HED | 6

217 15 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

QAUSAR berpeluk tubuh sambil matanya dipakukan pada timbunan beg kertas yang berada di atas sofa. Dia hanya melihat tanpa menyentuh. Semua adalah barang-barang yang dia arahkan Zara beli semalam. Namun, masih ada yang belum lengkap.

Jari telunjuk mengetuk dagu, lagaknya seperti memikirkan sesuatu. Sempat juga dia perhati sekeliling bilik pejabat tapi tiada satu kuntum pun bayang mawar merah di sini kecuali aeonium kiwi, bunga hiasan di atas meja kerjanya.

Qausar berdeham kuat lalu dia menoleh ke kiri mencari wajah Zara. Jari dipetik memanggil pembantu peribadinya itu datang merapat. Dari tadi Zara hanya membisu dan berdiri tegak di sisi sofa. Dah macam orang tengah tunggu hukuman bunuh pula Qausar tengok.

"You lupa gosok gigi ya, Zara?"

Zara panggung kepala selepas mendengar soalan majikannya. Terkebil-kebil mata sepet itu memandang Qausar.

"Saya hari-hari gosok gigi. Kenapa Dato' tanya?" Soal Zara kehairanan.

"Since I masuk pejabat tadi you diam. Selalu you dah remind my schedule and explain yesterday's report. But, this morning you are different," ujar Qausar dalam nada serius. Dia seperti menghidu sesuatu yang tidak kena.

"Oh, errr..." Mata Zara meliar ke tempat lain. Habislah dia kalau singa laut itu mengamuk.

"Di mana mawar merah yang I suruh you tempah semalam, Zara?" Qausar pandang Zara seraya menjongketkan kening. Dicantas ayat Zara dengan soalan yang bermain di kepala.

"Err..." Tangan kanan naik menggaru tengkuk. Tangan kiri pula setia memegang tablet. Terasa lemah lutut Zara mendengar soalan majikannya. Apa yang perlu dia jawab?

Jika Qausar tahu perkara sebenar mahunya satu hari ini pejabat akan jadi medan tempur antara Presiden dan staf. Zara tunduk menekur kaki. Berkali-kali dia telan liur tetapi masih tidak dapat menghilangkan rasa gemuruhnya.

"Zara, I tanya mana mawar merah tu?" Desak Qausar dengan soalan yang sama, kali ini nada suaranya lebih tegas berbanding tadi.

"Saya dah tempah, Dato'." Jawab Zara perlahan. Pegangan pada tablet semakin kuat dan kemas. Benar-benar menunjukkan dirinya yang takut dan gelisah.

"So, dah kena hantar dekat pejabat atau belum?" Jangan buat Qausar naik angin pagi-pagi ini. Dia belum sarapan lagi, emosi pun tak berapa nak bagus, karang ada juga dia suruh semua staf jalan itik.

"Bunga itu saya minta office boy letak di bilik mesyuarat sebab errr... That's not a red rose tapi mawar kuning," beritahu Zara dengan jujur. Tubir matanya sudah berkaca-kaca.

His Eternal Destiny | OGWhere stories live. Discover now