KE HULU, ke hilir Layla berjalan di tempat yang sama sambil menggigit kuku sendiri. Dia dah bosan dekat rumah kalau waktu cuti begini. Kalau dia ajak Malik keluar berjalan, Malik berani dan sudi ke eh? Atau, Malik takut?"You kenapa? Bosan ya," sergah Malik yang entah muncul dari mana.
"Eh! Hm, taklah" Layla menggeleng kepala. Jelas sangat riak menipunya itu.
"I okay je kalau you nak keluar. Kita pergilah mana-mana asalkan you tak kebosanan di rumah," ajak Malik dengan wajah bekunya.
Terus wajah Layla berubah bercahaya dan bersinar semacam. Dia melompat keriangan sebabnya Malik sendiri yang mengajak dia keluar jalan-jalan. Bukan Layla yang mulakan pengajakan.
Layla sulamkan dengan kemas jemarinya dengan jemari Malik. Tempat mereka habiskan masa ialah di pasar seni. Comel bukan? untuk pertama kali suami isteri itu keluar dating.
"Sini kita datang tempat public tau awak, keadaan akan sesak dan ramai orang. Kalau awak tak okay, awak cakap pada saya ya?" pesan Layla supaya Malik faham.
Halkum Malik nampak bergerak sebelum mengangguk. Semoga keputusannya mengajak Layla keluar hari ini buka n satu keputusan yang salah. Dia taknak rosakkan mood si isteri. Kau boleh Malik!
Spek mata hitam tersangkut cantik pada hidung mancungnya. Malik berjalan menyelusuri manusia yang ada di pasar seni itu. Maklumlah, hari hujung minggu.
"Kenapa orang tengok kita pelik?" Tanya Malik yang kurang selesa dengan pandangan orang. Tengok orang macam tak pernah jumpa orang.
"Baby, muka jangan serius macam tu. Maniskan sikit dengan senyuman," tegur Layla lantas tersenyum bila Malik nampak bingung.
"How to do that?" Tanya Malik.
"Smile!" Layla tayang giginya sambil senyum lebar. Malik cuba juga tapi dengan senyuman nipis yang selalu buat Layla teruja itu.
"Okay good, nanti kalau ada orang tengok awak dan ter eye-contact, just smile to them. Nanti orang ingat kita sombong," Layla mengajar.
"Tapi senyuman I kan hanya untuk you sorang?" Tanya Malik. Takut-takut, Layla akan terasa hati kalau dia senyum pada orang yang dia tidak kenal.
"Just smile baby, no heart feelings okay?" Kata Layla dan Malik sudah faham. Baiklah, dia akan cuba.
Walaupun berjalan-jalan di satu tempat saja iaitu dalam pasar seni, cukup buatkan Malik rasa senang hati. Lagi-lagi dengan karenah Layla yang comel saja melayannya.
Ada masa, Layla ajak bergambar. Ada masa, Layla ambil gambar dia dan bila sampai di kedai bunga, Layla mengajak Malik masuk. Layla asyik membelek bunga-bungaan dan Malik rasa Layla seorang yang flower lover. Senyum saja isterinya itu sambil memilih bunga.
"I'll take this," Malik menggamit seorang pekerja kedai dan menyuruh adik itu membalut dua kuntum bunga rose merah untuknya tanpa Layla perasan pun sebab Layla asyik sangat dengan bunga-bunga yang ada dalam kedai itu.
"Layla, nah" Malik menyua bunga dua kuntum itu dan Layla senyum macam nak kebas pipi. Latar belakangnya seperti ada beribu bunga yang dihurung rama-rama saat Malik menyua bunga padanya. Ada juga orang yang turut teruja.
"Awak, nasib baik kita dekat public je tau. Kalau tidak, dah lama saya gigit awak," bisik Layla dan Malik nampak tercengang. Kenapa?
"Kenapa dua kuntum?" Layla ralit duk cium bunga tersebut lalu keluar dari kedai.
"I can buy a thousand of roses if you want," ujar Malik dan Layla geleng pula.
"Bukan itu maksud saya. Mesti awak beli dua ni ada sebab kan? Selalu orang akan beli nombor genap dan mereka pun ada sebab mereka sendiri,"
YOU ARE READING
Ivy Layla [C]
Short Story(SHORT STORY) IVY LAYLA X SYED MALIK EIDRUS "Allah tak bagi semua pada you, sebab nanti you lupa diri"- Malik "Awak ni comel lah!"-Layla Ini kisah Syed Malik Eidrus, lelaki introvert yang terperangkap dalam traumanya sejak belasan tahun lagi. Hadirn...