LAYLA tarik Malik untuk berbaring pada dadanya dan mereka menonton drama bersama-sama. Rambut malik dimain Layla ralit dan Malik seperti biasa, kalau si isteri yang buat dia relakan sahaja. Dia fokus pada jalan cerita yang agak menyedihkan baginya."Eh tu anak dia ke? Anak dia dengan lelaki tu?" Tanya Layla. Malik mengiyakan.
Padahal, Layla yang beria ajak tengok cerita. Sampai di penghujung, Layla yang banyak bertanya pada Malik tentang itu-ini.
"Comelnya baby diorang. Oh kiranya hero dia tak mati lah?" Malik senyum senget.
"Tak, Layla sayang..." jawab Malik meleret.
"Comelnya diorang dah ada baby," sebut Layla tanpa memaksudkan apa-apa.
Malik pula sudah kelu di tempatnya. Layla nak anak ke? Hah sudah. Kalau kata anak tu saja-saja boleh beli guna token tak apa. Tapi....
Ia memerlukan usaha kedua belah pihak, dan Malik takut. Rasa berdebar lain macam Layla sebut tentang baby sebentar tadi.
"Ba-baby? You nak ada baby ke?" Tanya Malik.
Layla pantas menoleh. Dia sengetkan tubuh sedikit mencari riak wajah si suami. Kemudian dia senyum datar.
"Bila awak dah ready, apa salahnya kan? Mesti lagi happening rumah ni dan ibu mesti suka. Kalau awak tak ready, it's okay. Saya tetap happy sebab ada awak!" Jawab Layla ceria.
Malik diam mengangguk. Mujur, jawapan selamat yang dia dapat.
"Awak dah tahu kan cara nak dapatkan anak tu macam mana?" Soalan luar planet Layla langsung membuatkan darah Malik semua naik ke muka. Malu yang teramat sangat. Dalam rasa malu itu, Malik sempat mengangguk.
Ya tuhan, Malik cuma trauma. Bukannya tidak tahu asas kehidupan berumahtangga dan berkeluarga. Lagipun, di sekolah dulu pun dah belajar. Nak saja Malik bersembunyi di mana-mana sampai dia hilang rasa malu yang tak berketepian itu,
"Okay!" Layla sembunyikan senyuman. Lihat telinga dan pipi Malik merah itu pun dia dah faham sangat yang Malik dah malu tahap gaban.
"I nak turun sekejap," Malik bangun, menutup tv dan keluar dari bilik.
Dia duduk di meja bar itu dengan segelas air masak. Tiba-tiba dia terfikir banyak benda. Sampai bila nak macamni?
"Hah, termenung apa? Ada masalah ke ni hm?" Layla agak terkial-kial mahu duduk di atas bangku dan Malik yang tolong dudukkan isterinya itu.
Malik pandang Layla tanpa bicara. Layla sengeoh saja. Bila Malik pamdamg begitu maknya Malik sedang bertanya.
"Saya turunlah cari suami saya, lama sangat baby duduk dekat bawah ni. Menungkan apa? Ada masalah yang boleh dikongsikan? Saya ada dua telinga untuk mendengar," ujar Layla dan Malik senyum secebis. Lelaki itu pandang ke hadapan iaitu dapur mereka.
"I rasa I dah ready," beritahu Malik dan giliran Layla pula mengejung di tempat duduknya. Wajah Malik langsung tidak dipandang kerana seram.
Baru tadi borak pasal anak, tak sampai beberapa jam Malik dah bersedia. Longgar skru lutut Layla. Malik nak sekarang ke? Oh no....
YOU ARE READING
Ivy Layla [C]
Short Story(SHORT STORY) IVY LAYLA X SYED MALIK EIDRUS "Allah tak bagi semua pada you, sebab nanti you lupa diri"- Malik "Awak ni comel lah!"-Layla Ini kisah Syed Malik Eidrus, lelaki introvert yang terperangkap dalam traumanya sejak belasan tahun lagi. Hadirn...