LAYLA 3

3.5K 265 8
                                    









LAYLA duduk bersila membaca al-quran sementara menunggu masuknya waktu asar. Kebetulan Malik baru pulang dari pejabat. Layla jeling dan menghadiahkan senyuman buat Malik sekilas pandang sebelum fokus kepada bacaan.

"Panjang sikit 6 harakat dekat la tu Layla," tegur Malik terus Layla nampak terkebil-kebil.

"You baca surah al-waqiah kan?" Layla angguk.

"Dekat 'fa la uqsimu' tu 'la' tu you patut panjangkan sedikit harakat dia. Itu mad jaiz munfasil tu. Jaga-jaga dengan tajwid, lain sebutan lari maknanya nanti," tegur Malik dan Layla membetulkan semula bacaan.

Malik tidak terus mandi, dia tunggu di birai katil mendengar bacaan Layla. Kalau ada yang silap, Malik betulkan. Layla rasa kagum dan tertanya-tanya. Malik ni hafal surah ke yang boleh tegur bacaan dia betul ke salah.

"You dah solat ke belum?" Tanya Malik.

"Zohor dah, tunggu asar. Kenapa, awak nak jadi imam saya ke? Awak reti jadi imam?" Tanya Layla yang nampak teruja.

"Reti. Tunggu I siap mandi," Malik palingkan tubuh dan masuk ke dalam bilik air.

Layla simpan al-quran di rak, lalu dia bangun menyiapkan pakaian untuk Malik. Tshirt putih kosong dan juga kain pelikat.

Masing-masing beradu pandang. Nak menang sikit, Layla sengih lebar depan Malik yang sentiasa kaku itu. Nak menang besar pula, Layla peluk tubuh Malik sehingga Malik bertindak mengampu belakang badan Layla supaya masing-masing tidak terbaring.

"Be my forever imam, Syed Malik Eidrus. Awak terlalu sempurna," puji Layla ikhlas datangnya dari lubuk hati yang paling dalam.

"Maghrib, isya', subuh, kita jemaah" ujar Malik dan Layla angguk setuju. Mungkin zohor dan asar tidak sempat kerana kesibukan di tempat kerja.

"Awak taknak cerita ke latar belakang diri awak pada saya. Tak bermakna awak suami saya, saya dah kenal awak banyak hal. Boleh awak perkenalkan diri?" Layla masuk ke sesi menemu duga pulak dah.

"My name is Syed Malik Eidrus bin Syed Arqam. I am 28 years old. People usually call me Eid, and my one and only wife call me Malik. I currently live in KL,"

"For my education background, I considered a few schools when I applied to Kuala Kangsar Malay College. I chose to start my education at Maahad Tahfiz Al-Fateh, Selangor. I managed to memorize 30 juzuk of al-quran and after that I entered a boarding school,"

" I have completed my bachelor's degree in business administration with honours. For now, I'm currently managing my own F&B business. As for the additional information, I'm already married and have a wife named Ivy Layla binti Ghazar. That's all from me thankyou,"

Layla menepuk tangan bangga dengan cara penyampaian Malik yang terlihat yakin di hadapannya itu.

"Well, well, well! I'm a proud wife to you. Cakap dah, awak tak lemah, awak hebat" kata Layla membuatkan Malik tersenyum nipis. Hampir tidak nampak yang dia tersenyum.

"Saya suka buat awak bercakap banyak lebih dari lima patah perkataan. Suara awak tu macam ada molekul emas yang rasa sedap telinga saya ni dengar suara awak. Lainlah saya, cakap keluar angin saja. Awak pun mesti kekadang rimas kan sebab saya cakap banyak sangat. Tapi kan, awak boleh cakap banyak dengan saya je tau?" Layla tepuk dada Malik perlahan.

"Okay," baru sahaja pesan, Malik hanya membalas ringkas dan Layla ketawa senang. Aduhai suami, tak pernah tak comel tau.

"Disebabkan awak suami hebat saya, saya nak request sebelum tidur awak bacakan saya surah boleh?" Malik angguk sudi.

Ivy Layla  [C]Where stories live. Discover now