prolog~

14 0 0
                                    

Suasana di lapangan terbang yang penuh dengan manusia sedikit sebanyak membuatkan dirirnya tidak selesa.

RING..

Telefon yang berdering diangkat.
"Ye ma..kenapa call ni?"jawabnya ringkas sudah kenal dengan mamanya yang suka membebel.

"Kamu dekat mana ni Ara,puas mama call. Kenapa tak angkat telefon? Banyak kali mama call. Dah tak sayang mama ke?"panjang lebar huraian Datin Maryam kepada anak bongsunya yang degil ni.

Bukan dia tidak kenal anaknya yang seorang ini. Suka benar silent telefon. Entah perangai siapalah agaknya yang diikut. Sengaja juga dia meletakkan ayat sedih-sedih biar anaknya ini sedar sikit.

"Kenapa cakap macam tu pula ma?..Ara tersilent telefon tadi  sorry ya my queen" bodek Araya supaya melembutkan sedikit hati mamanya itu.

"Kamu dekat mana ni,abang kamu dah penat tunggu tu.Katanya dah tunggu 1jam 30 minit" kata Datin Maryam apabila anak lelakinya mengadu tentang keberadaannya di lapangan terbang.

"Ara baru keluar dari kapal terbang ma..nantilah Ara pujuk abang tu.." jelas Araya tidak mahu bergaduh panjang dengan mama kesayangannya.

"Hmm...yelah,balik cepat sikit mama nak bincang tentang perkahwinan kamu."jelas Datin Maryam.

Langkah Araya terhenti dek kerana terkejut dengan kata-kata mamanya itu. Cermin mata hitam yang tersarung elok dimatanya dicabut serta merta."Kahwin?"
Soalnya tidak mengerti kata-kata mamanya.

"Nanti kita bincang okay. Bye. I love you." Datin Maryam hentikan panggilan tanpa mendengar pertanyaan anak bongsunya.

Sementara Araya masih lagi kaku di tempat dia berdiri. Otaknya masih tidak dapat mencerna bait-bait yang dilontarkan mamanya itu.
'Betul ke aku dengar tadi'. Bisik hati kecilnya itu.

panggilan dari abangnya pada jarak tidak terlalu jauh tidak dihiraukan.'Kahwin?' soalan yang sama ditanya kepada mamanya masih bermain di dalam otak.

"Woi dik,kau nak aku tunggu sampai bila hah!?" Suara abangya,Ryan membuatkan dia tersedar daripada lamunan.

"Dah,jom balik. Kau ni kan aku ingat dah kene culik tadi." sambung abangnya sambil menarik bagasi yang dibawa oleh Araya ke pintu kereta.

Araya hanya mengekori abangnya tanpa berkata apa-apa.

'Kahwin? Siapa? Bila? Macam mana?' soalan demi soalan bermain di fikiran Araya sehingga tiba di rumah. Hairan pula Ryan dengan adiknya itu.

~~~~~~~~~
byeeeee semua

her LIESWhere stories live. Discover now