Satria dan Naim menikmati minuman mereka sementara menunggu tukang masak memasak makanan mereka berdua.
"Naim, kau ada duit ke? Aku tiada." Soal Satria.
"Pakcik, saya hendak bayar guna ini boleh?" Soal Naim kepada lelaki tua yang telah mengambil pesanan daripada mereka berdua.
"Batu delima? Asli atau tipu?" Soal lelaki tua itu kepada Naim.
"Sejak bila ada batu delima palsu?" Soal Naim kepada lelaki tua.
"Baik baik. Saya terima tetapi batu delima terlalu mahal. Betul ke kamu hendak bayar dengan batu delima? Lebih mahal daripada emas pula itu." Ucapnya.
"Kalau saya bayar dengan batu delima ini, apa saya boleh dapat?" Soal Naim.
"Baiklah begini, kamu pesan apa-apa makanan sehingga perut kamu berdua kenyang. Saya terima batu delima ini." Jawab lelaki tua.
"Bukan ke itu batu delima sakti yang kita ambil daripada senjata-senjata askar portugis?" Soal Satria kepada Naim dalam suara yang perlahan.
"Ya. Ini sahaja kita ada. Aku hendak simpan lagi dua. Satu untuk beli cincin. Satu lagi untuk pertahankan diri." Balas Naim.
"Sepatutnya kau bawa banyak sahaja tadi." Kata Satria.
"Tak terfikir tadi." Balas Naim.
Seusai bersarapan, Naim dan Satria berjalan menyusuri pasar pagi. Pasar pagi dipenuhi para penjual menjual sayur-sayuran, alat-alatan perkebunan dan perikanan, jualan haiwan-haiwan ternakan turut ada bersama.
Dua mata Naim melilau mencari kedai menjual barangan berharga seperti cincin. Satria sibuk memandang sekelilingnya yang seakan tidak berubah walaupun negeri itu telah dilanggar portugis semalam.
"Barang-barang berharga. Cincin, rantai, dan gelang. Mari beli." Ucap seorang lelaki yang duduk di tepi jalan atas rumput dan sebelahnya terdapat sebuah meja kayu yang tergantungnya barangan kemas pada paku.
"Nak beli apa?" Soalnya kepada Naim dan Satria yang datang kepadanya.
"Cincin kosong. Saya dah ada batu delima sendiri." Ucap Naim.
"Baik-baik, boleh tiada masalah. Adik? nak beli apa-apa ke? Rantai ada, gelang ada. Nak pakai cincin pun boleh." Soal lelaki itu kepada Satria.
"Saya bayar guna batu delima untuk cincin ini." Ucap Naim kepada lelaki penjual barangan kemas.
"Batu delima ini..." Lelaki itu meneliti batu delima tersebut.
"Boleh guna untuk bayaran?" Soal Naim.
"Boleh-boleh tiada masalah. Batu delima ini tulen. Terima kasih membeli." Lelaki itu menghulurkan cincin yang dipilih oleh Naim.
Naim meletakkan batu delima pada cincinya. Kemas muat untuk batu delima kekal duduk dalam ruang kosong cincin.
"Ke mana pula kita patut pergi?" Soal Satria kepada Naim.
"Istana?" Ucap Naim.
"Tak semudahnya kita boleh masuk kawasan istana hanya untuk mencari dua orang tua aku." Jelas Satria.
"Tunggu sekejap." Ucap Naim.
"Kenapa?" Soal Satria.
Naim kelihatan sesuatu. Perlahan-lahan Naim berjalan ke suatu papan kenyataan. Matanya menumpukan kepada poster bergantungan itu.
"Satria." Panggil Naim.
"Itu muka aku." Kata Satria melihat wajahnya telah dilukis dan juga ditulis di atas wajahnya 'kehendaki'.
Di bawah gambar lukisan wajahnya pula ditulis, 'hidup atau mati'. 'Hadiah 10000 syiling emas'."Baik kamu lari. Askar-askar portugis sedang memburu sesiapa sahaja tidak kira orang biasa atau askar sultan melaka yang kalah." Ucap orang lain berdekatan.
Naim memandang sekeliling. Orang ramai menumpukan pandangan mereka ke arah Satria. Satria menelan air liur.
"Mari beredar. Kita jadi tumpuan orang ramai." Kata Naim kepada Satria.
"Setuju tetapi ke mana?" Soal Satria kepada Naim.
"Kita tiada apa-apa urusan di sini. Kita patut beredar." Ucap Naim.
"Terpaksa cari orang tua aku lain kali jawabnya." Balas Satria.
Di tempat lain, seorang lelaki mengoyakkan poster-poster berwajah Satria daripada bangunan ke bangunan. Poster-poster tersebut dicarik menjadi kecil lalu dibuang ke atas tanah.
"Kenapa pula anak aku dikehendaki kerajaan portugis! Tidakkah cukup aku jadi pegawai portugis? Mereka dah janji anak bini aku selamat dan menerima kekebalan!" Rungut lelaki tersebut.
"Jadi, wajah di dalam poster itu merupakan anak engkau, Ilham?" Soal lelaki portugis berbaju perisai besi itu kepada ayah Satria.
"Tuan?!" Terkejut Ilham apabila majikannya sudah lama memerhatikan perbuatannya mengoyakkan poster-poster tersebut.
"Kau patut suruh anak kau serahkan diri kepada kerajaan portugis." Ucap lelaki portugis berjambang jingga itu.
"Tetapi tuan, anak saya tak bersalah! Saya sekarang kerja di bawah tuan! Tolonglah gunakan kekebalan yang tuan janjikan." Pinta rayu Ilham.
"Kamu baru sahaja kerja tiga hari dengan saya sejak kejatuhan kerajaan sultan melaka. Kekebalan tidak terpakai ke atas anak kamu." Kata sini lelaki portugis berjambang jingga itu.
"Tolonglah, anak saya masih budak lagi, umur 16." Rayu bapa Satria.
"Minta anak kau serah diri atau hukuman menanti." Tegas pegawai askar portugis.
"Tetapi tuan? Anak saya masih budak. Remaja. Apa salah dia dikehendaki kerajaan portugis?" Soal Illham.
"Dia telah membunuh ratusan askar-askar portugis. Ini amat merugikan." Ucap pegawai itu sambil memandang ke arah poster Satria.
"Dia cuma seorang budak tuan! Manakan dia mampu menumbangkan seorang lelaki dewasa?" Balas Illham dengan reaksi terkejut.
"Bagaimana anak kau boleh jadi poster buruan kerajaan portugis? Fikirkan. Aku mahukan anak kau serah diri dalam satu minggu." Kata sekali lagi pegawai akan arahan permintaannya lalu beredar meninggalkan Illham duduk di atas lantai.
Satria dan Naim memakai baju jubah bertudung kepala sambil bergerak ke dalam negeri Melaka.
"Naim, itu. Istana." Ucap Satria sambil menunjuk istana sultan melaka.
"Istana sudah jahanam. Jadi tempat operasi tentera portugis." Jelas Naim.
Satria memandang sekeliling. Ramai askar portugis melakukan tugas dan rutin masing-masing sambil tidak dihiraukan kehadiran Satria dan Naim. Satria menarik tudung jubahnya ke hadapan supaya dapat mengurangkan kezahiran wajahnya.
"Ambil masa lima hari untuk kita berjaya masuk ke dalam kawasan istana." Jelas Naim.
"Nasib baik hari ini kawasan istana dibuka semula sebab askar-askar portugis bawa masuk barang-barang perdagangan dan bekalan ketenteraan daripada lautan. Mereka juga hendak membawa keluar rempah ratus milik kita untuk dijual keluar." Setuju Satria akan pernyataan Naim.
"Aku tak rasa kita boleh lama-lama di sini. Kita berjaya tiba berdekatan istana namun kita tak nampak sebarang tanda-tanda keberadaan ayah kau Satria. Apa entah lagi kehadiran ibu kau." Ucap Naim.
"Lima hari kita berlegar-legar hampir ke seluruh negeri sambil mengekalkan menyembunyikan keberadaan kita namun masih tak jumpa orang tua aku." Keluh Satria.
"Tanpa batu delima sakti milik askar-askar portugis, kita berdua takkan mampu tinggal lima hari di sini lagi-lagi hati kota melaka bergelumang dengan bala tentera portugis." Jelas Naim.
"Mari beredar dan rehat." Keluh lagi Satria dengan menghela nafas yang panjang.
YOU ARE READING
Satria Sakti Nusantara
ActionKnight Ranger Nusantara Seorang lelaki terpaksa menggalas amanah bagi menentang pengganas