...
GAYUNG yang diperbuat daripada tempurung kelapa itu dicapai. Air bersih dalam tempayan dicedok lalu dijiruskan pada kakinya. Tangan kiri pula ligat menggosok setiap celahan jari-jemari. Tak semena muncul tangan besar di depan muka buatkan Kay terjerit kecil.
"Arghhh!" Dalam keadaan kalut Kay menepis kasar. Diketuk tangan itu menggunakan gayung dengan perasaan geram.
"Stop!" Qausar berundur tiga tapak. Berkerut-kerut wajah menahan perit di tangan.
Kay panggung kepala. Hampir bersambung keningnya melihat Qausar. Pakaian lelaki itu sudah berganti kepada T-shirt polo berwarna putih polos dipadankan bersama seluar jeans hitam. Pakaian baru dan bersih. Bukan lagi pakaian orang nak pergi melancong atau pakaian milik abang Yusof.
"Asal Dato' ada kat sini? Mana walid? Tadi walid ajak Dato' ke kedai runcit Tok Darman, kan? Ini... kenapa masih ada kat sini lagi?" Kay bingkas berdiri seraya menembak empat soalan. Tercungap-cungap jadinya.
"Walid minta abang teman you beli belut di pekan," ujar Qausar jujur. Satu antara empat soalan Kay dijawab. Jawapan yang dia beri juga telah mewakili tiga soalan lainnya.
"Temankan saya?"
"Kenapa? You tak percaya?"
"Sebenarnya Dato' yang tak nak ikut walid, kan?" Tuduh Kay sambil memicingkan mata bulatnya. Haih... pelik. Tak pernah lagi walid semudah itu mengizinkan anak daranya pergi ditemankan oleh lelaki selain Zahran dan Zahid.
Tak mungkin juga walid meninggalkan Qausar sementara Qausar sedang menukar pakaian bersih tadi? Walid bukan orang seperti itu. Sedangkan isteri yang lambat bersiap pun walid boleh tunggu inikan pula bakal menantu lelaki. Bukankah kaum lelaki lebih pantas bersiap dari kaum wanita?
"Ohhh...." Gigi dikacip. Kay mendekati Qausar lalu menengadah garang.
"Entah-entah itu alasan Dato' supaya dapat ikut saya pergi ke pekan? Hah! Cepat mengaku!"
Mengawang-awang tangan Qausar menyangkal serkap jarang bakal isterinya. Sampai ke situ pula Kay fikir. Memang dia nak luangkan lebih banyak masa bersama Kay tapi tidaklah sampai kemaruk sangat menolak ajakan Imam Al Khawarizmi ke kedai runcit Tok Darman. Melampau sangat.
"You tuduh abang you ada bukti ke? Dalam islam tak ajar kita menuduh tanpa bukti kukuh. Kita tuduh orang tapi kita tak ada bukti tak ubah macam seorang pendusta keji," ujarnya lembut. Qausar tunduk membalas tentangan mata Kay. Kecil saja tubuh wanita itu saat berdepan dengan dirinya.
"Andai kata you ada bukti yang mengatakan abang buat alasan tak ikut walid sebab nak ikut you, dengan lapang hati abang akan minta maaf because I know it's my mistake. But if you don't have any proof, should I ask you to apologize to me?"
YOU ARE READING
His Eternal Destiny | OG
RomancePada mulanya niat Qausar pulang ke kampung hanya mahu menenangkan fikiran tapi lain pula yang berlaku bila mana dia dengan sengaja menempah bala melanggar anak dara Imam Al Khawarizmi, pemilik Sekolah Pondok Jannah Al Firdaus. "Boleh tak you bawa mo...