"Kita di mana agaknya?" Soal Satria sambil berjalan-jalan menyelusuri perkampungan itu bersama Naim dan Hang Jebat.
"Kampung perdalaman. Kampung yang masih belum dijejaki portugis." Jawab Hang Jebat.
"Oh!!! Dengan ini, memudahkan kita mengumpul kekuatan bagi menentang portugis?" Soal Satria dengan lampu pelita menyala di kepalanya.
"Benar." Senyum Hang Jebat.
"Dengan adanya Hang Jebat, mungkin lebih mudah untuk kita kumpulan kekuatan." Kata Naim.
"Dengan izin tuhan walaupun aku sendiri tidak pasti." Ucap Hang Jebat.
"Lupa. Hang Jebat kan membelot Sultan. Pasti ramai orang turut menentang Hang Jebat." Ucap Satria.
"Hang Jebat menentang kesalahan Sultan dan bukannya sultan itu sendiri. Namun begitu, orang ramai mesti terkejut bahawa Hang Jebat masih hidup." Kata Naim.
"Betul itu Naim." Ucap Hang Jebat.
Hang Jebat, Satria dan Naim berhenti di kedai kopi berdekatan.
"Kamu bertiga adalah musafir atau pelarian?" Soal salah seorang lelaki yang merupakan pelanggan kedai kopi tersebut sedang duduk bersama rakan-rakan lain. Pelanggan-pelanggan lain turut memandang ke arah Hang Jebat, Satria dan Naim. Mereka tidak mengecam siapa Hang Jebat.
"Bukan kedua-duanya." Kata Naim.
Satria mengambil tempat duduk kosong lalu memesan air susu panas. Hang Jebat dan Naim pula memesan air kopi bersama air kosong.
"Apa jadi sekarang kepada kita? Dengar cerita pertahanan Melaka dah runtuh. Melaka sudah pun dikuasai serta diperintah oleh kerajaan Portugis. Kamu bertiga mesti berasal daripada kota Melaka. Apa jadi sekarang? Ada apa-apa khabar angin?" Soal pelanggan lelaki yang lain.
"Kita patut pertahankan diri. Kita mestilah bersatu dalam menentang portugis atau orang-orang kesayangan kita dibunuh." Ucap Hang Jebat kepada mereka.
"Tidak mahu. Jika kita menentang mereka, sudah tentu keluarga kami akan terancam." Kata pelanggan yang lain pula.
"Portugis datang ke bumi tanah Melayu sebab mereka sememangnya hendak menguasai dan memerintah kita. Bukan itu sahaja, sebaik sahaja mereka tiba, isteri dan anak-anak au dibunuh!" Kata Naim dalam nada marah setelah pantas berdiri daripada tempat duduknya.
Semua pelanggan memandang ke arah Naim.
"Budak ini, ibu ayah dia dibunuh portugis! Sememangnya portugis datang untuk menyembelih kita semua! Menjadikan anak isteri kita hamba dan alat permainan!" Marah lagi Naim.
"Kita semua sepatutnya bertindak segera atau lebih ramai lagi yang akan mati sebaik sahaja askar-askar portugis menjejakkan kaki mereka di kampung ini " Ucap Hang Jebat.
Pelanggan-pelanggan kedai kopi itu memandang antara satu sama lain dalam keadaan tidak bersuara pun.
"Kamu semua ini mata-mata portugis bukan?! Bukan mudah untuk kesultanan melayu melaka untuk jatuh tumbang kepada kuasa luar! Merepek! Entah-entah kalian pembelot sultan! Sebab itu mudahnya kerajaan sultan mangkat! Orang seperti kalianlah yang membenarkan portugis memerintah Melaka!" Ucap seorang lelaki pelanggan yang lain.
"Mari kita beredar." Ucap Naim kepada Hang Jebat.
"Tak. Kita habiskan air yang kita pesan. Minum dulu. Kemudian kita bayar." Ucap Hang Jebat.
"Hang Jebat, aku dan Naim tiada duit." Jujur Satria.
"Aku ada. Jangan risau. Aku belanja." Ucap Hang Jebat lalu meletakkan beberapa keping syiling emas di atas meja.
YOU ARE READING
Satria Sakti Nusantara
ActieKnight Ranger Nusantara Seorang lelaki terpaksa menggalas amanah bagi menentang pengganas