Ayyash telah pun tiba di rumah yang penuh dengan kenangan silam yang mampu menggambit hatinya. Setibanya Ayyash di hadapan pintu rumah, Ayyash mula memberi salam sebelum mengetuk pintu rumah. Ketika itu, Encik Abdullah mendengar ketukan pintu tidak jauh dari ruang tamu yang didudukinya.
Encik Abdullah bangun dari kerusi lantas menuju ke pintu rumah tersebut. Encik Abdullah membuka pintu tersebut dengan niat ingin mengetahui siapakah gerangan yang mengetuk pintu rumahnya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang insan yang amat dirinduinya kini sedang berdiri tegak dihadapannya setelah 4 tahun tidak bertentang mata.
Sebelum ini, mereka hanya dapat berhubung dan bertanya khabar melalui telefon pintar sahaja. Betapa gembiranya hati seorang ayah apabila dapat melihat anak tercintanya itu terpampang sempurna dihadapan dengan kerinduan yang amat mendalam.
"Ya Allah, Ayyash!" tidak sempat Ayyash berkata-kata ayahnya terus mendakap anak tercinta dengan penuh erat sekali.
"Ayah rindu sangat dekat kamu. Dah 7 tahun anak ayah ni tak balik dan 7 tahun juga ayah tak dapat jumpa kamu, nak." kata Encik Abdullah kepada anaknya dengan nada begitu sayu.
"Kamu apa khabar?" kata Encik Abdullah sambil memeluk anaknya itu dengan penuh erat.
"Alhamdulilah khabar baik. Ayyash sihat je ayah." sengih dipamerkan kepada ayahnya.
"Ayah pula apa khabar?" wajah yang kian berkedut itu ditatapnya lama.
"Alhamdulillah ayah sehat je. Ni kamu dah makan ke?" soal ayahnya kembali.
" Belum lagi sebab dalam kapal terbang tadi Ayyash rasa penat sangat. Jadinya, Ayyash tidur je sepanjang flight" terang Ayyash pada ayahnya.
"Kalau macam tu ikut ayah makan lepas solat zohor dengan Aisy sekali nanti je la" cadang Encik Abdullah.
"Daripada makan dekat luar baik Ayyash je yang masak. Ayah ambik Aisy kat sekolah, ya?" Ayyash pula memberikan pendapat kepada ayahnya.
"Boleh jugak. Ayah pun rindu masakan kamu. Kebetulan semalam ayah ada beli barang dapur sikit. Pandai-pandai kamu la nak masak apa ye." pesan ayahnya ringkas.
"Baik ayah. Serahkan kepada Ayyash je." kata Ayyash, cuba meyakinkan ayahnya.
...
Setibanya Ayyash di hadapan biliknya satu persatu kenangan silamnya muncul bagaikan kotak ingatannya diulang tayang semula. Kehidupan Ayyash Zayyan sebagai kanak-kanak tidak seindah kehidupan kanak-kanak yang lain. Ayyash dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Dia hanya mempunyai ibu dan ayah serta seorang adik lelaki bernama Aisy. Kehidupannya berbeza dengan kehidupan orang lain yang normal namun orang tua Ayyash selalu mengisi kekosongan itu dengan menitikberatkan perihal pembelajaran dan ajaran agama.
Seawal usia 4 hingga 5 tahun, kanak-kanak yang seusia dengan Ayyash sudah mula mahir mengeja serta membaca namun berbeza pula dengannya. Ayyash sangat lemah dalam mengeja perkataan serta membaca kerana dia memiliki penyakit Dyslexia yang menyebabkan dia mempunyai masalah perkembangan dalam literasi iaitu mengeja dan membaca dari sudut pembelajaraan. Mereka yang mempunyai penyakit itu akan mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang dan ada juga yang sukar mempelajari turutan seperti nama dan sifir. Ini hanyalah beberapa contoh kesukaran dan kekurangan orang yang mempunyai penyakit tersebut.
Ayyash mengalami gangguan dyslexia sejak kecil sehinggalah menginjak ke alam dewasa. Penyakit ini masih lagi tidak dapat disembuhkan dengan cara apa-apa sekali pun. Gangguan penyakit yang dialami oleh Ayyash dari sudut pembelajaran memberi kesan terhadap keupayaan untuk mengeja, membaca, menulis serta bercakap. Hal ini dikatakan kerana, otak mereka memproses bahan yang bertulis dengan cara yang berbeza sehingga menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran khususnya yang melibatkan kemahiran literasi.
YOU ARE READING
PELUKIS BAYANGAN
General Fiction[Bakal Terbit] AYYASH ZAYYAN | QALISYA INARA Patahnya sayap Sang Rajawali, menyimpan seribu rahsia diri. Begitulah kisah Ayyash dan Qalisya yang sarat mengharungi duka lara bersama. Cebisan trauma dan kekurangan diri menyebabkan Ayyash memilih untuk...