BAB 8 [Rahsia]

156 26 7
                                    

Setelah selesai membeli buku komik adiknya, Ayyash mengajak Qalisya untuk mengisi perut terlebih dahulu memandangkan sekarang sudah menunjukkan angka 12 tengah hari.  Qalisya hanya mengangguk setuju walaupun otaknya masih memproses apa yang berlaku sebentar tadi. Mereka hanya mengatur langkah ke sebuah restaurant yang berdekatan iaitu Restaurant Cili Kampung yang bertemakan makanan tradisi bangsa melayu. Sampai sahaja di depan restaurant, Ayyash terus bertanya kepada pelayan di situ.

“Hai, ada meja untuk tiga orang?” tanya Ayyash kepada pelayan berdiri di hadapan menu tersebut.

“Ada encik, boleh ikut saya ya.” kata pelayan wanita tersebut sambil menunjukkan jalan menuju ke meja makan yang kosong.

Secara spontan apabila sampai di meja makan, Ayyash menarikkan kerusi untuk Qalisya duduk. Betapa gentleman nya seorang Ayyash.

"Terima kasih" ucap Qalisya sambil menyembunyikan rasa malunya. Belum pernah ada orang tarikkan kerusi untuknya. Dia bukan permaisuri nak dilayan sebegitu rupa. Aisy lebih memilih untuk duduk di sebelah Qalisya. Alasannya sebab nak bermanja. Kemain sekarang menempel dengan kakak cantiknya sampai dia dipinggirkan. Ayyash pula dengan selambanya duduk berhadapan dengan Qalisya sambil melihat menu yang diberikan pelayan.

'Dah kenapa dia duduk depan aku? Aduh takkan lah nak bertentang mata pulak time makan. Takkan aku nak acah-acah makan macam tak makan. Atau aku kena berlakon sopan?.' desis Qalisya sambil menyembunyikan debaran di dada.

Ayyash perasan Qalisya selalu memandangnya dalam diam-diam. Someone's been watching me secretly. Dia perlu akui bahawa Qalisya adalah seorang yang menawan, sopan, lembut bicaranya seperti bahari.

Mereka terus membuat pesanan apabila masing-masing telah membuat keputusan menu apa yang ingin dimakan.

"Saya nak nasi penuh dua dan satu nasi separuh. Masak lomak daging satu, kicap ayam satu dan telur dadar kampung. Untuk air pula, epal asam boi satu, milo crunch satu. Awak nak air apa tadi, Qalisya?"

"Saya nak air lychee lime rose."

"Ha tu bagi satu ye. Lepastu saya nak mama cendol untuk dessert. Ouh kalau boleh, ayam kicap tu jangan pedas ye." Setelah pelayan itu  selesai mengambil pesanan, Ayyash terus mengucapkan terima kasih kepadanya. 

"Aisy tak makan pedas ke?" tanya Qalisya apabila pelayan berlalu pergi.

"Haah, dia tak tahan pedas." Jawab Ayyash ringkas.

"Aisy tak tahan pedaslah akak cantik. Aisy suka makan yang manis manis je tak pedas. Nanti Aisy poloh poloh pastu yak yak." Kata Aisy bersungguh.

"Bukan poloh poloh lah Aisy. Peluh-peluh." Kata Qalisya sambil menahan ketawa. Macam mana lah budak kecil ni sepolos ini. Comel je kerjanya. Dengan pipinya macam minta digomol je. Ayyash hanya melihat interaksi mereka berdua. Tanpa sedar, bibirnya meloret senyum. Bahagianya dia melihat mereka. Setelah selesai membeli buku komik adiknya, Ayyash mengajak Qalisya untuk mengisi perut terlebih dahulu memandangkan sekarang sudah menunjukkan angka 12 tengah hari.  Qalisya hanya mengangguk setuju walaupun otaknya masih memproses apa yang berlaku sebentar tadi. Mereka hanya mengatur langkah ke sebuah restaurant yang berdekatan iaitu Restaurant Cili Kampung yang bertemakan makanan tradisi bangsa melayu. Sampai sahaja di depan restaurant, Ayyash terus bertanya kepada pelayan di situ.

“Hai, ada meja untuk tiga orang?” tanya Ayyash kepada pelayan berdiri di hadapan menu tersebut.

“Ada encik, boleh ikut saya ya.” kata pelayan wanita tersebut sambil menunjukkan jalan menuju ke meja makan yang kosong.

Secara spontan apabila sampai di meja makan, Ayyash menarikkan kerusi untuk Qalisya duduk. Betapa gentleman nya seorang Ayyash.

"Terima kasih" ucap Qalisya sambil menyembunyikan rasa malunya. Belum pernah ada orang tarikkan kerusi untuknya. Dia bukan permaisuri nak dilayan sebegitu rupa. Aisy lebih memilih untuk duduk di sebelah Qalisya. Alasannya sebab nak bermanja. Kemain sekarang menempel dengan kakak cantiknya sampai dia dipinggirkan. Ayyash pula dengan selambanya duduk berhadapan dengan Qalisya sambil melihat menu yang diberikan pelayan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PELUKIS BAYANGAN Where stories live. Discover now