MALIK melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang cuak. Ruang tamu gelap gelita kerana Malik terpaksa pulang malam disebabkan ada masalah sedikit di pejabat. Pulang pun, pakcik Junaid yang ambilkan dia.Kenapa rumah gelap gelita pula ni? Layla dah pulang dan jarang-jarang ataupun tidak pernah Layla biarkan rumah dalam keadaan begini.
"Tolong buka lampu," suara dari sofa ruang tamu sangat mengejutkan Malik. Lelaki itu teguk liurnya yang kemarau dahsyat.
"La-Layla?" Seru Malik. Kalau bukan Layla yang panggil dia sebentar tadi Malik akan pengsan.
"Baby," sahut Layla sayup-sayup kedengaran dan rasa takut Malik sedikit berkurangan. Malik beranikan diri menuju ke suis untuk membuka lampu.
Layla yang sedang baring mengiring, lengkap dengan pakaian kerja dan rambut masih lagi bersanggul kemas, Malik dekati. Kenapa dengan isterinya itu?
"Layla, you kenapa ni? Sorry I balik lambat. Tadi office ada masalah. You okay?" Tanya Malik kerisauan. Julietnya tidak sihat nampak gayanya tu.
"I senggugut, sakit baby..." adu Layla manja. Dia sememangnya sejenis 3 bulan sekali baru datang bulan. Bila datang tu, memang rasa nak terbang nyawa-nyawa sekali.
Wajah Malik nampak blur. Penyakit yang Layla beritahu dia tidak pernah dengar pun sebelum ini. Kronik atau tidak? Malik cek suhu badan Layla. Panas-panas suam. Nak kata demam macam ya.
"Senggugut tu sakit apa? Teruk ke? You akan tinggalkan I?" Nada Malik risau sehingga bergetar. Dia dah berfikir macam-macam. Minta dijauhkan dari perkara yang tidak diingini. Lagi-lagi melihatkan Layla. Malik belum sanggup.
Dalam sakit, bibir pucat Layla menguntum senyum dengan riak polos si suami. Layla pegang tangan Malik dan sekejapan, pegangan itu mengetat. Sakit menyerang semula. Layla mendesis.
"Layla sayang, you buat I risau" Malik usap pipi Layla.
"Tak, ini sakit orang datang bulan. Saya period," beritahu Layla dan Malik diam.
Tahulah dia tentang penyakit yang dihidapi Layla sekarang. Tapi kenapa Layla ekspreskan rasa sakit tu dengan cara yang merisaukan Malik?
"Habistu, dari tadi ke duduk bawah ni?" Tanya Malik.
Bila Layla angguk, Malik pula diam berfikir-fikir cara mahu selesaikan masalah. Sudahnya, tangan diselitkan di celah pelipat lutut Layla dan sebelah tangan lagi di belikat Layla.
"Jom naik atas,"
"Malik! Saya berat!" Cemas Layla bila Malik angkat dia selamba macam Layla tengah angkat guni beras. Layla rangkulkan tangan di leher Malik dan biarkan saja tidak memberontak lebih. Karang ada yang kena kutip semula di bawah.
Tubuh Layla diletakkan di atas raised floor menuju ke jacuzzi. Malik ambil botol sabun dan buka ikatan rambut Layla. Ikat rambut punyalah ketat, padanlah sakit kepala.
"Awak, nak buat apa ni?" Soal Layla.
"Mandikan you," jawab Malik tanpa riaksi.
"Tapi...saya malu, saya period ni awak," Layla pandang Malik meminta ruang.
"Then? What's the problem? I dah biasa mandikan you masa di kampung dulu," oh tidak, Malik tidak tahu ke yang datang bulan tu keluar darah, bukannya bulan yang keluar.
"Saya berdarah ni Malik, kotor. Nanti awak tak selesa. Biar saya uruskan sendiri" kata Layla dan Malik jatuhkan bahu mengalah saja.
YOU ARE READING
Ivy Layla [C]
Short Story(SHORT STORY) IVY LAYLA X SYED MALIK EIDRUS "Allah tak bagi semua pada you, sebab nanti you lupa diri"- Malik "Awak ni comel lah!"-Layla Ini kisah Syed Malik Eidrus, lelaki introvert yang terperangkap dalam traumanya sejak belasan tahun lagi. Hadirn...