Hikayat Tiga : Batu Delima

2 0 0
                                    

Senapang flintlock digunakan sebagai senjata tangan. Kapal sudah berlayar. Lembaga biru terus memukul mana-mana musuh mendekatinya untuk melindungi diri sambil menewaskan musuh. Lembaga biru berlari mengejar kapal yang sedang berlayar.

Lembaga biru menembak belakangnya menggunakan senapang flintlock sambil kekal berlari memandang hadapan. Tembakannya menyebabkan dirinya maju ke hadapan lebih laju. Picu senapang ditarik berkali-kali.

Setiap tembakan melonjakkan lembaga biru mendekatkan dirinya dengan kapal layar. Lembaga biru memecut melepasi Satria dan ketua askar musuh. Ketua askar menembak tepat belakang lembaga biru degan pistol flintlock miliknya.

Pistol flintlock milik ketua askar kelihatan senjata api biasa namun kuat untuk menumbangkan lembaga biru jatuh daripada berlari ke atas tanah bergolek-golek kemudian melanggar sebuah pokok.

Ramai askar berlari menyerang Satria. Ketua askar musuh mengundurkan diri menyerahkan konco-konconya menangani Satria.

Satria mengelak serangan pedang dan lembing daripada askar-askar musuh.  Satria melompat lalu berpusing ke belakang di udara menjauhkan diri daripada segerombolan musuh.

"Keris merah sakti!
Menyala batu delima Dewangga!
Izin tuhan, aku seru perisai sakti melindungi diri!" Ucap Satria lalu menanggalkan keris daripada kepala pinggang.

Batu delima pada kepala tali pinggang dan kerisnya ditepuk. Seluruh tubuh badannya menyala merah terang garang. Satria kini menjadi lembaga merah. Musuh-musuh menembak lembaga merah dengan pistol flintlock masing-masing.

Lembaga merah mengelak daripada setiap peluru dengan gerakan yang pantas lalu memecut sepantas kilat ke sekumpulan musuh lalu menendang dan menumbuk mereka yang berdekatan.

Sebilah pedang menetak lembaga merah. Bersahaja lembaga merah menahan serangan pedang itu dengan keris merah kecilnya. Batu delima pada tali pinggang ditepuk lalu keris merah menyala memotong pedang itu bersama pemilik pedang.

Banyak pedang memukul tubuh lembaga merah daripada belakang menyebabkan dia terbang ke hadapan jatuh bergolek. Askar-askar musuh menekan batu delima cincin masing-masing. Tubuh mereka menyala bersama senjata-senjata.

Para musuh melayang ke belakang apabila letupan melanggar mereka. Lembaga merah memandang ke arah lembaga biru.

"Sialan! Moga kamu semua diazab tuhan tidak terperi sakitnya! Aku doa kau orang semua menjunam jatuh tidak henti lebih dalam di neraka! Anak dan isteri aku mati dibunuh kau orang kaum celaka!" Marah lembaga biru itu.

Lembaga biru menepuk-nepuk batu delima pada tali pinggang dan pistolnya. Picu ditarik setelah mengacukan muncung pistol kepada musuh. Tembakan mengena kepada seluruh askar berdekatan lembaga merah. Melayang askar-askar musuh.

Lembaga biru pula ditembak askar-askar lain yang baru sahaja bangun daripada ditembaknya sebelum ini. Lembaga merah melompat tinggi ke udara lalu mendarat menjunam ke sekumpulan askar yang telah menembak lembaga biru. Sebelum mendarat pada tanah, pedang berkeluk muncul di udara ketika jatuh daripada langit di hadapannya.

Peluang digunakan, lembaga merah memegang hulu pedang keris berkeluk menghentam musuh-musuh di bawahnya sambil mendarat laju ke tanah. Para musuh bersepai menjadi ketulan-ketulan daging melayant jauh daripada lembaga merah.

Lembaga biru pula menepuk-nepuk batu delima pada pinggang dan senapang flintlock buat beberapa kali lalu menembak saki baki musuh menukarkan mereka tersejat menjadi kabus merah.

"Sial. Kapal dah berlayar dan aku terlepas." Marah lembaga biru itu.

"Sabar." Ucap lembaga merah kepada lembaga biru.

"Sabar?! Kampung aku musnah. Orang tua aku mati! Isteri dan anak-anak aku juga mati!!! Mereka mati dengan kejam sekali?! Kau pula buat apa?! Diam diri dan tiba-tiba muncul selamatkan aku?!" Tengking lembaga biru kepada lembaga merah.

Batu delima merah dicabut daripada kepala tali pinggang. Pedang yang dipegangnya lesap meninggalkan keris merah dalam tangan kanannya. Satria kembali menjadi manusia biasa.

Lembaga biru terkejut melihat Satria berdiri di hadapannya. Lembaga biru melangkah dua kali ke belakang. Satria kehairanan akan reaksi lembaga biru.

Lembaga biru turut meniru perbuatan Satria. Lembaga biru kembali menjadi manusia biasa. Lelaki dewasa itu kelihatan lebih tinggi daripada Satria.

Ketinggian Satria hanya pada paras dada si lelaki tersebut.

"Kau cuma seorang budak kecil. Seorang remaja. Anak aku boleh dikatakan sebaya engkau tetapi mati di tangan musuh." Ucap lelaki itu.

"Nama aku Satria. Maaf atas kehilangan orang tersayang. Aku turut kehilangan. Sepatutnya kita berdua bersedih. Aku faham." Ucap Satria kepada lelaki dewasa.

"Kita berdua mangsa perang." Tambah Satria.

"Ya. Maafkan aku." Ucap lelaki itu lalu jatuh terduduk di atas tanah kemurungan.

"Nama kau? Maksud aku, tuan hamba? Encik? Nama tuan?" Soal Satria kepada lelaki dewasa yang bersedih duduk di atas lantai.

"Naim." Ucap lelaki itu.

"Maaf atas kehilangan." Ucap Satria.

"Kau budak baik. Kalau anak perempuan aku masih hidup, aku pasti hendak perkenalkan dia kepada kau. Anak perempuan, anak lelaki dan isteri aku mati dibunuh selepas diperkosa di depan mata aku sendiri semasa aku ditahan dan diikat." Ucap Naim sambil memegang tubuhnya menangis tidak berair mata.

"Tubuh aku. Sembuh?" Soal kehairanan apabila Naim menyedari badannya tidak lagi cedera parah.

"Luka kau sembuh selepas kau berubah menjadi manusia semula daripada menjadi lembaga biru." Nyata Satria.

"Daripada mana kau dapat senjata api yang ada melekat batu delima biru?" Soal Naim kepada Satria.

"Daripada askar portugis. Senjata aku pula, aku dapat daripada tuan guru silat aku yang menentang ribuan askar-askar musuh sendirian. Dia mati sebelum sempat bertukar menjadi lembaga sakti merah." Ucap Satria sambil menunjukkan keris merah saktinya kepada Naim.

"Kita ada senjata ajaib namun masih tewas kepada penjajah." Kata Naim dengan nada kecewa dan wajah yang muram.

"Siapa boleh lawan kehendak tuhan? atau ini balasan tuhan akan perbuatan dosa-dosa kita. Sama ada doa zahir atau ghaib." Balas Satria yang membelek keris sakti merah berbatu delima.

"Kau masih ada ibu ayah?" Soal Naim kepada Satria.

"Aku tak pasti sama ada mereka hidup atau tidak. Aku hidup tinggal dengan bapa saudara sebab bapa saudara aku guru silat. Siang tadi guru silat aku mati gugur syahid dibunuh askar portugis. Bapa saudara aku hebat orangnya menentang membunuh ribuan askar portugis." Jelas Satria kepada Naim.

"Kau tahu di mana ibu ayah kau berada agaknya?" Soal Naim kepada Satria.

"Aku dalam perjalanan pulang ke halaman kampung aku untuk mencari orang tua." Ucap Satria.

"Izin aku melindungi kau. Biar aku kematian anak isteri. Aku turut gagal melindungi anak isteri rakan-rakan aku yang dibunuh. Beri aku peluang untuk melindungi dan mencari orang tua kau." Kata Naim yang berdiri dengan wajah segar setelah berehat duduk buat seketika.

"Kau orang dewasa yang baik hati. Pertemuan kita berdua mungkin ditakdirkan tuhan. Izin aku juga untuk membantu kau melindungi orang tersayang." Kata Satria kepada Naim.

Satria Sakti NusantaraWhere stories live. Discover now