LAYLA duduk di pangkin melayan Tok Yah yang baru mengait buah mangga muda. Sejenis Ivy Layla, dia tidak suka makan buah mangga yang sudah masak, katanya lembik dan benyai. Layla suka mangga muda yang rangup dan masam. Baru sedap!Dari jauh, Layla nampak kereta Malik masuk ke dalam kawasan rumah Tok Yah. Terus dia gelabah sendiri mahu mencari tempat untuk menyorok. Mangga dan garam belacan terus ditinggal bontang, Layla lari masuk ke dalam rumah.
Turun sahaja Malik dari Toyota Alphard hitam, dia dapatkan Tok Yah yang bertenggek di pangkin depan rumah.
"Assalamualaikum, tok" Malik tunduk bersalam dengan Tok Yah. Tadi, dia nampak Layla berlari laju masuk ke dalam rumah. Comel, tapi tengah merajuk.
"Hah, hang pun balik jugak. Kenapa asing-asing?" Tanya Tok Yah yang mula mengesyak sesuatu.
Cucunya lewat pagi sampai dengan wajah sembab. Mujurlah Layla baik-baik saja. Pagi ini, cucu menantu pula sampai.
"Haah, balik dengan ibu. Tapi ibu duduk hotel, nanti petang saya bawak ibu datang. Boleh?" Pinta Malik dan Tok Yah senyum miring.
"Alah, bawak mai lah satu keluarga pun. Tok tak kisah aih," Tok Yah cuit lengan Malik nakal saja gayanya. Kagum dengan Malik yang dah banyak mulut sekarang.
Kalau tidak, Tok Yah yang kena mula tegur dulu dan Malik akan jawab sepatah-sepatah saja. Sekarang dah berayat. Bagusnya.
"Mana Layla tok?" Tanya Malik sengaja. Padahal dia tahu Layla lari. Nanti tok cakap apa pula tiba-tiba dia masuk dalam rumah terus.
"Ada dalam rumah, pi lah tengok. Hampa gaduh ka? Mai sini pun asing," tegur Tok Yah dan Malik sekadar senyum nipis sebelum menjatuhkan kepala beberapa kali.
"Saya yang salah, saya termarah dia. Maaf tok," Malik mengesali tindakannya semalam. Kalau Layla merajuk lama pun dia tak boleh pertikai. Dia yang punca.
"Oh patutlah, mujoq tak jadi apa-apa kot atas jalan semalam. Budak tu kalau menangis ka apa, dia jadi mengantuk. Ha, hang pi lah masuk pujuk dia buat apa yang patut," kata Tok Yah dan Malik senyum secebis. Dalam hati, sudah dilanda badai. Ya, dia pun tak tidur memikirkan Layla dari semalam.
"Masuk dulu, tok" Malik baru nak bangun, dia nampak Layla dan bersiap cantik saja memakai tudung. Nak keluar lah tu.
"Tok, Layla nak pergi bandar sekejap, tok ada nak kirim apa-apa?" Tanya Layla. Langsung tidak berminat mahu memandang Malik.
Sorry, tengah majuk.
Tok Yah menggeleng tetapi yang bangunnya adalah Malik. Lelaki itu berdiri rapat dengan Layla dan Tok Yah menjeling dengan senyuman nakal.
"Tepilah!" Terpis Layla bila Malik mahu memeluk dia.
"No, bagi I ikut you pergi bandar. Naik dengan I," ujar Malik masih lagi berlembut.
Layla pula buat kelaku keras kepala dia pula. Dia berdecit dan menjeling Malik sebal. Semalam buat hal sangat!
"Tak payah! Boleh tak bagi saya privasi sikit? Takkan semua privasi saya awak nak ceroboh juga?" Layla memulang ayat yang lebih kurang sama dan Malik senyum sinis. Hatinya sentiasa terbuka untuk Layla dan sekarang mereka dah seri.
"Cantik you bertudung," puji Malik pula dan Layla julingkan anak mata. Nak ambil hati lah tu.
"Saya tak makan pujian, bye!" Layla melangkah menuju ke kereta di bawah rumah.
YOU ARE READING
Ivy Layla [C]
Short Story(SHORT STORY) IVY LAYLA X SYED MALIK EIDRUS "Allah tak bagi semua pada you, sebab nanti you lupa diri"- Malik "Awak ni comel lah!"-Layla Ini kisah Syed Malik Eidrus, lelaki introvert yang terperangkap dalam traumanya sejak belasan tahun lagi. Hadirn...