LAYLA 4

3.3K 260 10
                                    











           PELIK kerana selepas subuh selalunya Malik tidak akan tidur semula. Tapi pagi ini, usai mereka berjemaah, Malik terus naik katil dan berselubung dengan duvet. Layla yang baru sudah mandi mahu bersiap pergi kerja dihurung rasa tidak sedap hati jadinya.

Suami aku ni, tak sihat ke?

Lantas Layla mengorak langkak ke katil. Dia selak sedikit kepompong putih itu dan rasa bahang dari tubuh Malik. Layla pegang tangan Malik pun rasa panas. Sah, Malik demam.

"Awak, awak demam..." Layla tundukkan tubuh lalu membisikkan hal itu kepada Malik.

"Don't leave me, Layla sayang," Malik pusing sikit tubuh dan terus memeluk tubuh Layla.

"Ya, saya tak tinggalkan awak. Tapi kita pergi klinik ea?" Layla bermain dengan rambut serabut Malik.

"Taknak, jangan pergi mana-mana pun Layla. I'm scared, my view now is like very close to the sun," adu Malik membuatkan Layla kuntum senyum.

Dia faham apa yang Malik maksudkan. Kalau demam, akan rasa macam panas sangat-sangat dan telinga pun akan berbunyi menakutkan. Dan sebab itu jugalah Malik rasa takut kot.

"Okay, okay. I'm not going anywhere. But let me call my boss first. Saya nak bagitahu saya ada hal kecemasan ni. Boleh?" Pinta Layla seperti mengasuh anak kecil. Malik angguk kecil.

"Hello ibu, Malik tak sihat. Dia demam," selepas bercakap dengan bos dia tadi, Layla telefon Puan Sri Aaliyah pula.

Ibu mertuanya itu akan datang sekejap lagi. Dari suara pun Layla tahu ibunya itu risau dengan keadaan Malik. Untungnya Malik ada seorang ibu yang sangat penyayang seperti Puan Sri Aaliyah. Sekali dengan Layla turut menumpang kasih seorang ibu.

Layla naik semula ke katil bila Malik menyeru namanya lemah. Tubuh Layla dipeluk kemas. Layla pula yang kesejukkan dek suhu aircond terbuai dengan panasnya dakapan Malik. Selesa.

"Fever, fever, go away..."

"Don't come again, anyway..." Layla mendodoi perlahan. Malik nampak lena.

Layla nyaris terlelap namun bunyi telefonnya berdering minta diangkat buat dia segar semula. Ibu.

"Hello, assalamualaikum ibu," sahut Layla sambil mata tidak lepas memandang Malik.

"Okay sekejap Layla turun," tangan Malik di pinggang Layla cuba dialihkan lalu Malik menggeleng tidak mahu lepas.

"Jangan tinggal I..." pinta Malik manja.

"Tak, saya tak tinggal. Saya nak turun sekejap saja buka pintu untuk ibu. Ibu dah ada dekat bawah. Sekejap saja ya, promise I'll be back in a minute,"

Chup!

Pipi Malik Layla hadiahkan kucupan sebelum Malik beralah dan melepaskan rangkulannya untuk Layla turun menyambut ibu mertuanya datang.

Puan Sri Aaliyah duduk bertenggek di tepi katil lalu memeriksa keadaan anak tunggalnya. Dahi Malik ditekap dan leher juga. Panas makin meninggi.

"Ibu..." panggil Malik.

"Ya manja ibu. Kenapa boleh demam ni?" Tanya Puan Sri Aaliyah.

"Semalam blackout, Eid takut sangat ibu. Ada Layla, dia yang tolong Eid. Mereka nak datang tapi tak sempat dekat...lari," Malik bercerita tentang apa yang terjadi semalam yang membuatkan dia tidak sihat hari ini. Puan Sri Aaliyah dah faham puncanya.

Dia belek pipi Malik, ada kesan merah seperti hm. Bekas ciuman. Tapi macam lebam biasa pun ada.

"Kenapa pipi ni? Eid cedera sebab semalam ya?" Teka Puan Sri Aaliyah. Malik geleng dan Layla mula rasa panas punggung. Alamak...

Ivy Layla  [C]Where stories live. Discover now