"nasib cantik je."
๋࣭ ⭑⚝
๋࣭ ⭑⚝
━━━━━━━━
aku- mengambil tempat di meja paling hujung dewan makan. aku yang terlebih awal atau aku yang terlebih lambat?
mana tidaknya aku bilang sebegini, sudah selesai beratur ambik makanan pun tiada satu muka yang aku kenal ada di dewan makan kini.
"weh kau dah tengok ke video budak Fakhri tu bertumbuk? bapak gila sial."
ternaik sebelah kening aku mendengar ayat pelajar yang berjalan melepasi meja aku. Fakhri? video Fakhri? sekejap, ini ada kena mengena kah dengan perbualan Kahar dan Hakeem yang aku terdengar secara tidak sengaja semalam?
sekarang, tunggu apa lagi? scroll X lah! dah itu je sosial media yang paling cepat tersebar segala fitnah dan aib.
"shit..." buka sahaja X, video pertama yang keluar di timeline aku... memang video Fakhri bertumbuk. kan aku dah bilang, di X memang sekejap sahaja benda tersebar.
"budak ni sorang bila kena tekan lawan 5 orang padu beb! jangan main main kau! dengar citer budak tu dah kena buang sekolah dah 😔" ● @mediastar
entah kenapa, bibir ku merekahkan senyum. not gonna lie, lelaki itu nampak hot bila tengah marah and bantai orang.
"morning Ratna."
mendengarkan suara yang tidak lagi asing menyapa diriku, pantas aku tutup telefon dengan drastik.
"lambat." Ayam hanya menganggukkan kepala sebagai respon.
"aku capek la Na. terlajak tidur." adu Ayam dengan muka masamnya. tumpuan aku beralih seketika ke wajah ketat Fakhri yang mengambil tempat dihadapan aku.
"nak apa apa tak? muka kau nampak lesu je." soal aku kepada Ayam, lelaki itu berfikir seketika sebelum menggelengkan kepalanya.
"nah no need. gue pergi ambil makanan duluan ya mbak." aku angguk sebagai respon. Ayam kembali bangun dari duduknya.
"kau nak makang tak Fakhri?" soalnya dan lelaki itu hanya menggelengkan kepala.
Ayam pandang aku dengan riak wajah yang sukar untuk aku faham.
"nanti aku cerita." aku anggukkan kepala ku tanda faham pabila membaca gerak bibir Ayam itu. Ayam mula mengatur langkah untuk mengambil makanannya.