HED | 3

167 15 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

MATA meliar ke sekeliling ruang tamu, mencari kelibat seseorang yang dia tunggu sejak masuk ke rumah ini. Tidak dipedulikan pandangan Hajah Fatimah di sebelah. Dari tadi dia cuma melihat laluan ke dapur. Mana tahu tiba-tiba gerangan yang ditunggu itu muncul.

"Ada apa Hajah, Haji dan... Qausar datang ke mari?" Soal Ustazah Zulaikah selepas menghidangkan kopi dan kuih seri muka di atas meja buat tetamunya.

Hajah Fatimah sengih kekok. Tidak tahu harus memulakan dari mana. Padahal tadi sebelum mereka datang ke sini dia sudah menyusun kata-kata untuk menjelaskan tentang tujuannya.

"Tadi saya nak pergi rumah Hajah dan Haji. Niat mahu berjumpa dengan Da..."

"Panggil Qausar aje." Cantas Qausar merendah diri. Meskipun matanya tertumpu pada tempat lain tapi telinga tetap mendengar perbualan yang baru sahaja dimulai.

"Ah, ya. Saya nak berjumpa dengan Qausar," ujar Imam Al Khawarizmi. Diteruskan ayatnya yang disela oleh Qausar tadi.

"Imam nak jumpa I? Kenapa?" Soal Qausar kehairanan. Kini pandangannya teralih pada Imam Al Khawarizmi di hadapan.

Berubah raut wajah Imam Al Khawarizmi dan Ustazah Zulaikah mendengar cara Qausar membahasakan diri. Gaya bahasa orang berpangkat tinggi dan bisnes berjuta-juta memang macam ini?

Sejak dari dulu mereka maklum bahawa perangai anak sulung arwah Naqi'uddin dan Qamaliah ini agak berbeza dengan adik-adiknya yang lain. Mungkin kerana membesar di London jadi budaya barat itu terbawa-bawa hingga ke Malaysia.

Di sisi lain, Hajah Fatimah perasan akan perubahan raut wajah tuan rumah. Dia menjeling Qausar di sebelah.

"Kamu sekarang dekat kampung, tak payahlah bahasakan diri kamu itu I, dengan imam pulak tu. Jangan malukan mak su dan pak su." Tegur Hajah Fatimah seraya menyiku lengan anak saudaranya.

"Dia orang tak kesah pun. Mak su aje risau lebih." Berlapis-lapis dahi Qausar membidas kata Hajah Fatimah. Tak salah pun kan cara dia bercakap? Kedengaran sopan saja di halwa telinga.

"Kamu ni..."

"Umi, Kay nak jolok buah rambutan dekat pangkin depan. Merah-merah dah semua, nanti boleh bagi dekat budak-budak sekolah pondok... Eh! Ada tetamu!" Kay yang baru tiba dari luar rumah segera menekup mulut selepas melihat Hajah Fatimah, Haji Waldan dan... Qausar.

Bersinar mata Qausar melihat Kay. Wanita yang dia tunggu-tunggu sudah memunculkan diri. Wanita itu memakai baju T lengan panjang berwarna biru laut, palazo dan tudung sarung berwarna hitam. Di tangan kirinya menjinjing bakul rotan.

"Baby! You nak jolok buah rambutan? Abang nak ikut!" Qausar bergegas ke arah Kay. Perasaan teruja mengalahkan perasaan malu.

Ternganga Imam Al Khawarizmi, Ustazah Zulaikah, Hajah Fatimah dan Haji Waldan mendengar panggilan Qausar buat Kay. Ini lakonan atau betul-betul berlaku?

His Eternal Destiny | OGWhere stories live. Discover now