"she tasted like every darkthoughts ive ever had"
๋࣭ ⭑⚝
๋࣭ ⭑⚝
━━━━━━━━
"laillahhailallah- Ratna! kau rupanya yang tidur dekat sini! aku ingatkan Kahar tidur petang."
aku merengus kasar pabila tidur ku terganggu. dengan mata yang berpinar, aku lihat wajah Pami, atau lebih tepat Fahmi menghiasi pandangan ku.
"diamlah Pami! ngantuk ni!" rengek ku penuh geram kepada Fahmi. bantal busuk aku tekup kembali ke muka sendiri.
"heh kau buat apa kacau adik aku? biar dia tidur!" suara abang aku, Kahar menyapa pendengaranku.
"eh ha Kahar! aku tak kacau dia, aku curious ha siapa yang tidur kat katil kau. yelah kau kan bagitahu nak training. tiber bila aku masuk bilik ada yang tidur atas katil kau. seram gak lah aku ingatkan saka kau ke apa."
"banyaklah kau aku punya saka. kalau aku ada saka memang aku suruh dia makan kau dulu lah Mi!"
memang tak dapat lah aku nak sambung tidur ni kalau dia orang berbual bising macam nak bagi seluruh sekolah ni dengar. perlahan-lahan aku buka mata, aku lihat Kahar yang sedang mengelap peluhnya. baru balik dari latihan rugby barangkali.
"bangun dah?" soalnya kepada aku dan aku hanya membalas dengan anggukan. aku bangun lalu aku posisikan diri untuk bersandar di kepala katil.
setelah memerhati keadaan sekeliling, baru aku sedar hanya ada Kahar dan Fahmi di dalam bilik ketika ini.
"pasal Ratna tak sambung tidur? Fahmi kacau ke ?" soal Kahar lalu dia melabuhkan punggungnya di atas katil, berhadapan dengan aku. tangannya pula bergerak membetulkan tudung aku yang dah hampir serupa seperti karipap dek kerana aku tidur ganas sangat.
"ye. bukan Pami je, Kahar pun kacau Ratna. kau orang bising sangat." rungut ku perlahan.
Kahar hanya tersenyum sinis. sempat dia menampar perlahan pipi aku setelah membetulkan tudung aku. abang paling menate beruk!
"tak pernah pernah tidur sini. dah kenapa kau Ratna? demam ke?" soal Fahmi seolah pelik. air kotak dihulurkan kepada aku.
air ice lemon tea. nampak gayanya Fahmi masih ingat air kegemaran aku.
"bilik panas." balas aku ringkas.
"banyak dosa. memangla Ratna rasa panas." kutuk Kahar selamba membuatkan aku memandangnya tajam.
"nate beruk mu!" balas ku kembali membuatkan Fahmi tertawa. entah apa yang lawak aku pun tidak tahu.
"Ratna ni mesti anak angkat kan? Dok cakap bahasa kelantan mentah giler!" tutur Fahmi dengan sisa tawanya.