BAB 5 [Art Cafe]

293 32 5
                                    


Selang beberapa hari selepas pertemuan mereka, Aaryan ada menelefon Ayyash untuk datang ke Cafénya lagi, kononnya ada hal yang ingin dibincangkan dan penting katanya. Tanpa berfikir Panjang, Ayyash terus bersetuju untuk berjumpa, alang-alang dia mempunyai banyak masa terluang jadi tiada masalah untuk dia pergi ke Café Aaryan.

*Tiba di cafe...*

Pintu Cafe ditolak dengan perlahan sebelum kaki kanan dihayun masuk ke dalam kedai. Sambutan mesra diberikan oleh pekerja cafe kerana mereka sudah mengenali sahabat majikan mereka itu.

"Selamat datang, eh Encik Ayyash kan? kawan boss Aaryan. Datang nak cari boss ke?" soal pekerja lelaki yang bernama Aiman bersama dengan senyuman manisnya. Ayyash juga membalas senyuman Aiman tanda dia selesa dengan layanan pekerja Aaryan.

"Eh tak payah la berencik-encik dengan saya Aiman, panggil Ayyash je. Lagipun, saya bukan boss awak, HAHAHA. By the way, saya memang nak cari boss awak tu, dia ada tak sekarang?" tanya Ayyash dengan rendah diri yang diiringi dengan soalan tentang keberadaan sahabatnya itu.

"Err segan la, encik Ayyash kan kawan boss. Tak sopan pula kalau saya panggil nama je. Apa pun boss ada je kat atas, dalam pejabat dia tu. Kalau encik nak jumpa boss, saya boleh bagitau dia dulu" ujar Aiman dengan penuh sopan. Ayyash yang dari tadi mendengar hanya tersenyum kecil dan mengangguk sebagai tanda setuju.

"Okay juga tu, saya tunggu kat sini dululah." balas Ayyash pendek. Aiman terus melangkah laju ke pejabat Aaryan dan beritahu tentang keberadaan Encik Ayyash. Tahu sahaja Ayyash telah tiba, terus Aaryan meminta Aiman memanggil sahabatnya untuk naik ke pejabatnya. Aiman hanya menurut arahan majikannya tanpa bantahan.

"Encik Ayyash, saya dah beritahu boss. Dia minta encik Ayyash naik atas kat pejabat dia" Ayyash yang sedang duduk di salah satu kerusi kayu dalam Café itu mula bangkit.

"Terima kasih Aiman." ucap Ayyash bersama senyuman yang tidak lekang dari wajah tampannya. Belum sempat Ayyash mendaki tangga Aiman bersuara semula.

Eh encik Ayyash ada nak minum pape tak? saya boleh bawakan nanti" Ayyash terus memesan secawan latte panas bersama sepotong kek Belgium Chocolate. Kemudian dia menyambung langkahnya menuju ke pejabat milik Aaryan.

*Tuk tuk*

Pintu pejabat Aaryan diketuk terlebih dahulu sebelum tombol pintu dipusingkan. Aaryan yang sedar akan kehadiran Ayyash terus tersenyum lebar.

"Ya Allah Ayyash! Assalamualaikum, awal kau sampai eh" kata Aaryan dengan riak wajah yang gembira.

"Waalaikumsalam, ini Ayyash Zayyan lah. Kita boleh datang awal buat apa datang lambat en? lagi pun aku free hari ni tu yang datang awal, jumpa kau ni. Ha! Apa yang tergempar, terpenting yang ter ter lah sangat sampai kau nak jumpa ni. HAHAHAH " Ayyash pula membalas dengan lagaknya.

"Kau ni pun tak menyempat nak borak depan pintu ni. HAHAHA jom lah duduk duduk dulu." Balas Aaryan sambil menggeleng kepalanya.

"Eleh kau, kata orang. Dia yang terkinja-kinja sambut orang depan pintu, ada hati nak salahkan orang." Sindir Ayyash dengan kepuasan.

"Ye eh? HAHAHAH yelah dah jom duduk. Macam biasa, buat macam office kau". Pelawa Aaryan kepada sahabatnya.

Duduk sahaja di kerusi, Aaryan terus membuka bicara. Haih tak menyempat betul dia ni kalau bab kerja nombor satu. Workaholic betul member ni.

"So back to our main topic, kau ingat tak aku ada tunjuk kat kau ruang kosong yang besar kat bawah tu? Ayyash hanya mengangguk sebagai jawapan. Malas nak menyampuk sebenarnya.

"Dan aku rasa ruang tu sesuai untuk buat art studio. Yelah macam kau tahu aku memang bercadang nak bukak Art's Café Studio yang memperkenalkan seni budaya kita dan boleh membina komuniti bersifat positif yang boleh menarik minat masyarakat. cumanya, aku tak tahu lagi nak design Art Café Studio tu macam mana...Apa kata alang-alang kau dah dalam bidang art ni and kau pula famous, why not kau collab dengan aku bukak business ni." Aaryan mengutarakan pendapatnya kepada Ayyash tentang idea yang dia fikir-fikirkan sejak beberapa hari yang lepas.

PELUKIS BAYANGAN Where stories live. Discover now