Satria berlari meninggalkan segerombolan tentera portugis untuk berada di ruang yang lebih lapang. Beberapa askar portugis mengerumuni Satria. Mereka melibas pedang ke arah Satria.
Satria menggunakan ruang lapang sebaik untuk bergerak lebih bebas dan mudah menyerah balas. Satria melibas pedang berkeluk merah saktinya kepada askar-askar portugis. Seorang demi seorang askar portugis tumbang di tangan Satria yang handal bertarung.
"Celaka! Ramai orang kita dibunuh oleh si budak itu!" Marah salah seorang askar portugis meluahkan isi hatinya kepada rakan di sebelah.
"Jika kita serang budak itu, mati kita dibelah seperti menebang pokok pisang." Balas kata rakan askar portugis itu.
"Serahkan hal ini kepada aku." Ucap seorang lelaki sasa berjalan mencelah di antara dua askar portugis itu.
Lelaki sasa itu meletakkan kapak kecilnya ke dalam sarung yang merupakan kepala tali pinggang. Kapal itu ditolak ke bawah seperti tuas daripada menegak dan terbaring.
Tiga batu delima sakti jernih itu pada sarung kepala kapak kecil menyala seperti lampu pelita. Tiga batu delima sakti ditekan ketiga-tiganya. Lelaki sasa itu menarik kapak kecil daripada sarungnya.
Seluruh tubuhnya diselaputi dan menjadi berperisai besi sakti penuh. Berkeyakinan tinggi lelaki portugis itu berjalan mendekati Satria manakala askar-askar portugis lain memberikan laluan kepadanya.
Pada sisi kepala kapak kecil terdapat sebuah batu delima sakti pada setiap sisi. Batu delima sakti pada kapak kecil ditekan sebanyak dua kali. Jatuh sebatang kapak besar daripada langit kemas ditangkap oleh lelaki portugis tersebut.
"Budak hingusan. Amukan kamu berhenti di sini. Nama aku Kaique, aku akan tamatkan satria lagenda kamu. Kamu akan jadi mitos dan tidak lebih daripada sekadar dongeng pada masa hadapan. Negeri Melaka milik kami." Ucap Kaique kepada Satria.
"Aku akan halau kalian semua daripada tanah air aku, dasar pendatang!" Marah Satria kepada mereka.
"Halau kami jika kau mampu." Balas Kaique.
Satria memecut ke arah Kaique. Tiga kali batu delima sakti merah ditekan pada pedang berkeluk sakti. Pedang Satria berapi warna marah. Satria menikam Kaique.
Kaique tangkas menggunakan sisi kapak besar dalam tangannya sebagai perisai. Satria tidak berjaya menikam Kaique. Satria melibas Kaique tanpa henti. Selang-selikan serangan marabahaya terhadap Kaique.
Tenang Kaique menahan serangan berat daripada Satria. Kukuh kapak dipegang Kaique menjadi perisainya. Kaique menangkis salah satu serangan Satria. Pedang berkeluk sakti merah Satria melayang jauh daripada dirinya.
Kaique membalas serangan menggunakan kapak seakan mahu menebang pokok yang besar. Satria menerima tetakan kapak Kaique menyebabkannya terpelanting ke belakang.
Pedang keluk sakti merah Satria terlepas daripada tangan jatuh ke atas tanah dalam keadaan tercacak. Satria segera bangkit lalu mengelak tetakan kapak Kaique.
Satria membalas serangan Kaique menggunakan tumbukan serta tendangan. Sia-sia tindakan Satria mudah dilindungi kapak besar Kaique sebagai perisai.
Kaique menghayunkan kapaka daripada bawah ke atas. Serangan mengena Satria lalu Satria terpelanting ke belakang. Satria jatuh berguling di atas tanah mendekati pedang berkeluk saktinya.
Pantas Satria mencabut pedangnya daripada tanah lalu menepuk batu delima sakti pada pedang berkeluk sakti merahnya sebanyak tiga kali. Pedang sakti Satria menyalakan api merah yang marak.
Satria melibas pedang melepaskan tenaga kuasa berbentuk sabit menembak meluru kearah Kaique. Kaique mengelak daripada serangan jarak jauh Satria. Kaique menekan batu delima sakti pada kapak besarnya.
Batu delima kiri dan kanan ditekan meninggalkan batu delima di tengah tidak ditekan. Kapak besar Kaique itu sendiri tertanggal lalu berpusing laju terbang ke arah Satria.
Bertalu-talu Satria diserang kepala kapak Kaique yang terbang laju berpusing tanpa henti. Satria menerima serangan berat Kaique tanpa perlu Kaique mendekatinya.
Kaique melompat tinggi ke udara. Tiga batu delima pada kepala tali pinggan Kaique yang merupakan bekas sarung kapak kecil ditekan. Kepala kapak yang terbang secara sendiri kembali ke batang badan kapak Kaique.
Kaique mendarat menjunam ke atas tanah. Kaique menghentam kapaknya tepat mengena Satria. Berlaku letupan dan ledakan yang kuat menyebabkan Satria terbang jauh daripada Kaique.
Pokok pada sekelilingnya turut musnah jatuh ditebang tanpa ditetak satu per satu. Satria melayang melepasi banyaknya pokok di hutan lalu jatuh bergolek ke bawah lereng bukit.
Kaique dan para askar portugis bergegas mencari kelibat Satria namun tidak menjumpainya. Serangan Kaique yang amat dahsyat telah memberikan kesakitan mendalam terhadap tubuh Satria.
Perisai sakti Satria pecah berderai meninggalkan tubuh Satria. Satria kini kembali sebagai insan biasa tanpa perisai sakti Dewangga. Satria pengsan akibat kesakitannya yang parah.
"Dia dah hilang. Ayuh kembali ke markas dan tinggalkan markas kita setelah bawa semua barang kelengkapan yang kita perlukan. Konco-konco Satria mungkin menyerang markas kita selepas ini. Kita pindah ke markas yang lain." Arah Kaique kepada askar-askar portugis yang lain.
Askar-askar portugis lain akur lalu bergerak bersaingan dengan Kaique meninggalkan hutan belantara. Satria masih tidak sedarkan diri di bawah bukit. Tubuhnya dilindungi bayang pokok-pokok besar serta dikaburi semak-samun yang tebal.
Pada waktu matahari mulai terbenam, Satria bangun daripada pengsannya namun kesakitan parah masih tidak dapat dilupakan mahupun diabaikan. Satria perlahan-lahan bangkit memapah pada pokok-pokok berdekatan.
Langit mulai gelap. Sekeliling Satria mulai kelam. Sukar untuk bergerak tanpa sumber cahaya. Tambahan pula kesakitan Satria menyukarkan untuk mencari jalan pulang.
Lama-kelamaan langkah Satria mulai perlahan dan terhenti sebelum jatuh kembali pengsan. Beberapa orang mendekati Satria di dalam gelap. Satria diangkat mereka lalu dibawa pergi masuk lebih dalam ke hutan yang gelap malam.
Hang Lekiu dan Naim berjalan di tengah hutan pada waktu malam mencari kelibat Satria yang menghilangkan diri selama satu hari.
Hang Lekir pula mengiringi orang-orang kampung serta para tentera melayu bergerak secara segerombolan ke tempat baharu sebagai tempat markas perlindungan serta persembunyian.
Hang Lekir dan Naik tiba di markas tentera portugis. Kosong. Mayat-mayat askar portugis bergelimpangan. Terdapat banyak kesan pertempuran. Hang Lekir dan Naim memandang antara satu sama lain.
Beberapa hari kemudian, Hang Lekiu dan orang-orang kampung mulai membina persekitaran baharu. Rumah baharu, bangunan baharu, dan kemudahan lain di kawasan pergunungan yang tinggi.
Naim dan Hang Lekir kembali ke tempat dijanjikan iaitu kawasan pergunungan itu. Hang Lekiu mendekati mereka berdua. Naim dan Hang Lekir menggelengkan kepala sebagai tanda Satria masih belum ditemui mereka berdua.
Kedengaran api memakan kayu api. Dua kelopak mata mulai terbuka secara perlahan-lahan. Satria memandang sekeliling. Tubuhnya diikat. Satria menyedari bahawa dirinya di dalam suatu bangunan gelap yang tidak dikenali.
YOU ARE READING
Satria Sakti Nusantara
ActionKnight Ranger Nusantara Seorang lelaki terpaksa menggalas amanah bagi menentang pengganas