"ratna tu, shes a cold blooded person with a death touch."
๋࣭ ⭑⚝
๋࣭ ⭑⚝
━━━━━━━━
tepat- pukul 8:50 pagi, perhimpunan telahpun tamat. aku bangun dari duduk lalu badan aku pusingkan untuk mencari keberadaan Ayam.
"Ratna!" seru Ayam yang duduk di barisan nombor 2 terakhir, belah kanan aku. dia melambai lambaikan tangannya sambil membuat isyarat 'tunggu aku'. aku hanya anggukkan kepala ku tanda akur sama dia. tie aku betulkan seketika dan saat aku ingin melangkah, tangan aku terasa seperti ditarik oleh seseorang.
"Ratna?"
Naim. aku pandang pergelangan tangan aku yang dipegang oleh lelaki itu, isyarat aku berikan agar dia lepaskan tangan aku.
"sorry uhm..."
"kau nak apa?" soal aku kepadanya. Naim seperti teragak agak ingin mengutarakan katanya. aku hanya diam dan aku pandnag wajah Naim.
"kau nak gerak kelas ke? kalau ye, jomlah gerak sekali."
belum sempat aku membalas, sudah kedengaran suara Ayam mendekati aku.
"sorry sikit ye Naim, Cik Ratna gerak dengan aku."
pusing sahaja untuk tengok Ayam, aku dapati ada 2 muka yang aku tak berapa familiar la pulak. kalau dah dengan Ayam maknanya mereka form 4 baharu lah kan?
kejap- kalau form 4 baharu itu maknanya salah seorang dari mereka adalah...
"oh... oh uhm okaylah kalau macamtu. a-aku tunggu kau orang dekat kelas. aku gerak dululah." tutur Naim perlahan.
disebabkan aku berada di tengah, aku dapat lihat Naim dan lelaki yang berambut belah tengah ini berbalas tatapan.
tetapi tatapan yang kurang menyenangkan. lebih kepada jelingan.
"hak alah kau ni pun. aku pinjam kesayangan kau ni sekejap je-"
"Ayam..." aku memberi amaran kepada Ayam untuk tidak bercakap benda yang bukan bukan. well atleast, not infront of some people that i barely know. Ayam terus menarik senyum lucunya, gaya 'zip' dibuat dan aku hanya mampu geleng kepala dengan olahan Ayam.
bila aku pandang Naim kembali, jantan itu pandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan dan Amir yang berada disebelahnya tertawa kecil. aku tidak tahu lah apa yang lucu.
"okaylah kita orang gerak dulu. jumpa nanti." bilang Amir dan aku hanya anggukkan kepala sebagai balasan.
Amir mengatur langkahnya, begitu juga dengan Naim. dan ya, sekali lagi dia berpandangan sama lelaki yang berambut belah tengah ini. saat mereka berlalu pergi Ayam pantas mencuit lengan aku.