintu.

"Dewi, dengar saya tak? Dewi,awak ada kat dalam kan? Dewi!" Iskandar memanggil nama Dewi berkali-kali tapi langsung tiada jawapan daripada Dewi.

Ini tak boleh jadi. Dewi dalam bahaya. Kaki Iskandar laju turun mahu meminta bantuan kepada pak cik guard yang bertugas.

"Pak cik, pak cik tolong saya kawan saya terperangkap dalam tandas. Dia dalam bahaya. Saya nak kunci spare untuk tandas tingkat dua." Iskandar terasa mahu menjerit.

"Ini nak kunci spare tandas. Mari kita ke sana." Pak cik guard itu bersama dengan Iskandar menuju ke tandas. Tandas dibuka. Kelihatan tubuh Dewi yang terbaring lemah di lantai tandas yang kotor itu.

"Ya Allah, Dewi!" Kali ini Iskandar menjerit sekuat hati.

"Bawa dia ke bilik sakit cepat." Pak cik guard membantu Iskandar. Tanpa buang masa, Iskandar mengangkat Dewi yang pengsan itu menuju ke bilik sakit yang berada di aras bawah.

"Dewi, tolong jangan apa-apa." Semasa mengangkat Dewi, Iskandar berkata di dalam hati. Dia risau Dewi akan tinggalkannya.

BAHAGIA ADA KAMUWhere stories live. Discover now