HED | 7

200 13 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

SENYUM tak lekang dari bibir saat melihat figura Kay manis berbaju kurung biru laut dan memakai tudung bawal tona warna yang sama. Sedondon pula dengan baju melayu yang tersarung di tubuhnya. Biru laut. Warna pilihan Kay. Dia hanya bersetuju. Lagi pula, dia juga sukakan warna biru laut. Warna yang sangat tenang. Bahkan, bisa menenangkan hati yang resah.

Kay duduk bertimpuh antara Ustazah Zulaikah dan bonda. Manakala dia masih menyorok di kalangan adik-beradiknya yang lain sementara menunggu giliran tangkap gambar bersama keluarga. Sedang dia ralit melihat momen indah di depan sana, telinganya menangkap perbualan di belakang.

"Nampak muda dari aku." Panjang leher Riyadh mahu melihat satu-satunya wanita yang menjadi tumpuan di ruang tamu ketika ini.

"Memanglah. Tengok muka pun boleh tahu," kata Aryan yang turut sama memanjangkan leher.

"Kenapa dengan muka dia?" Soal Iman ingin tahu.

"Cantik. Pandai juga si senget tu pilih bakal isteri." Puji Wafa seraya menyenggol Anis di sebelah.

"Haah, dia select sampai dapat perempuan level model muslimah." Sokong Anis pula.

"Dua orang adik dia pun cantik juga, kan?" Riyadh sengih seraya menepuk bahu Aryan dan Iman.

"Apa you cakap?" Suara garang Maya kedengaran.

Qausar geleng kepala mendengar perbualan itu. Telefon dikeluarkan dari poket baju melayu lalu dia merakam saat indah ketika bonda menyarungkan cincin ke jari manis kanan Kay.

Klik! Klik! Klik! Klik! Klik!

"Jauh sikit! Sakit telinga aku dengar bunyi kamera telefon mahal kau tu." Tegur Raid dari depan.

"Ish! I tak nak jauh, I nak ambil gambar tunang I yang cantik."

"Dah bayar servis photographer mahal-mahal bagi aje lah photographer buat kerja dia." Dengus Raid lantas menghalang perbuatan Qausar.

"Eleh! You jealous sebenarnya, kan?" Duga Qausar sambil mencucuk pinggang adiknya.

"Tak ada makna aku nak jealous."

"You pergi duduk luar. I tak ada ruang nak bernafas sebab dari tadi you asyik menempel depan I dan halang pandangan I nak tengok Kay." Qausar menolak bahu Raid. Sudahlah badan dia berkeringat, Raid pula menghalang di depan. Semakin berbahang jadinya.

"Kenapa aku pulak kena keluar? Kau yang panas kau lah kena keluar. Aku nak duduk sini nak tengok itu!" Raid muncungkan mulut ke satu tempat sambil mengelap peluh yang merenik di dahi. Tak sia-sia dia bawa tisu kering tadi.

Bukan nak kata rumah Imam Al Khawarizmi tak ada kipas atau penghawa dingin, ada tetapi tidak cukup untuk menyejukkan suhu di dalam rumah memandangkan cuaca di Malaysia agak panas sejak kebelakangan ini. Lihat saja dia dan Qausar. Mereka tak ubah seperti orang yang bermandi peluh.

His Eternal Destiny | OGWhere stories live. Discover now