BAB 1 [Kepulangan]

1.8K 100 13
                                    

7 tahun berlalu

*Telefon berdering*

*Telefon berdering*

...

"Assalammualaikum Aaryan Zahreen, apa khabar?"

"Waalaikumussalam khabar baik, Alhamdulilah. Ni kenapa telefon aku tiba-tiba?" tanya Aaryan Zahreen.

"Saja nak bagitahu, aku dah sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kau kat mana? Lama aku tunggu ni ahaha" kata Ayyash Zayyan dengan niat untuk memberi kejutan kepada sahabat kesayangannya.

"Bila masa kau sampai weh? Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sampai..bertuah punya kawan, tak bagitahu aku pun! Cuba bagitahu aku awal-awal yang kau nak balik Malaysia. Sekurang-kurangnya bolehlah aku bersiap nak ambik kau." kata Aaryan Zahreen dengan penuh nada terkejut.

"Hahahaha saja nak beri kejutan kat kau. Tadaaa supriseeeee!!!!"

"Haih kau punya perangai dari dulu tak pernah berubah. Nasib kau kawan aku, kalau tak dah lama aku..."

"Kalau tak, apa yang kau nak buat? Hahahaha macam la aku kenal kau sehari dua. Perangai kau nii dah ada dekat kepala lutut aku dah...dah masak dengan perangai tak semenggah kau ni."

"Nanti dah sampai kat rumah, kau bagitahu aku tau! Aku nak datang jumpa kau. Nak lepas rindu kat kau wehh, nak dekat 7 tahun kita tak jumpa."

"Hahahaha aku ingat kau tak rindu aku dah, mana tahu lupa member kan? ahaha aku pun rindu dekat kau. Lama kita tak depan depan borak open table macam dulukan, okay la nanti aku telefon kau balik bila aku sampai, jumpa tempat biasa."

"Baik..."

Ayyash menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket dan terus melangkah ke perhentian teksi yang hanya berjarak 5 meter dari tempat dia berdiri. Tidak lama kemudian, teksi yang ditempah melalui aplikasi e-hailing telah pun tiba. Tanpa membuang masa, Ayyash terus meletakkan bagasi dan barangan peribadinya ke dalam bonet lalu memasuki teksi tersebut untuk menuju ke destinasi yang dikatakan oleh sahabatnya.

Pada era perkembangan jaringan e-hailing terkini, tidak ramai yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi kerana tidak mahu menunggu teksi di tepi jalan raya walaupun ia sudah boleh ditempah secara atas talian dengan mudah.

Ayyash merenung ke luar tingkap di sebelahnya buat seketika, bebola matanya kian letih apabila seharian suntuk boleh dikatakan hanya menghadap skrin telefon untuk menghilangkan rasa bosan. Sekali sekala dia lebih suka mengamati detik-detik ketika dalam perjalanan tidak kira kemana sahaja dia mengembara. Bagi dirinya, menikmati pemandangan yang indah mampu membawa 1001 ketenangan dalam dirinya lebih-lebih lagi sebagai seseorang yang gemar menyendiri.

Sepanjang 36 minit perjalanan dari KLIA ke Putrajaya, dia mengeluarkan buku lakaran miliknya yang bersaiz 5.8 x 8.3 inci untuk menyambung kembali lukisan pemandangan diatas kapal terbang yang tergendala sambil menikmati pemandangan indah tanah air yang amat dirindui setelah sekian lama menetap di negara asing.

Ketika waktu kecil, Ayyash seorang kanak-kanak yang pendiam dan selalu menghabiskan masanya dengan melukis. Walaupun dirinya serba kekurangan dan sering kali dibuli oleh kanak-kanak seusianya ketika berumur 7 tahun, namun semangat dan minatnya terhadap melukis tidak pernah pudar.

Bahkan, guru kelasnya sendiri pernah memberitahu kepada Encik Abdullah bahawa dia akan dipindahkan ke kelas khas untuk kanak-kanak yang kurang celik. Sejak daripada itu, guru baharunya yang bernama Cikgu Faiza telah ditugaskan untuk mengajar Ayyash dan sejak daripada itu juga dia telah diasingkan daripada kanak-kanak yang pandai dalam akademik. Ketika Ayyash berusia 12 tahun, kehidupan Ayyash terus berubah 360° apabila kehilangan sosok tubuh seorang wanita yang amat dihormati, dikasihi serta disayangi selama dia hidup iaitu ibunya. Pemergian ibu Ayyash sangat memberi impak yang besar dalam kehidupan Ayyash kerana wanita itu adalah satu-satunya tempat melampiaskan suka duka Ayyash dalam menempuh kehidupan yang berliku.

PELUKIS BAYANGAN Where stories live. Discover now