BAB 8

6 0 0
                                    

Aku membelek barangan camping ditemani oleh Ma di sebelahku. Iskandar aku tak tahu dia ke mana. Lantaklah dia, dah besar pun.

'Ini Ma nak tanya kamu, kamu yakin ke nak pergi camping ni? Dah betul-betul sihat? Bukan apa Ma risau kamu sakit balik nanti. Kesian dekat Iskandar pula."

"Ma ni kan. Anak Ma dah betul-betul sihat la. Anak Ma kan kuat." Aku menyakinkan Ma. Aku tahu Ma berat hati mahu membenarkan aku melakukan aktiviti luar sekolah ini. Maklumlah aku jarang keluar dari rumah dan tak pernah melakukan aktiviti yang sebegini rupa.

"Ye lah. Ma nak ingatkan kamu jangan nak berseronok sangat. Kamu tu nanti dah nak SPM. Ini mana si budak Iskandar, tak nampak batang hidung dari tadi lagi." Mata Ma melilau ke kiri dan kanan mahu mencari kelibat Iskandar.

"Kejap, Ma. Biar Dewi cari Iskandar. Entah manalah budak tu hilang." Aku berlalu tinggalkan Ma sendiri. Aku memanggil nama Iskandar berkali-kali. Namun tiada sahutan. Kaki melangkah ke arah bahagian mainan. Entah kenapa hati merasakan yang Iskandar ada di sini. Tepat sekali! Tekaan aku benar. Aku nampak Iskandar yang sedang melihat mainan lego berbentuk gitar. Lama matanya memandang ke arah itu.

Idea untuk mengusiknya datang. Aku tersenyum jahat. Perlahan-lahan kaki melangkah mendekatinya. Niat mahu mengejutkannya. Belum sempat aku mahu menyergahnya, Iskandar berpaling ke belakang dengan senyuman manis di bibirnya. Mata kami bertentang lama. Seminit. Dua minit. Aku tersedar dan dek kerana terkejut, kakiku terundur ke belakang dan melanggar pokok hiasan yang terletak di situ. Kaki tiba-tiba rasa tidak jejak ke tanah dan aku terus terjatuh.

"Aduh!" Teriak aku sambil memejamkan mata. Mukaku berkerut. Malu bercampur sakit. Hish macam mana Iskandar boleh tahu ni. Dah lah aku jatuh depan dia pula itu.

"Dewi, awak okey ke ini?" Suara cemas Iskandar menyapa pendengaranku. Mata masih belum aku buka. Ma, cepatlah datang selamatkan anakmu ini. Aku berharap Ma cepat-cepat sampai ke sini. Aku malu mahu bangun. Pinggangku terasa sakit tiba-tiba. Mungkin kesan hentakan yang sedikit kuat tadi.

"Ya Allah, Dewi kamu jatuh ke?" Suara Ma menarik perhatianku. Aku membuka mata.

"Ma, tolong Dewi." Aku merayu dengan nada sedih kepadanya. Nasib baik lah, hanya ada aku dan Iskandar sahaja di sini. Ma pula datang tepat pada masanya. Ma datang membantuku untuk bangun. Aku menjeling sekilas kepada Iskandar. Iskandar hanya tersenyum nakal kepadaku. Tahu yang idea aku untuk mengenakannya kini berbalik kepadaku.

"Okey tak?" Ma bertanya sambil membelek bahagian belakang tubuhku. Aku menepis lembut. Hish Ma ini tak beragak nak check aku pun, depan Iskandar kot. Lagi lah aku malu. Iskandar cepat-cepat berpaling ke arah lain bila melihat Ma masih berusaha untuk membelek keadaan badan aku.

"Ma, Dewi okey. Dah tak payah risau. Sikit aje ni." Mujur lah Iskandar ni tahu beradab sedikit. Tapi dengan aku dia buat ikut kepala dia juga kadang-kadang. Bukan boleh kira. Senior tak senior. Dia main bantai aje. Bukannya dia kisah.

Iskandar meminta maaf kepada Ma kerana dia tahu salahnya menyebabkan aku jatuh. Ma pula hanya menggelengkan kepala sambil mencubit bahuku. Ma tahu ini semua salah aku juga. Kami selesai mencari barangan untuk camping dan terus balik ke rumah.


Hari yang aku nantikan tiba. Ma menghantar aku ke sekolah. Kalau diikutkan hati Ma, dia juga mahu menyertai camping ini. Aku hanya tergelak kecil.

"Nanti kita camping sama-sama bila abah cuti, okey." Aku memujuknya. Tahu dia risau akan keselamatan aku.

"Iya lah, kamu jaga diri. Jangan nak lasak-lasak sangat, kamu itu perempuan. Jaga solat, ingat makan jangan tinggal. Ma dah letak ubat yang kamu perlu nanti dalam beg, apa-apa beritahu Ma." Ma usap kepalaku lembut.

"Baik, bos." Aku menabik tangan kepada Ma, dan Ma menarik aku ke dalam pelukan sebelum aku melambaikan tangan kepadanya dan berlalu menaiki bas yang sedia menunggu pelajar untuk berangkat menuju ke Kelantan.

"Dewi, duduk lah sini." Iskandar berkata sambil menepuk lembut tempat duduk di tepinya.

"Tak naklah, aku takut nak pandang tingkap." Aku menolak pelawaannya. Saja mahu cari gaduh dengannya.

"Ala, kalau tak nak pandang tingkap, pandang muka saya aje lah." Usik Iskandar sambil tersenyum menampakkan lesung pipit yang dalam di pipi belah kirinya.

"Lagi lah aku tak nak." Aku jual mahal sebelum kaki laju duduk di sebelah Aisy. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang tujuh jam. Di dalam bas, aku hanya tidur saja menghabiskan masa. Sekali lagi, bas berhenti di hentian rehat & rawat. Aku bangun mahu ke tandas sekejap. Aku perasan Iskandar turut bangun mengikuti ku dari belakang.

"Dewi, awak marah saya ke?" Iskandar ni pun tanya tak kena timing betul. Aku dah betul-betul nak terkencing ni, boleh pula dia main tanya-tanya soalan dekat sini. Aku berjalan laju menuju ke tandas perempuan tanpa menghiraukan soalannya.


"Ah, lega!" Aku keluar dari tandas dan melihat Iskandar yang berdiri tak berapa jauh dari situ. Sepertinya dia sedang menungguku dari luar. Haihlah budak ni kan. Aku bukannya marah pun sebenarnya. Aku hanya nak mengusik je. Tak sangka Iskandar sampai sanggup tunggu aku dari luar.

"Hoi, kenapa kau tak naik bas?" Aku menyergah Iskandar. Iskandar yang membelakangiku cepat-cepat berpaling ke arahku.

"Dewi, awak dah tak marah saya kan?" Iskandar bertanya sekali lagi. Aku mengelengkan kepala sebagai jawapan. Iskandar tersenyum lega.

"Jom, kita naik bas sama-sama."


Pemandangan Bukit Salor di depanku sangat cantik dan menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain. Suasana yang mendamaikan hati serta tenang membuatkan aku tersenyum sahaja sepanjang berada di sini. Mataku mencari kelibat Iskandar dan itu dia. Sedang berjalan ke arahku sambil tersenyum manis. Hati tiba-tiba rasa berdebar melihat Iskandar. Cepat-cepat aku mengelengkan kepala. Jangan sesekali jatuh suka dekat dia. Dia junior kau. Aku mengingatkan diri sendiri.

"Dewi, kenapa awak geleng kepala?" Iskandar bertanya pelik. Dia sudah berada di sebelahku. Laju betul dia sampai.

"Tak ada apalah." Takkan aku nak beritahu dia apa rasa hati aku. Macam tak kena pula. Sudahnya kami sama-sama diam menikmati pemandangan cantik di depan mata. Sekejap lagi, kami ditugaskan untuk membina khemah kami sendiri. Aku dan Aisy berpakat untuk tidur bersama-sama malam ini.

"Malam ini, kita ada sesi icebreaking sahaja kan?" Tanya aku kepada Iskandar selaku ketua program.

"Yer, esok baru kita start aktiviti yang sebenar. Kita pergi teroka keindahan Bukit Salor. Saya dah tak sabar nak panaskan enjin. Dah lama tak main lasak." Iskandar berkata dengan penuh semangat. Nampak keterujaan di muka kacaknya. Eh kacak. Tak pasal-pasal Iskandar mendapat pujian dalam diam. Tapi dah memang kacak takkan nak menidakkan kebenaran yang satu itu.

"Awak nak saya tolong siapkan khemah?" Saya pandai dalam bab-bab ni." Iskandar cuba menghulurkan pertolongan kepadaku. Perangainya yang gentleman dan baik hati kadang-kadang mencairkan hatiku.

"Tak apa lah, Iskandar. Aku dan Aisy boleh uruskan sendiri. Kami ni perempuan, kadang-kadang nak juga berdikari. Tak nak bergantung kepada lelaki saja semata-mata." Tolak aku. Bukannya aku sombong tapi aku mahu melatih diri untuk tidak bergantung sangat kepada lelaki terutamanya Iskandar. Kerana apa? Kerana Iskandar bahaya untuk jantungku. Dia perlu dijauhkan segera sebelum jantungku tiba-tiba berubah tempat.

BAHAGIA ADA KAMUWhere stories live. Discover now