HED | 9

122 10 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

"WAH! Untungnya dia dapat bunga." Kirana bersandar pada daun pintu bilik Kay. Matanya tertumpu pada jambangan mawar merah di atas katil si adik. Nampak premium dengan hiasan reben hitam berbenang emas.

"Qausar bagi?" Dapat dilihat ada sekeping kad ucapan berwarna merah jambu tersisip di celah bunga. Agaknya Kay sudah baca atau belum? Kalau ikut dari pandangan Kirana kad itu terkatup elok seperti belum disentuh.

Kay panggung kepala, angguk mengiyakan lalu kembali tunduk membelek kotak di atas dulang hantaran dari pihak Qausar. Malam tadi selepas Qausar pulang ke rumah Hajah Fatimah, dia langsung bergegas membersihkan diri kemudian rebah di atas katil, tak sampai lima minit dia sudah berlayar jauh ke dasar mimpi bahana kantuk yang bergayut pada kelopak mata.

Dia jaga dari tidur pun ketika terdengar suara nyaring umi memanggil anak-anak untuk bersarapan. Memandangkan Allah beri dia 'cuti', maka perutnya juga sedang mogok tidak mahu menerima sebarang makanan pada waktu pagi begini. Tak tahu kenapa. Jika makanan masuk ke dalam perut waktu pagi ketika dia 'cuti' pasti perutnya akan sakit. Bergelora hendak memuntahkan makanan itu semula.

Sudahnya, dia berteleku di atas karpet dalam bilik ini bersama persoalan yang sedang menghimpit fikiran sedari semalam. Tertanya-tanya apakah isi di dalam kotak itu. Sungguh misteri hingga rasa ingin tahu menggasak hati.

"Ada kad ucapan tu. Kau dah baca ke belum?" Soal Kirana.

"Belum," jawab Kay jujur.

"Kenapa?"

"Takut."

"Alah, dia bukan bagi mantra sampai kau nak takut bagai. Dah lah wangi. Fresh flower pula tu."

"Mesti dia beli mahal kan?" Kay tersenyum tipis.

"Jangan nilai harga pemberian seseorang. Keikhlasan dia tu yang paling penting." Balas Kirana sewajarnya.

Dia menghayun kaki mendekati Kay. Bukan dia tidak perasan adiknya sibuk membelek hantaran tapi bukanya tidak. Duk belek-belek gitu sampai esok pun tak tahu barang apa yang ada dalam kotak tersebut.

"Ada berapa dulang semuanya?" Kirana jatuhkan lutut lantas mengesot sebelah Kay.

"Sembilan." Mata Kay menala pada sebuah kotak kecil yang terletak atas dulang paling hujung sekali. Boleh dikatakan lebih kecil daripada kotak kasut.

"Kau tak nak buka ke?"

"Tak boleh kalau aku tak buka?" Kay menyeringai.

"Takkan tengok aje?" Soalan dibalas soalan. Seperti biasa Kirana orangnya jenis banyak tanya jika bersama keluarga. Dengan orang luar anak sulung Imam Al Khawarizmi itu susah hendak dibawa bergaul bak kera sumbang.

Berlainan pula dengan Kay yang mulut becok. Mulut dia lebih aktif menutur kata melontar ayat, baik bersama keluarga mahupun orang luar kerana Kay lebih selesa begitu. Ramah pada semua orang namun batasnya harus dijaga terutama dengan kaum berlainan jantina.

His Eternal Destiny | OGWhere stories live. Discover now