HED | 1

529 20 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

"KAY! Tepi! BMW nak lalu!"

Gigil tangan aku memegang pendikit motorsikal. Mana tak menggigil kalau Kirana tiba-tiba menjerit suruh ke tepi. Ingat ini jalan bandar senang nak belok tepi? Ini jalan kampung. Sempit dan ada parit berlumpur. Kalau aku belok tak fasal-fasal kami berdua terbabas.

"Kau dengar tak?! BMW nak lalu!" Ulang Kirana sedikit lantang. Duk jerit-jerit tepi telinga aku ni nak suruh aku pekak betul-betul ke?

"Mana?!" Jarang dapat tengok BMW masuk ke Kampung Raja Wali. Ini tak lain tak bukan mesti orang 'have-have'.

"Dekat belakang kita!"

Aku boleh saja tengok dari cermin sisi tapi inilah situasi mencemaskan yang aku kena hadap sebagai penunggang tak berlesen dan Kirana sebagai pembonceng cacing kepanasan dekat belakang. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan, sekejap maju sekejap mundur. Dia ingat aku boleh nampak BMW yang dimaksudkan? Nampak muka panik dia ada lah.

"Belok tepi, Kay!" Kirana, sungguhlah! Habis itu aku yang tunggang motorsikal ni nak lalu mana? Atas dahi dia?

"Agak-agak kalau nak suruh aku belok tepi pun. Kau nak kita mandi lumpur?"

Aduhai, kenapalah kakak aku bercakap tak tengok keadaan? Punyalah besar parit dekat kiri dan kanan jalan dia boleh tak nampak? Kata dulu tak rabun tapi kenapa macam ada tanda-tanda rabun? Kena bawa pergi jumpa doktor selepas ini. Risau pula nanti dia tak nampak di mana letak remote televisyen.

"BMW M2 lah!" Katanya lagi seraya mengetuk kuat helmet yang aku pakai. Tak cuma itu, bahuku juga ditepuk berkali-kali dari belakang.

"Jadi kalau BMW M2 aku kena buat apa? Berhenti tepi jalan, bagi laluan dan tunduk hormat?" Aku kemaskan pegangan pada pendikit. Boleh tahan banyak juga peluh keluar di telapak tangan.

"Bukanlah! Kalau dia langgar kita lepas tu kereta dia calar, mana kita nak cekau duit bayar ganti rugi? Alat ganti dia pun dah mahal apatah lagi kos pembaikan. Boleh habis duit gaji aku sebulan!" Kirana merungut seperti perkara yang dia cakap bakal berlaku. Tak relaks betul.

Aku kerut dahi. Kenapa pula mereka yang kena ganti kalau pemandu itu langgar mereka? Asal macam terbalik? Atau otak Kirana dah jadi miring tengok kereta mewah?

Seketika aku baru teringat sesuatu. Oh, patutlah Kirana kata macam itu. Aku kan tak ada lesen. Rasa berdosa pula kutuk kakak sendiri otak miring. Nasib baik tak terluah tadi.

"Aku rasa tak sedap hati lah, Kay! Dia semakin hampir. Lajulah! Tak pun kau berhenti dekat tepi, bagi dia lalu dulu. Aku tengok orang tu macam nak cepat aje," ujar Kirana risau.

His Eternal Destiny | OGWhere stories live. Discover now