BAB 4

6 0 0
                                    

Baru sahaja aku mahu memasuki kereta untuk pergi ke hospital, bunyi dering telefonku mengejutkanku. Iskandar menelefon lantas aku menjawab panggilannya.

"Iskandar kau okey tak?" Tanya aku risau.

"Dewi, jangan risau saya okey. Kakak saya pun alhamdullilah semakin okey." Iskandar berkata lembut.

"Alhamdullilah,aku risau gila. Aku datang hospital boleh?"

"Tapi sekarang saya dan family dah balik rumah. Kalau awak nak datang melawat kakak saya,boleh datang rumah. Cuma..." Ayat Iskandar tergantung. Aku tahu kenapa. Pasti dia risaukan aku terasa hati uminya.

"Aku akan datang melawat kakak kau tapi itu pun kalau umi kau izinkan. Kalau umi kau tak izinkan, aku hanya boleh tengok dari jauh saja."

"Saya minta maaf bagi pihak umi." Iskandar pasti rasa serba salah.

"Takpe Iskandar aku cuba faham keadaan keluarga kau. Aku harap kau dan kakak kau kuat untuk hadap ujian ni." Aku tidak mahu dia rasa serba salah kepadaku.

Aku menutup panggilan telefon dan memberitahu ma supaya tidak menghantar aku ke hospital.


Seminggu kemudian.

"Dewi, tolong belikan ma cheese dengan hotdog dekat kedai runcit uncle Bob sekejap lagi boleh?"

Aku yang sedang khusyuk menonton Running Man lantas menyahut.

"Boleh, ma. Ma nak masak apa petang ni?"

"Ma ingat nak buat mac & cheese."

Bila dengar mac & cheese terus aku terbangun. Lamanya tak makan.

"Dewi pergi kedai sekarang jugak." Tidak boleh tunggu lama. Cepat aku pergi beli barang, cepat aku boleh makan.


Di kedai Uncle Bob menyapa aku.

"Lama tak nampak kamu,Dewi."

"Dewi busy sikit la,uncle. Exam kan dah nak dekat. Hari-hari Dewi ulangkaji sampai tak sempat nak pergi kedai."

"Patutlah. Ini Dewi nak beli apa. Uncle tolong carikan."

"Dewi nak cheese dengan hotdog. Ma hari ni nak buat mac & cheese." Kata aku riang.

"Wah jadi orang barat la kamu hari ni." Uncle Bob berseloroh kepadaku dan aku hanya ketawa dengan gurauannya itu.

Selesai membeli barang yang disuruh oleh ma, aku balik. Dalam perjalanan terserempak pula dengan Iskandar.

"Hi, Dewi." Iskandar berdiri di depanku. Tersenyum manis seperti biasa. Rindunya aku senyuman itu. Seminggu berlalu dari kejadian di hospital itu. Sekarang aku berhadapan dengannya lagi.

"Hi."

"Sebenarnya saya rindu dengan awak. Lama kan kita tak jumpa. "

"Kenapa pula nak rindu? Dekat sekolah bukan dah jumpa?"

"Memang la tapi awak macam nak jauhkan diri dari saya."

"Mana ada. Aku cuma tak nak kacau kau."

"Yelah." Iskandar mengalah kepadaku.

"Awak beli barang ke?"

"Takdelah saya tengah bersenam tadi. Tak nampak saya berpeluh ni." Aku mengesat dahi konon-kononnya sambil memandang sinis ke arah Iskandar.

Iskandar hanya gelak dengan gurauan bodohku.

"Okey saya rasa awak ada sedikit perasaan marah dekat saya. Tapi takpe saya tahu macam mana nak redakan kemarahan awak tu."

"Ha, macam mana?

"Jom kita makan aiskrim?"

Mendengar sahaja perkataan aiskrim, aku mula tergoda. Dia memang tahu aiskrim itu makanan kesukaan aku.

"Nak atau tak nak? Kalau tak nak awak rugi besar." Tanya Iskandar ibarat memancing aku mahu berkata setuju.

Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala kepadanya.

"Yes." Iskandar gembira siap mengangkat tangan ke atas.

"Hish, kejap je tau. Tak boleh lama-lama." Kata aku kepadanya.

"Okey bos."

Dan kami berjalan menuju ke  kedai uncle Ah Meng bersama-sama.

Iskandar belanja dua aiskrim kepadaku. Aku makan dengan berselera sekali. Iskandar hanya memandang aku makan. Katanya dia diet. Diet apa bukannya dia gemuk pun sampaikan nak kena diet bagai. Ah lantak dia lah. Asalkan aku dapat makan aiskrim percuma.

"Awak tahu tak betapa comelnya awak sekarang?" tanya Iskandar. Pujian dia aku sambut dengan jelingan manja. Dia pula sambut jelingan aku dengan senyuman manis.

Tiba-tiba, Iskandar mengeluarkan satu kotak sederhana besar. Lantas dia berikan kepadaku.

'Apa ni?' Aku sambut huluran nya. Dan, sejak bila kotak ni ada dekat dia. Tadi macam takde. Ke aku yang tak perasan.

"Bukalah." suruh dia. Kotak yang diberikannya perlahan-lahan aku buka.

Botol kaca yang di dalamnya ada bunga tulip kecil berwarna-warni. Aku tekan lampu di atas penutup botol. Cahaya cantik keluar.

"Cantiknya." Kata aku gembira. Dia ketawa perlahan. Aku suka.

"Simpan elok-elok tau." Iskandar berpesan kepadaku. Aku mengangguk kecil.

"Terima kasih. " Ucap aku ikhlas. Aku bersyukur sebenarnya dapat kenal Iskandar. Dia selalu ada dan aku sangat menghargai setiap apa yang dilakukan kepadaku. Terasa sangat disayangi olehnya. Sebagai kawan okey. Bukan lebih-lebih.

"Kasih diterima dengan seikhlas hati." Iskandar menjawab sambil tersenyum manis kepadaku.

Kata-kata Iskandar buatkan aku sedikit berdebar. Ini ke Iskandar yang aku kenal selama ini. Kenapa dia macam lain sangat.

Aku hanya tersenyum kepadanya tidak mahu memberikan reaksi yang bagaimana.

BAHAGIA ADA KAMUWhere stories live. Discover now