LAYLA 1

7.5K 362 6
                                    











            PERMANDANGAN sawah padi yang terbentang luas seperti hamparan permaidani itu Malik nikmati dan sajikan buat kesihatan matanya. Iphone 13 pro dia keluarkan dari kocek seluar lalu mengambil beberapa keping gambar ciptaan Tuhan yang indah belaka. Malik coret senyum nipis.

Sawah padi dengan petani moden lari bidang itu sama-sama indah.

"Awak, sinilah turun main bendang ni!" Layla memanggil dari jauh.

Malik menggeleng tanda dia tidak berminat. Lagipun hari panas terik semacam. Agaknya betul lah kot, matahari di negeri utara ni lain sikit bakanya. Hangat lit-lit!

Layla muncung sedepa. Dia pun lari nai ke atas dan menuju ke pangkin yang menjadi tempat suaminya itu duduk bersantai.

"Kotor," Malik komen sepatah. Layla faham sangat dah cara lelaki itu bercakap. Habis banyak pun 5 patah perkataan kot.

"Ya, mana ada orang main bendang cantik. Mestilah kena kotor sebab kena lumpur. Merahnya muka," Layla kasihan tengok suami sendiri macam udang dilayur api.

Nak buat macam mana, berjodoh dengan anak pak arab kacukan british. Manja lah sikit. Dari segi rupa paras, Layla nak bagi A+. Dalam kampung ni Layla rasa dia seorang saja hantar wakil ada suami mata hijau. Hebat tak?

"Tapi you tetap cantik, Layla" Malik berkata tanpa riak. Layla pula tak tahu nak kembang semangkuk ke nak senyum saja.

"Terima kasih!"

"Masuk mandi, Ivy Layla" arah Malik dan Layla mengekori langkah panjang si suami yang berjalan masuk ke dalam rumah.

"Okay, awak mandikan saya okay?" Terus langkah Malik jadi statik. Dia pandang Layla yang sengih nakal itu bercampur-baur. Layla tengah serius ke?

"Serious?" Tanya Malik.

"Awak cakap awak nak jadi pemberani. Kenalah mandikan isteri dulu. Cuba," usik Layla semakin nakal. Malik diam dan naik ke rumah Tok Yah, nenek Layla.

"Pi mana hah hampa berdua ni? Sorang belengaih, sorang lagi macam baru balik kerja," tegur Tok Yah yang sudah siap memakai kain telekung.

Malik manalah faham sangat loghat Tok Yah itu, dia tercegat berdiri dengan mulut yang berkunci. Mata menjeling Layla.

"Layla main wau dekat bendang, tok. Ada budak-budak tu ajak main. Ajak Malik, dia tak nak sebab panas," beritahu Layla dan Tok Yah senyum saja lihat budak berdua itu masuk ke dalam bilik.

"Hampa tu apa?" Tanya Malik macam tergeliat lidah nak belajar bercakap.

"Hampa is korang" Layla tahan senyum melihat Malik yang baru menyerap perkataan baru. Ingatkan perasaan kecewa tadi. Pelik juga dia.

Malik ambik tuala pink cerah disangkut pada bahunya. Terkedek-kedek Layla ikut langkah Malik yang mahu keluar dari bilik.

"Awak nak bawa tuala saya pergi mana?"

"Cakap nak I mandikan you. I belajar, okay?" Riak wajah polos Malik itu buat Layla terngadah. Laki aku ambil serius ke? Detik hati Layla.

"Tapi, tak apa!" Layla cuba nak capai tualanya semula namun tak cukup inci. Malik 180cm tu apalah sangat. Sikit lagi nak jadi tiang lampu jalan.

Ivy Layla  [C]Where stories live. Discover now