BAB 6 [Lukisan]

190 28 4
                                    

Maklumat dalam risalah kelas melukis yang diedarkan oleh pekerja dihadamkan sepenuhnya oleh Qalisya. Ini membuatkan dirinya semakin teruja dan tidak sabar untuk mengikut sesi di dalam kelas tersebut.

‘Aku kena daftar cepat cepat ni, karang melepas pula aku yang rugi. Peluang keemasan kot lagi-lagi kalau  kau nak jumpa T.A. Bak kata orang sambil menyelam sambil minum air, apa salahnya hihi’ desis hati Qalisya yang keriagan
Setelah selesai Qalisya mendaftar diri di kelas art tersebut, boleh dikatakan baru hari pertama pendaftaran boleh tahan ramai juga yang mendaftarkan diri terutamanya pakej kanak-kanak. Qalisya sangat kagum akan ibu bapa zaman sekarang yang menyokong minat anak-anak  dari segi kecenderungan dalam dunia lukisan dengan mendaftarkan anak mereka dalam kelas seni yang ditawarkan.
Setelah mendaftar, Qalisya membuat keputusan untuk pulang terus ke rumah dengan hati yang girang. Keluar sahaja dari art cafe tersebut, Qalisya terus membuka daun pintu dan memboloskan diri kedalam keretanya.

"AAAAAAAAAA happy nya aku harini, ni bukan mimpi Qalisya oii. Macam tak percaya pula aku ni bakal belajar seni dengan T.A nanti. Eh tapi dia jarang ada , Ah lantaklah!! yang penting aku dah dapat join, tak dapat jumpa banyak kali pun takpe asalkan aku dekat dengan dia, rezeki juga haha. Ini kalau jumpa ngan Tyara pastu cerita pasal ni pon best gak." gembira bukan kepalang bagi seorang yang bernama Qalisya. Terus laju keretanya membelah jalan menuju pulang ke rumah. Seharian suntuk berada di Art Cafe sangat meletihkan tapi pada masa yang sama dapat menggembirakan hari Qalisya.

Qalisya mematikan enjin kereta selepas memarkir keretanya di hadapan rumah. Sedang dia ingin membuka pintu kereta, dia  ternampak seorang sosok wanita yang berada di halaman luar rumahnya.

"Macam Tyara je tu. Yeke biar betul? Eh tiada angin tiada ribut takkan lah dia datang tiba tiba, mesti ada something ni. Minah tu pun takde pula chat aku kata pape pon nak datang, apa je dia reti? Seen chat aku adalah" kata Qalisya sambil melihat aplikasi WhatsApp. Risau kalau dia terlepas pandang chat dari sahabatnya itu.
Qalisya membuka langkah menghampiri sosok wanita tersebut dan alangkah terkejutnya Qalisya apabila sangkaannya tadi betul. Wanita itu adalah Tyara Adleena, kawan sehidup sematinya yang setelah sekian lama tidak bersua.

"Weihhhh Tyaraaaa!" jerit Qalisya dengan teruja sambil memeluk sahabatnya. Dah macam pontianak pula member seorang ni jerit macam tak ingat dunia. Walhal, masing-masing tinggal kawasan perumahan yang sama tapi jerit macam terpisah beribu kilometer jauhnya.

"Ya Allah, kau nak aku pekak macam kau ke weih?! " marah Tyara sambil menggosok telinganya disebalik tudung. Manakan tidak hampir luruh gegendang telinga apabila Qalisya menjerit sekuat hati.

“Weih Tyara kau dtg rumah aku buat apa? Asal tak bagitau apa-apa kat aku. Chat pun selalu seen je.” ujar nya sejurus mengajak Tyara duduk di gazebo luar rumahnya.

“Oh aku saja jee, lagipun aku datang sebab nak tengok kau sihat ke tak? Tahu tahu keluar, ni pun aku sempat berborak dengan mak kau tadi.” balas Tyara sambil memandang langit yang seakan mendung.

“Lah yeke, sorry do. Tapikan weihh pagi tadi kan, aku dapat satu notification au pasal idola aku tu. Takde angin takde ribut dia buka cafe art studio area sini! Aku apa lagi, terus bersiap semua pastu tahu tahu dah depan art's cafe tu AHHAHAHA. That's why aku macam tergesa-gesa sikit gi sana sampai tak sempat nak bagitau kau. Excited punya pasal HAHAHAH.“

“Kau kalau pasal idola kau, terus lupa aku eh?” rajuk Tyara manja.

“Alaa sorry lah janji buat lagi HAHAHAAH." Usik Qalisya sambil mengangkat tangan kanannya seperti orang yang sedang membaca ikrar.

"Ahhh kau! Aku ni dah masak sangat dengan perangai kau HAHAHAHA. By the way, siapa idola yang kau tergila-gilakan sangat tu?" tanya Tyara. Gosip ni boh.

PELUKIS BAYANGAN Where stories live. Discover now