Hikayat Sembilan Belas : Libas

1 0 0
                                    

Seorang demi seorang ditumbangkan Satria. Satria menampar batu delima pada pedang berkeluk. Pedang Satria mengeluarkan api merah marak menyala.

Para askar portugis berperisai sakti penuh meluru ke arah Satria untuk membalas serangan. Satria mengelak serangan askar-askar Portugis.

Satria melibas seluruh askar portugis sekelilingnya semasa Satria berlari pecut melepasi mereka. Askar-askar portugis tumbang. Hang Lekir menekan dua batu delima pada busurnya.

Anak panah ditarik lalu dilepaskan. Anak panah mendarat pada tanah di mana askar-askar portugis berlari menuju ke arah Satria dan Hang Lekir. Anak panah tersebut meletup mengorbankan beberapa askar portugis.

"Ini sahaja yang ada." Ucap Hang Lekir berjalan mendekati Satria sambil menyimpan busurnya.

"Askar-askar portugis memang memperluaskan kekejamannya. Memburu kampung-kampung pedalaman." Ucap Satria.

"Kita perlu pergi ke destinasi. Agaknya mereka membina markas di sana." Balas Hang Lekir.

"Cukup sahaja kita berdua pergi menyerang?" Soal Satria kepada Hang Lekir.

"Dengan izin tuhan, cukup." Balas Hang Lekir.

Satria dan Hang Lekir meneruskan perjalanan mereka. Setelah beberapa jam, Satria dan Hang Lekir tiba di suatu kampung pedalaman.

Mereka berdua menambahkan kuda masing-masing lalu secara senyap mereka bergerak mengintip keadaan perkampungan tersebut.

Ramai askar portugis mengepung perkampungan tersebut. Para lelaki diseksa dengan mencucuk lembing di mana mereka dikurung di dalam sangkar.

Para wanita, remaja perempuan dan kanak-kanak ditelanjangkan. Tangan dan kaki mereka diikat.

"Celaka." Marah Satria melihat keadaan ngeri itu.

"Tunggu terlebih dahulu." Ucap Hang Lekir menenangkan Satria.

Hang Lekir memerhatikan senjata-senjata yang terdapat pada askar-askar portugis. Hampir semua daripada mereka mempunyai batu berlian sakti.

"Mereka terlalu ramai." Ucap Hang Lekir.

"Inilah tugas kita Hang Lekir." Balas Satria.

"Iya betul tetapi kita tak boleh terburu-buru." Kata Hang Lekir.

"Hendak bebaskan orang-orang yang askar-askar portugis tangkap dan seksa?" Soal Satria kepada Hang Lekir.

"Rancangan aku begitulah. Kita bertindak pada waktu malam. Waktu malam merupakan waktu rehat di mana askar-askar portugis lemah." Setuju Hang Lekir.

Pada waktu malam, askar-askar portugis sedang tidur kepenatan setelah berseronok di siang hari. Beberapa askar portugis berjaga di kawasan perkampungan tersebut.

Satria berjalan perlahan-lahan ke suatu bangunan yang gelap berdekatan. Satria masuk ke dalam bangunan tersebut lalu berjalan menunduk di dalamnya. Kedengaran bunyi desahan. Satria segera bergerak ke punca bunyi tersebut.

Kelihatan seorang remaja perempuan menangis yang sedang dinodai askar portugis berbulu dada tebal, berjambang kusut serta rambut yang tidak teratur. Satria menikam leher askar portugis itu daripada belakang lalu menolak tubuh askar portugis itu ketepi.

Remaja perempuan itu terkejut akan kehadiran Satria. Satria meletakkan jari telunjuk pada bibirnya. Remaja perempuan tersebut menganggukkan kepala. Satria menarik mayat askar portugis itu lalu disembunyikan di hujung ceruk bangunan serta dilitupi kain tebal.

Remaja perempuan itu segera mencapai pakaiannya. Pakaiannya koyak robak akibat dikerjakan askar portugis tersebut sebelum ini. Satria menanggalkan bajunya lalu menyarungkan kepada tubuh gadis yang tiada seurat benang padanya.

Satria turut mengambil kain berdekatan lalu membalut bahagian bawah tubuh badan gadis itu.

"Keluar daripada sini. Aku ada rakan di luar. Dia akan menemani dan jaga kamu." Ucap Satria kepadanya.

Gadis itu menelan air liur lalu menganggukkan kepala sekali lagi sebelum beredar mengikut kata Satria. Satria bersembunyi di sebalik dinding di dalam bangunan gelap tersebut.

Satria memerhatikan keadaan semasa di kawasan perkampungan tersebut. Askar-askar portugis sedang berjalan mengawasi kawasan sekeliling. Hang Lekir memanjat salah sebuah bangunan lalu berdiri di atas bumbung.

Hang Lekir membidik lalu melepaskan tali busur. Tiga anak panah tepat mengena kepala tiga askar portugis walaupun mereka memakai helmet. Anak panah menembusi perisai helmet dan menikam otak.

Tiga askar portugis tumbang. Satria berlari melepasi beberapa bangunan. Satria menepuk batu delima sakti pada pedang berkeluknya. Pedangnya menjadi berapi merah yang pekat seakan warna darah. Satria mencantas mudah tiga kepala askar-askar portugis.

Satria memandang ke arah Hang Lekir yang berada di atas bumbung bangunan. Hang Lekir menarik tali busur di mana terdapat sebatang anak panah pada tali busur. Tali busur dilepaskan. Anak .panah itu berpisah kepada tiga batang anak panah yang sama.

Tiga mata besi tajam anak panah mendarat pada kepala tiga askar portugis yang lain. Satria berlari pecut ke arah askar-askar portugis yang berbaki.

Satria mencantas tiga tubuh askar portugis terakhir yang bertugas mengawasi keadaan. Hang Lekir melompat turun daripada bumbung. Satria dan Hang Lekir memandang antara satu sama lain.

Satria dan Hang Lekir membebaskan tanahan dengan memotong tali yang mengikat tangan dan kaki mereka serta sangkar-sangkar berisikan para lelaki yang bertelanjang.

"Sialan." Ucap Hang Lekir.

Hang Lekir menutup mata beberapa mayat lelaki yang mati kehilangan darah yang banyak. Hang Lekir dan Satria mengiringi bekas tahanan askar-askar Portugis keluar daripada kawasan tersebut.

"Hang Lekir, mari tamatkan nyawa askar-askar Portugis sekarang juga ketika mereka tidur sebelum mereka bangun dan menyambung melakukan kejahatan." Cadang Satria.

"Gila. Ini hanya memburukkan keadaan. Terlalu ramai askar Portugis!" Bantah Hang Lekir.

"Lebih baik daripada membiarkan askar-askar Portugis melakukan onar kepada orang-orang kita." Balas Satria.

"Betul kata kau tetapi serahkan perkara ini kepada aku. Kau bawa bekas tahanan askar-askar portugis ke markas kita. Aku akan menyusuli kemudian." Balas Hang Lekir.

Satria mengangguk. Hang Lekir masuk kembali ke dalam kawasan markas askar-askar Portugis di mana kampung pedalaman itu menjadi pusat kegiatan aktiviti kezaliman.

Hang Lekir berjalan perlahan-lahan ke setiap tubuh badan askar-askar Portugis yang sedang nyenyak tidur. Hang Lekir menembak semua kepala mereka menggunakan busur dan anak panah. Meninggalkan tiada seorang pun hidup.

Pada waktu pagi, pintu gerbang dibuka. Mangsa-mangsa bekas tahanan askar-askar Portugis masuk ke dalam kawasan markas persembunyian. Hang Lekir dan Satria kembali dengan nafas lega.

"Misi berjaya. Tahniah." Ucap Hang Lekiu yang berjalan ke arah Satria dan Hang Lekir.

"Syukur kepada tuhan." Ucap Satria.

"Kebiasaannya, ramai tidak berjaya pulang dengan selamat daripada misi. Sama ada cedera parah atau langsung tidak pulang. Misi gagal." Ucap Hang Lekiu lalu menepuk bahu Satria.

"Misi pertama, hamba berjaya." Ucap Satria.

"Benar." Ucap Hang Lekiu.

"Satria sangat bagus ketika menjalankan tugasan. Cermat dan tidak melakukan kesilapan." Puji Hang Lekir akan Satria.

"Betulkah kanda? Kalau begitu, mari kita masuk ke dalam dan menyambut kejayaan Satria dalam tugasan pertamanya. Kita perlukan lebih ramai seperti Satria." Ucap Hang Lekiu.

Satria Sakti NusantaraWhere stories live. Discover now