...
MAJLIS pertunangan mereka telah selesai 2 jam lalu. Keluarga Qausar dan saudara-mara Kay juga sudah pulang. Manakala Qausar sedang sibuk mengemas kerusi serta meja yang digunakan sewaktu majlis tadi. Memandangkan dia sebahagian dari keluarga Kay, tidak salah jika dia ringankan tulang untuk membantu apa yang patut.
Bermula esok dia akan tinggal di kampung ini selama satu bulan. Mental dan fizikal sudah dilatih untuk bersedia menghadapi liku kehidupan di sini yang pastinya jauh berbeza dari kehidupan di London atau KL. Mencuba sesuatu luar dari zon selesa adalah satu cabaran dan Qausar akan pastikan dia lulus melalui semua cabaran itu.
Jika dulu dia boleh berdikari di negara orang tanpa arwah daddy, bonda mahupun adik-beradiknya, kali ini tidak mustahil untuk dia berjaya sekali lagi berdikari di kampung halaman sendiri.
"Huh, penat!" Punggung dihenyak ke atas kerusi. Qausar dongak kepala seraya memejamkan mata. Akhirnya siap satu kerja. Letih tapi seronok!
Pada mulanya, Zahran dan Zahid ada menawarkan pertolongan namun dia tolak dengan lembut. Di sini dia bukan majikan. Di sini dia tiada pembantu dan pengawal peribadi. Di sini dia bukan Dato' atau Presiden Ocean Cruises. Di sini dia mahu keluarga Kay serta penduduk kampung melayannya seperti masyarakat biasa tanpa memandang pada gelaran kehormat.
"Hahaha!"
Rehat terganggu oleh suara garau seseorang yang dikenali. Dari duduk bersandar ubah kepada postur duduk tegak. Sepasang mata berwarna hazel itu lurus memandang ke depan mencari dari mana arah suara itu datang. Serta-merta kegembiraan Qausar lenyap diganti dengan rasa menyampah. Dia tarik nafas panjang lalu ditahan...
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
"Harghh!"
Nafas dihembus kasar. Geram melihat pemandangan yang bikin mata dan hati dia sakit. Ingat kalau duduk di beranda ini kut-kutlah boleh berehat dengan tenang dan aman. Nyata tanggapan Qausar jauh terpesong. Punah harapan.
Berjarak 5 meter dari tempat dia berada, Qausar dapat lihat dengan jelas Kay sedang duduk di atas buaian. Sebelah Kay pula ada Adwa berdiri sambil memegang besi buaian. Apa lelaki itu ingat mereka tengah buat penggambaran untuk filem romantik?
Setahu dia tadi Adwa sudah pulang ke rumah bersama Hajah Fatimah dan Haji Waldan tapi kenapa datang semula ke rumah imam? Ini tak lain tak bukan mesti nak mengurat bakal isterinya.
"Sabarlah. Sebulan tak lama lagi," ujar Qausar perlahan. Buat masa ini dia pasrah melihat kemesraan dua kawan karib itu meski api cemburunya sudah menggelegak sampai ke kepala.
Strettt...
Qausar menoleh saat terdengar bunyi kerusi ditarik perlahan. Wajah Zahran menyapa mata. Remaja itu hulur senyum lalu meletakkan satu pinggan plastik berisi kuih serta sebotol air mineral kecil ke atas meja sebelum melabuhkan punggung di sebelah Qausar.
YOU ARE READING
His Eternal Destiny | OG
RomancePada mulanya niat Qausar pulang ke kampung hanya mahu menenangkan fikiran tapi lain pula yang berlaku bila mana dia dengan sengaja menempah bala melanggar anak dara Imam Al Khawarizmi, pemilik Sekolah Pondok Jannah Al Firdaus. "Boleh tak you bawa mo...