Hikayat Dua Belas : Istirehat

1 0 0
                                    

Satria, Naim dan Hang Jebat memakan daging kijang bakar bersama di dalam gua.

"Hang Jebat. Bagaimana kamu masih hidup walaupun ditikam keris sepenuhnya oleh Hang Tuah?" Soal Naim.

"Izin tuhan, bekas luka aku masih ada pada perut. Sakitnya tikaman masih terasa terngiang-ngiang sehingga sekarang." Jawab Hang Jebat.

"Kenapa Hang Jebat melawan sultan? Apakah sangat memudaratkan sehingga ditikam Hang Tuah walaupun Hang Jebat merupakan orang penting kepada Sultan?" Soal Satria kepada Hang Jebat dengan perasaan ingin tahu yang mendalam.

"Sultan juga manusia. Melakukan kesilapan. Jika Sultan tidak mahu mengubah caranya, siapa lagi boleh menegur Sultan melainkan orang terdekatnya? Lima pendekar silat kesultanan melaka? Sudah menjadi kewajipan untuk aku namun lain jadinya." Ucap Hang Jebat.

"Benar namun apakah kesalahan Sultan yang menyebabkan Hang Jebat menentangnya? Mengapakah sehinggakan Hang Jebat perlu
dibunuh hanya menegur atau hanya menentang salah cara sultan?" Soal Satria lagi.

"Sultan, berfoya-foya dengan cukai rakyat. Cukai rakyat kurang dibelanjakan ke atas rakyat. Cukai rakyat banyak dibayar keluar negeri namun tiada pulangan dan jaminan seperti sekarang. Banyak negeri diberikan duit emas namun tiada satu negeri datang menolong Melaka ketika dilanggar portugis. Sultan terlalu pemurah memberikan hartanya kepada negeri-negeri lain." Jelas Hang Jebat.

"Saya masih ingat, arwah bapa saya pernah berkata, cukai nak meninggi namun tidak pula merasa nikmat membayar cukai. Setiap cukai diberikan kepada Sultan dirasakan sia-sia." Jelas Naim.

Hang Jebat menganggukkan kepala sebagai tanda persetujuan manakala Satria masih terpinga-pinga.

"Satria masih muda. Tidak ada keperluan membayar cukai." Ucap Naim kepada Hang Jebat.

"Benar tetapi kini Portugis memerintah. Jangankan pula Satria membayar cukai kepada musuh." Ketawa kecil Hang Jebat.

"Aku akan runtuhkan portugis." Ucap Satria dengan wajah tekad.

"Kita perlukan lebih ramai orang untuk melawan portugis. Tidaklah cukup hanya kita bertiga." Balas Hang Jebat.

"Benar kata Hang Jebat." Naim menganggukkan kepala.

"Jadi, apa cerita berkenaan batu delima sakti?" Soal Hang Jebat kepada Naim dan Satria.

Naim memandang Satria. Satria memandang Naim kemudian memandang Hang Jebat.

"Kamu anak muda. Daripada mana kamu ada batu delima sakti sebagaimana askar-askar portugis turut mempunyai batu delima sakti?" Soal Hang Jebat kepada Satria.

"Demi tuhan, aku tidak tahu. Aku peroleh batu delima sakti dewangga daripada bapa saudara yang merupakan tuan guru silat aku. Aku mengambilalih pemilikan batu delima sakti dewangga setelah kematian bapa saudara yang membunuh ribuan askar-askar portugis." Jelas Satria.

(nota penulis : dewangga = merah, nilakandi = biru)

"Batu delima sakti Nilakandi pula?" Soal Naim kepada Satria.

"Batu delima sakti Nilakandi pula aku rampas daripada seorang askar portugis yang telah aku bunuh. Ajaib sekali, batu delima biru itu memilih Naim sebagai tuan." Jelas Satria.

"Kalian berdua merupakan wira zaman ini. Zaman lima pendekar kesultanan melayu melaka adalah zaman silam. Sekarang adalah zaman kamu berdua. Pendekar baharu bahkan menguasai kesaktian." Ucap Hang Jebat bangga akan Naim dan Satria.

"Terima kasih tuan hamba. Hamba amat berbesar hati menerima pujian."  Ucap Satria kepada Hang Jebat.

"Pujian aku hanyalah kata-kata yang didampingi perasaan. Ingatlah, kesaktian kamu berdua merupakan amanah kurniaan tuhan." Pesan Hang Jebat kepada Naim dan Satria.

"Hang Jebat turut mempunyai kesaktian." Ucap Naim sambil memerhatikan cincin pemberiannya kepada Hang Jebat.

"Oh ya. Aku lupa." Ketawa Hang Jebat. Satria dan Naim turut ketawa bersama.

Pada waktu malam, mereka bertiga tidur dalam keadaan nyenyak. Tiba-tiba, dua mata Naim terbuka. Naim mengalihkan tubuhnya daripada alas tikar anyaman daun itu lalu melabuhkan punggungnya di atas batu yang tinggi di dalam gua tersebut. Naim merenung jauh ke dalam hutan.

Naim sekali lagi mengalihkan tubuhnya namun kali ini dia berjalan keluar meninggalkan gua. Langkah demi langkah, Naim mendaki gunung. Perlahan-lahan Naim berjalan melepasi pokok-pokok derta cerun curam gunung tersebut. Naim kini berada di atas puncak gunung. Peluh di wajahnya disapu dengan lengan baju melayu. Punggungnya dilabuhkan ke atas batu lalu menyambung renungannya.

Secara tidak disedari, Satria duduk bersebelahan Naim. Naim memandang terkejut ke arah Satria. Satria hanya tersenyum kecil.

"Ada apa Naim daki gunung malam-malam?" Soal Satria kepada Naim.

"Kau pula, kenapa ekori aku?" Soal Naim kepada Satria.

Mereka berdua termenung buat beberapa lamanya ke langit dan lautan hutan di hadapan mereka. Bintang-bintang menghiasi siling bumi. Bulan pula terang memantulkan cahaya matahari bagi menyuluh hutan belantara di hadapan mereka dengan sedikit cahaya.

"Aku rindukan isteri dan anak-anak aku." Ucap Naim.

"Aku pula rindu akan orang tua aku." Ucap Satria.

"Kita berdua mempunyai kehilangan." Balas Naim lalu Naim mengesat air matanya dengan lengan baju.

"Menangislah sahabat. Aku juga bersedih kerana kehilangan orang tersayang." Pesan Satria kepada Naim.

Naim menangis tanpa mengeluarkan suara. Wajahnya dibenamkan ke dua lengan bajunya. Lengan baju menjadi kebasahan dihujani tangisan tuan badan. Satria pula menangis teresak esak. Naim dan Satria pada malam itu, bersama menangisi kehilangan keluarga tersayang mereka.

Pada keesokan padi, Satria dan Naim bersarapan bersama Hang Jebat di dalam gua.

"Aku fikirkan gua ini hanya tempat betapa Hang Jebat. Rupanya ada bekalan makanan juga." Ucap Naim sambil mengunyah nasi.

"Sudah berapa kali kau mahu aku ulang kata? Gua ini bukan tempat aku bertapa alahai. Gua ini tempat aku bersembunyi." Balas Hang Jebat sambil menggelengkan kepala dan bercekak pinggang.

Satria ketawa mendengar perbualan usik mengusik di antara Naim dan Hang Jebat.

"Jadi bila kita akan kumpulkan kekuatan?" Soal Naim kepada Hang Jebat.

"Kita berehat terlebih dahulu buat dua atau tiga hari. Lagipun, seharian kamu berdua bertarung dengan askar-askar portugis semalam. Jangan terburu-buru. Semua kemenangan atau kekalahan merupakan urusan tuhan Kita hanya berusaha dan merancang sebaik mungkin. Berhati-hati dalam melakukan tindakan." Pesan Hang Jebat.

"Bolehlah Hang Jebat ceritakan kisah bagaimana Hang Jebat dapat menyertai lima pendekar silat lagenda melaka." Satria memberikan cadangan.

"Tiada masalah. Aku boleh ceritakan sambil kamu berdua bersarapan." Kata Hang Jebat sambil mengukir senyuman.

Setelah tiga hari berehat, mereka bertiga bergerak kembali kota melaka.

"Kita menumpukan perkampungan sekitar negeri Melaka untuk mencari kekuatan." Kata Hang Jebat kepada Naim dan Satria.

"Baik." Ucap Satria.

Satria dan Naim berjalan mengikut Hang Jebat sambil setiap daripada mereka membawa senjata dan barangan masing-masing yang disarung gantung pada sisi pinggang serta diikat bungkusan barang dengan kain pada batang kayu dijadikan tongkat atau diletak pada bahu.

Mereka tiba di sebuah perkampungan. Kampung tersebut kelihatan aman dan tidak pernah disentuh oleh portugis. Naim dan Satria memandang sekeliling dengan perasaan kehairanan. Hang Jebat kekal bertenang.

"Mari kita berehat." Kata Naim.

"Betul. Kita dah penat berjalan. Apa kata kita cari tempat untuk istirahat. Bawah pokok pun jadi." Ucap Satria.

"Setuju." Kata Hang Jebat sambil matanya melilau memandang keadaan sekeliling.

Satria Sakti NusantaraWhere stories live. Discover now