LAYLA 2

3.8K 263 9
                                    









LAYLA pulang saja ke rumah, mula lah dirasuk hantu robot. Mula-mula sekali perkara yang Layla akan dahulukan adalah memasak untuk Malik. Sekejap lagi Malik akan pulang. Selepas itu barulah Layla akan membasuh baju, kemas rumah dan buat apa yang patut.

"You masak apa Layla?" Dari bau saja hidung dan telinga Malik dah merah.

"Ayam masak pedas dan sayur goreng campur. Awak ada request nak saya masakkan lauk lain ke?" Tanya Layla.

"Taknak, makan apa yang you dah masak saja" ujar Malik sebelum berlalu naik ke tingkat atas. Mahu bersiap untuk turun semula.

Layla pegang gelas jus oren Malik. Malik sudah berair mata dengan wajah yang menanti nak bertukar menjadi ungu pula.

"Ya Allah! Awak tak makan pedas ya?" Malik mengangguk dan Layla kalut bangun pergi memeluk Malik.

"Kenapa awak tak bagitahu saya! Saya boleh masakkan makanan yang tak pedas. Malik..." Layla rasa bersalah.

"I'm okay, Layla. Don't worry" Malik cuba memujuk walaupun kedengaran kaku.

"Sekejap saya buatkan awak telur kicap okay?" Belum sempat Malik menghalang, Layla dah pergi menghidupkan api dapur memanaskan kuali.

"Auch!"

Kalut Malik bangun dan mendapatkan Layla. Dia tutup api dapur cekap saja dan membelek tangan isterinya itu. Layla pula, boleh lagi ketawa.

"You kena minyak panas, tak kelakar" Wajah Malik yang serius bercampur risau itu langsung mematikan senyum Layla. Alah...

"Tak apa, sikit je. Duduk dulu saya nak goreng telur untuk awak" bila wajah Malik masih tegang, Layla cium pipi Malik selamba.

Terus Malik mendengar kata dan duduk menunggu di meja makan. Layla senyum puas. Nanti kalau Malik marah, dia nak cium biar suaminya itu tak jadi nak marah.

"Lagi, selain tak makan pedas apa lagi yang awak kurang gemar ya?" Layla tongkat dagu memandang Malik yang menyambung makan.

Malik diam dan memberi isyarat tengah makan tidak boleh bercakap. Layla rasa nak hangus dan zipkan mulutnya sampai Malik sudah makan. Lelaki itu makan cermat sungguh.

"I tak makan pedas, I tak suka sayur, buah, benda manis, kucing, hujan, petir dan ribut. I tak suka duduk dalam gelap. Tak suka ikan, sebab hanyir" Malik senaraikan apa yang dia tidak suka dan mulut Layla melopong luas.

"Awak dapat zat daripada mana sampai semua benda awak tak suka? Nevermind, nanti saya akan cari inisiatif untuk buat awak makan sayur buah dan sumber protein seperti ikan tu ya" Malik angguk saja.

"Kalau you nak I cuba, nanti I akan cuba untuk makan semua tu," kata Malik pula.

"Okay!" Layla angguk ceria.

Malik kebosanan mahu menghadap kerja. Layla pula tidak ada di atas. Sudahnya, Malik tutup laptop dan mencari Layla di bawah.

"Arghhh! Terkejut saya!" Wajah Layla cemberut bila Malik datang berdiri tegak di ruang dobi tanpa berkata apa-apa. Ingat hantu galah manalah tadi.

"You tak reti penat ke?" Tanya Malik dan Layla menggeleng.

Manakan tidak, Layla bekerja. Balik kerja, memasak, kemas rumah, baju baju. Sampaikan Malik yang melihat pun terasa lelahnya.

"Jom kita sidai baju sama-sama," tawar Malik.

Mereka dua suami isteri duduk di belakang rumah menyidai pakaian. Malik nampak Layla terbalikkan baju terlebih dahulu sebelum sidai membuatkan dia rasa aneh.

Ivy Layla  [C]Where stories live. Discover now