Hikayat Enam Belas : Sabar

1 0 0
                                    

Naim dan Satria tiba di gua markas Hang Jebat. Orang ramai berehat dan para lelaki yang ditugaskan untuk mengawal turut mengambil tempat untuk duduk serta menghela nafas.

"Hang Tuah dan Hang Jebat, aku harap mereka selamat." Ucap Satria kepada Naim sambil menyerahkan botol air yang diperbuat daripada kulit.

"Mereka berdua lagenda. Dengan izin tuhan, mereka akan dipanjangkan umur walaupun apapun yang terjadi." Balas Naim.

"Naim, aku pergi periksa keadaan sekeliling." Ucap Satria kepada Naim.

"Hati-hati." Ucap Naim.

Satria berjalan memasuki hitam dan menandakan kawasan menggunakan keris saktinya pada pokok-pokok berdekatan. Apabila tamat mengawasi sekeliling, Satria berlatih silat seorang diri.

Setelah bersilat seorang diri, Satria merasakan diriny diperhatikan daripada dalam gelap hutan. Satria memandang keadaan sekeliling. Pandangan samar-samar namun pada mata Satria jelas kelihatan pergerakan dalam gelap walaupun tiada sebarang bunyi dihasilkan oleh pergerakan tersebut.

Satria melangkah kaki laju mengikut pergerakan dalam gelap itu. Manusia. Berkemungkinan pengintip. Satria mengutip beberapa batu kerikil lalu melontarkannya kepada manusia yang melarikan diri ke dalam hutan itu. Tepat sebahagian kecil lontarannya mengena kepala insan itu. Batu bersaiz sederhana pula dilemparkan Satria.

Orang itu menangkap batu dilemparkan Satria namun pergerakannya tidak stabil. Satria melompat lalu menendang lelaki itu. Lelaki itu tersadung lalu jatuh terduduk bersandar pada pokok di belakangnya. Mengaduh lelaki itu.

"Siapa kau?! Jawab atau aku tikam kau!" Soal Satria kepada lelaki misteri.

Batu bersaiz sederhana pula digunakan pula oleh lelaki misteri itu dilemparkan kepada wajah Satria. Satria mencantas batu itu dengan kerisnya kepada dua bahagian. Terzahir satu tendangan pada celahan batu dibelah Satria lalu menghinggap wajahnya. Satria terjatuh berguling di atas tanah.

"Tak guna! Mati kau pengintip portugis serta lintah darah tanah melayu!" Marah Satria kepada insan itu lalu melompat menikam lelaki itu.

Pergerakan lelaki itu pantas dan dapat menepis tangan Satria yang memegang keris lalu menumbuk sisi badan kiri Satria. Satria mengaduh sakit.

"Berhenti! Aku bukan musuh!" Ucap lelaki itu kepada Satria.

"Benarkah? Kenapa kau mengintip memerhatikan kami?!" Marah Satria kepadanya.

"Kita berada di pihak sama. Portugis adalah musuh kita." Ucap lelaki itu lagi.

"Kau tiada bukti." Ucap Satria lalu menendang lelaki itu.

Malangnya lelaki itu pantas dan lebih cekap daripada Satria. Tendangannya ditepis lelaki itu. Satria terus menyerang dengan melontarkan penumbuk. Lelaki itu menepis dan menahan tumbukan Satria kemudian menyiku abdomen Satria. Satria melangkah ke belakang beberapa kali. Satu tendangan menyinggah pada wajah Satria. Satria berpusing lalu jatuh ke atas tanah.

"Sabar! Dengar dahulu! Nama aku Lekiu!" Katanya.

"Aku tak kenal siapa kau!" Satria mengutip keris daripada atas tanah lalu menyarungkannya sebelum mengekalkan posisi tempur.

"Aku dengan Hang Tuah, Jebat dan Kesturi adalah rakan." Balas Hang Lekiu.

"Ohhh! Empat Laksamana bersaudara! Hang Tuah, Jebat, Kesturi dan Lekir!" Satria baru teringat.

"Bukan!!! Lima. Bukan Empat." Balas Hang Lekiu.

"Siapa kelima?" Soal Satria.

"Akulah itu yang kelima! Hang Lekir itu abang aku. Hang Lekiu adalah aku." Jawab Hang Lekiu.

"Karut tak pernah aku dengar Hang Lekiu. Hang Lekiu tak wujud. Lekiu hanyalah salah ejaan nama. Lekiu adalah Lekir!" Satria menyerang Lekiu.

Satria menyerang Hang Lekiu bertubi-tubi namun mudah sahaja Hang Lekiu mengelak dan menepis segala serangannya.

"Tak guna!" Ucap Satria.

"Aku bukan lawan kau! Aku ini sahabat Hang Jebat, Tuah, dan Kesturi!" Ucap Hang Lekiu.

"Kalau kau sahabat mereka, beritahu di mana Hang Jebat dan Hang Tuah sekarang!" Kata Satria kepada Hang Lekiu.

"Aku tahu gua terdekat adalah tenpat Jebat tinggal. Aku selalu mengintipnya namun tidak berani aku mengganggunya kerana kejadian Hang Tuah yang telah menikam Hang Jebat." Kata Hang Lekiu.

"Jadi, benarlah kau sahabat Hang Jebat dan Hang Tuah." Balas Satria.

"Iya." Kata Hang Lekiu.

"Mari ikut aku ke gua. Hang Jebat dan Hang Tuah masih belum pulang. Aku sendiri tidak tahu ke mana mereka pergi semasa aku dan yang lain melarikan diri daripada buruan askar-askar portugis." Jelas Satria lalu berjalan keluar daripada hutan diikuti Hang Lekiu.

Orang-orang kampung sudah pun berehat ketiduran meninggalkan hanya Naim seorang sahaja yang masih terjaga. Naim melihat Satria kembali daripada mengawasi tempat. Mata Naim terbelalak.

"Satria?! Kau dengan siapa tu?" Jerit Naim kepada Satria lalu Naim berlari mendapatkan Satria.

"Siapa? Hang Lekiu namanya." Balas Satria.

"Siapa ini?" Soal Hang Lekiu kepada Satria.

"Ini Naim. Sahabat saya." Jawab Satria kepada soalan Hang Lekiu.

"Lekiu?! Lagenda lima pesilat laksamana bersaudara?! Apa khabar? Nama hamba Naim! Saya peminat tuan hamba termasuk lagi empat saudara tuan hamba!" Ucap Naim sambil menghulurkan tangan kepada Hang Lekiu.

"Khabar baik. Saya Lekiu. Buang gelaran tuan hamba. Sekarang aku dan kau menjadi saudara. Saya ada soalan. Siapakah pemuda sebelah saya ini? Anak kamu Naim?" Soal Hang Lekiu kepada Naim mengenai Satria.

"Eh bukan! Satria ini bukan anak saya. Satria merupakan pendekar yang menyelamatkan saya ketika saya diseksa askar-askar portugis." Jelas Naim kepada Hang Lekiu.

"Wah muda sungguh Satria ini. Menyelamatkan Naim yang jauh lebih tua daripada Satria yang muda. Malangnya, Satria hanya kenal Hang Jebat, Hang Tuah, Hang Kesturi, Hang Lekir namun tidak saya. Generasi baru semakin melupakan lima laksmana." Kagum Hang Lekiu akan keberanian Satria.

"Saya hanya memanfaatkan ilmu persilatan yang dipelajari daripada bapa saudara saya." Rendah diri Satria.

"Maafkan Satria. Dia masih muda. Sekarang paling kurang, Satria tahu Hang Lekiu itu ada dalam lima laksamana bersaudara." Balas Naim.

"Kamu masih muda, banyak masa hadapan. Boleh diasah digilap potensi kamu." Ucap Hang Lekiu kepada Satria.

"Kenapa Hang Lekiu berada di sini?" Soal Naim kepada Hang Lekiu.

"Saya sudah lama mengintip Hang Jebat untuk melihat dan mengawasi kesihatan dan keberadaannya. Hari ini tiada pula Hang Jebat." Ucap Hang Lekiu.

"Hang Jebat dan Hang Tuah hilang semasa kami dan orang-orang kampung melarikan diri daripada buruan askar-askar portugis. Kami masih menunggu kepulangan mereka berdua."  Jelas Naim.

"Aku jemput kalian berdua dan orang-orang kampung lain untuk datang ke kampung saya. Pagi esok saya akan datang kembali untuk menunjukkan jalan." Ucap Hang Lekiu.

"Wah, benarkah? Terima kasih. Ini bermakna kita dapat lebih banyak kekuatan dalam menentang portugis!" Ucap Naim kepada Satria.

"Namun kita semua perlu bersatu terlebih dahulu. Tidaklah cukup hanya mengumpul kekuatan. Semua rakyat tanah Melayu berbahagi dan mencakar antara satu sama lain." Ucap Hang Lekiu.

"Di mana Hang Lekir?" Soal Naim kepada Hang Lekiu.

"Ada. Dia sedang menjalankan misi. Esok hari saya cuba bawa dia ke mari." Ucap Hang Lekiu.

Satria Sakti NusantaraWhere stories live. Discover now